Posts

Persediaan Menunggu Waktu Bersalin

Assalammualaikum. Hari nie aku nak share sedikit tentang persediaan menunggu waktu bersalin. Kata orang tunggu duelah macam tue. Actually aku pun tak ada pengalaman tapi sama-sama share pengalaman based on bertanya dengan orang yang pernah ada pengalaman gituww! Perasaan berdebar tue memang ada tak dinafikan, lagi-lagi bila kita tak ada experience langsung. So memang aku dari dulu bila tahu je preggy habis semua orang aku tanya. Yela lain orang lain pengalamannya kan. Bila dengar cerita orang, perasaan teruja tue ada, takut pun ada and macam-macam perasaan yang datang. Hehehe! Now usia kandungan aku dah mencecah 37 minggu, kata orang memang kena get ready je nie. Kalau ikutkan due yang di berikan oleh Hospital Az-Zahra dulu, di jangka akan bersalin pada 30 June 2016 tapi bila buat follow up di Klinik Kesihatan dorang bagi date 1 July 2016. So Kiranya aku ada 2 tarikh due date. Tapi tak kisahlah mana-mana kan, janji bersalin. Cuma bezanya tak tahu bersalin awal atau lambat. Tue yang d...

Salam Ramadhan Ya Kareem

Assalammualaikum! Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan kali nie. Syukur! Tahun nie 1st berpuasa sebagai isteri dan aku bukan sahaja berpuasa berdua bersama suami, tetapi bertiga..hehehe! Perasaan teruja tue memang ada sampaikan malam tadi susah betul nak lelapkan mata, excited punya pasal..Hahaha! Memang berbeza berpuasa waktu bujang dengan berpuasa lepas mendirikan rumah tangga. Kalau dulu, bujang bangun minum air je pun takpe, sekarang nie, nak tak nak mesti kena bangun. Tak kisahlah husband kau jenis bangun sahur atau tidak. Sekurang-kurangnya mesti buat air panas or jamah beberapa biji kurma. Plus sekarang nie dah tak boleh pentingkan diri sendiri kena fikirkan yang dalam perut nie..huhu. Ada yang cakap, kalau larat puasalah, kalau tak larat jangan paksa diri. Memandangkan due aku pun hujung bulan 6 nie lagilah kena banyak guna tenaga bulan puasa nie. But aku decide untuk try berpuasa jugak hari nie, 1st day puasa plak tue. Macam tak seronok tengok orang...

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Assalammualaikum. Baru ada kesempatan untuk update entry kali nie. 1st of all, aku nak panjatkan rasa bersyukur dengan kurniaan rezeki yang allah berikan pada aku dan juga husband. Rezeki yang aku maksudkan itu adalah amanah yang sangat besar apabila aku mengandungkan anak pertama kami yang sedang aku kandungkan yang sudah mencecah 9 bulan. Alhamdulillah. Actually aku baru sahaja discaj from hospital disebabkan aku mengalami diahrea dan baby kurang bergerak sepanjang aku mengalami diahrea pada ahad yang lepas. Ceritanya macam mana aku kena diahrea, meh aku kongsikan sikit supaya menjadi teladan pada ibu-ibu yang mengandung di luar sana. Ahad lepas sebelum aku di tahan wad, petang tue aku adalah ajak husband pergi jalan tar memandangkan dah lama kami tak kesana. Semata nak pergi jalan tar hanya untuk cuci-cuci mata. Sudah penat berjalan, tiba-tiba perut aku rasa lapar, so aku suruh husband aku berhenti untuk beli makanan. And tekak aku pada masa tue plak teringin nak makan makanan ...

Pertama Kali Mendapat Rawatan di Hospital Putrajaya

Assalammualaikum! Kali nie aku nak share sedikit pengalaman mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya baru-baru nie. Sebelum nie, aku ada share tentang masalah kekurangan air ketuban aku yang drop secara tiba-tiba. And suddenly, its happen for 2 times. Yes, memang terkejut and risau actually bila doctor mention secara tiba-tiba mengatakan yang air ketuban aku drop sekali lagi. Tetapi kali nie, bukan doctor gynae yang selalu check condition aku and baby NM sebab aku and husband dah decide untuk stop rawatan di Hospital Az-Zahra and plan untuk bersalin di Hospital Putrajaya nanti. Aku decide untuk bersalin di Hospital Putrajaya demi kebaikan aku and baby NM.So kali nie, kami terus decide untuk terus daftar di Hospital Putrajaya, memandangkan memang we plan to deliver there. 26th Mei 2016 Husband decide untuk sambung checkup aku di Klinik Pakar Perempuan Jameaton di Seri Kembangan. Memandangkan Klinik Kesihatan area rumah kami, jadualnya dah penuh, jadi kami decide untuk continue c...

