Pampers Yang Sesuai Untuk Nadra
Assalammualaikum.
Last entry, aku ada kongsi and review mengenai susu formula yang aku berikan pada Nadra. Seperti yang dijanjikan sebelum nie, aku akan share tentang pampers or lampin pakai buang yang bagus untuk Nadra atau mungkin bagus untuk anak-anak korang. Apa yang aku kongsikan ini adalah hasil percubaan yang aku buat ke atas Nadra, gittuw! Macam yang kita tahu sekarang nie, dekat pasaran sudah ada macam-macam jenama lampin pakai buang. Cuma kita tak tahu keberkesanan dan kebagusan setiap jenama yang ada dekat Malaysia nie. Dah nama pun mak-mak kan, so semua benda nak try, hahaha! Ok, aku akan kongsikan beberapa jenama yang dah aku cuba.
Ok, ini yang jenama pertama yang aku try masa Nadra lahir. Aku beli size Newborn dulu. Jenama PETPET nie terkenal jugak disebabkan harga dia yang murah berbanding dengan jenama-jenama lain. Tetapi malangnya, Kulit Nadra sensitif dengan jenama PETPET nie. Setiap kali tukar pampers je, akan kelihatan merah-merah dikawasan bontot Nadra. Plus, dia tak menyerap air kencing dengan betul Maksud aku di permukaan atasnya akan lembab dan lambat kering.
Jenama yang kedua aku cuba ialah Drypers Wee Wee Dry. Drypers nie so far bagi aku bolehlah. Tapi tak adalah bagus sangat yang boleh aku kategorikan tiptop, huahua! Dia menyerap air kencing di permukaan tetapi lambat. And akan buat baby tak berapa selesa. Itu yang terjadi dekat Nadra. And aku sendiri dah buat experimen dengan menuangkan air kosong di permukaan pampers Drypers nie, ternyata memang menyerap tetapi tidak terlalu cepat. And mudah bocor.
Untuk jenama Drypers dia banyak jenis pampers. So yang classic nie, aku ada jugak cuba untuk Nadra. Hasil dia sama macam Drypers Wee Wee Dry. So aku tak berapa nak suka and Nadra pun tak berapa nak selesa.
Next adalah MomyPoko Extra Dry. Yang nie aku dah try dekat Nadra almost 3 or 4 months macam tue. MomyPoko is one of my favourite brands jugak. Sebab apa? Sebab dia menyerap dengan lebih pantas and bila pakaikan dekat Nadra dia nampak lebih kemas berbanding dengan jenama lain. Baby pun akan lebih selesa and tak meragam. Sangat bagus! and dia tidak mudah bocor.
Huggies juga, one of my favourite lepas MomyPoko. Huggies pun ada 2 jenis tak silap aku. Yang nie aku dah cuba jugak. But Huggies Dry nie aku tak berapa suka sangat sebab bila Nadra kencing, air kencing tue akan terkumpul di bahagian depan tanpa menyerap dengan cepat. So macam sayang bila pakai, sedangkan di permukaan belakang masih elok. Faham tak maksud aku? hahaha. Susah nak explain tapi kalau ibu-ibu diluar sana mungkin faham maksud aku. But dari segi pemakaiannya aku suka, sebab kemas.
And this is last one yang aku cuba pada Nadra and kekal sampai sekarang! Yang nie aku suka gila! Sumpah! Overkan, hahahaha! Nadra pun suka and selesa okay. Untuk Huggies Ultra Diapers nie, penyerapan dia sangat bagus. Bila anak kita buang air kecil, permukaan pampers itu akan terus serap and cepat kering. Jadi anak kita akan lebih selesa sepanjang hari. Yela kalau travel jauh, sometime kita tak sempat nak tukar, so jangan risau Huggies Ultra Diapers nie bertahan lama untuk jangka masa panjang. Ceeewahhh! dari segi pemakaiannya aku suka, sebab kemas.
Okay, for the conlusion is untuk Nadra aku beli 2 Brand pampers. Untuk pemakaian di rumah, aku akan pakaikan Nadra MomyPoko Extra Dry. Untuk keluar jalan-jalan or travel, aku akan pakaikan Nadra Huggies Ultra Diapers untuk jangka masa yang panjang. So bila jalan-jalan tue, Nadra akan lebih selesa and kita as parents tak perlu risau pampers anak penuh atau tak. Orang kata tak perlu kelam-kabut nak cari diapers change room ke apa kan, sebab dah ada pampers yang boleh buat anak kita selesa. Dari segi harga dia MomyPoko and Huggies nie tak jauh beza, why not keluar duit lebih sikit untuk anak kan :D . Yang penting, lebih jimat, tak perlu tukar diapers selalu..hehehe. So mommy happy, anak pun happy, ngeee! :D
p/s : Review nie tak berbayar pun. Just share untuk ibu-ibu diluar sana kalau nak cari pampers apa yang sesuai untuk kulit anak. And apa yang aku share nie untuk baby girl tau, untuk baby boy aku tak sure. Mungkin next baby, who knows kan? eh! hahahaha.
Sekian.
Saya pun cari brand apa yg sesuai dan worth. 2 bulan ni masih huggies dry. Betullah dia kat depan je hihi. Sy x perasan sgt sbb mmg baby boy.
ReplyDeletePernah guna huggies ultra mmg best lagi2 sbb kita xperlu check dlm diapers, sblh lylu tu ada indicator tukar warna ke biru klu basah
Kan..best sngt. Skrg huggies ada kekuar untuk LE punya untuk boys and girl. Huggies ultra for girls / boys..yg tue pun best..hehehe
Delete