Pampers Yang Sesuai Untuk Nadra
Assalammualaikum. Last entry, aku ada kongsi and review mengenai susu formula yang aku berikan pada Nadra. Seperti yang dijanjikan sebelum nie, aku akan share tentang pampers or lampin pakai buang yang bagus untuk Nadra atau mungkin bagus untuk anak-anak korang. Apa yang aku kongsikan ini adalah hasil percubaan yang aku buat ke atas Nadra, gittuw! Macam yang kita tahu sekarang nie, dekat pasaran sudah ada macam-macam jenama lampin pakai buang. Cuma kita tak tahu keberkesanan dan kebagusan setiap jenama yang ada dekat Malaysia nie. Dah nama pun mak-mak kan, so semua benda nak try, hahaha! Ok, aku akan kongsikan beberapa jenama yang dah aku cuba. Ok, ini yang jenama pertama yang aku try masa Nadra lahir. Aku beli size Newborn dulu. Jenama PETPET nie terkenal jugak disebabkan harga dia yang murah berbanding dengan jenama-jenama lain. Tetapi malangnya, Kulit Nadra sensitif dengan jenama PETPET nie. Setiap kali tukar pampers je, akan kelihatan merah-merah dikawasan bontot Nadra.