Doa Mudah Untuk Bersalin

Image
Assalammualaikum Hari nie aku nak share beberapa doa untuk memudahkan ibu-ibu diluar sana bersalin. Sharing is caringkan :) Ada beberapa doa untuk permudahkan segala urusan kita bersalin, tapi kebiasaannya kita baca doa yang ringkas dan mudah agar senang untuk kita menyebutnya. Diantaranya ialah : Di antara surah-surah amalan ketika mengandung. Jika berkesempatan, korang bolehlah amalkan semua surah di atas. Macam aku, aku banyak membaca surah yassin dan surah al-fatihah. Biasanya aku amalkan lepas solat waktu. Sebaik-baiknya lepas magrib. Dan jika korang mampu amalkan semua surah-surah diatas nie mengikut kemampuan korang :) Zikir Nabi Yunus. Zikir nie bagus kita amalkan lagi-lagi bila tiba waktu nak bersalin. Mudah dah lebih ringkas untuk kita ingatkan :) Doa nie pula selalu aku amalkan dari dulu sampailah sekarang. Memang dah nampak setiap kali aku amalkan doa nie, dipermudahkan segala urusan tak kira waktu dan tempat.  Insyallah, jika bebera...

Tips Memudahkan Bersalin

Image
Assalammualaikum! Lagi 2 weeks, kandungan aku genap 9 bulan. Kalau ditanya tentang perasaan, of course teruja tapi dalam masa yang sama nerves jugak. Yelah, aku tak ada pengalaman dan ini adalah pengalaman yang pertama. Of course perasaan berdebar-debar tue ada..Hehehe..Dalam kepala nie, terbayang macam manalah situasi dalam labour room nanti..huhu. Tapi dalam setiap solat, mesti aku titipkan doa agar dipermudahkan segala urusan ketika bersalin nanti. So aku ada terbaca beberapa tips untuk memudahkan proses bersalin.  Diantaranya ialah :  Setiap kali sebelum tidur, salam tangan suami dan mohon maaf atas kesalahan kita secara sedar atau tidak sedar. Al maklumlah, hormon mengandung nie susah dikawal. Ada masa emosi sering terganggu. Bertanya khabar dan mintak maaf kepada kedua ibubapa kita. Kalau boleh setiap hari. Amalkan bacaan surah Maryam. Kadang-kadang kalau tak sempat, biasanya aku akan pasang ayat-ayat al-quran, atau pun mendengar zikir dan selawa...

Nisfu Syaaban

Image
Assalammualaikum! Bulan Sya'ban bagi umat muslim adalah salah satu bulan yang dirahmati oleh Allah s.w.t dimana dalam bulan ini terdapat malam yang dimuliakan yakni malam Nisfu Sya'ban. Tanggal 15 Sya'ban 1437H jatuh pada tanggal 22 Mei 2016. Namun pada tradisi yang telah lama dilaksanakan khususnya di lingkungan Islam setelah melaksanakan Sholat Magrib dala melaksanakan Nisfu Sya'ban, sebaik-baiknya membaca doa dan yasin. Pada bacaan yassin yang pertama kita niat semoga allah memanjangkan umur kita agar dapat beribadah dan taat kepada allah s.w.t. Pada bacaan yassin yang kedua, kita memohon agar ditetapkan iman dan dijauhkan dari segala musibah. Dan pada bacaan yassin yang terkahir, kita memohon kepada Allah s.w.t agar diberikan rezeki yang halal dan dimurahkan rezeki. Doa yang biasa di baca oleh sebahagian masyarakat pada malam nisfu sya'ban adalah berbunyi seperti ini : اَللّهُمَّ ِإنْ ُكْنتَ َكَتْبتَنِي ِفىْ أُمِّ اْلِكَتاِب َمْحُرْو...