Sindrome Malas
Assalammualaikum!
Apa kabor! sihat? macam mana hari anda? bagus??? bagus ke pagi2 Isnin nie? Haruslah baguskan sebab hari Isnin adalah hari dimana hari permulaan kerja dan hari yang pertama untuk kita start bekerja after cuti 2 hari sabtu dan ahad. Hari Isnin sepatutnya adalah hari yang akan buat semua pekerja2 atau pun pelajar-pelajar bersemangat untuk memulakan rutin harian, tapi berlaku sebaliknya..Eleh macam tak tau ada yang diantara korang tak suka hari Isnin kan? baik ngaku cepat! tak baik tipu diri sendri tau! hahaha..yang tulis entry nie pun akan buat pengakuan yang aku sendri tak suka hari Isnin..bagi aku Isnin tue adalah sangat blues. Tapi sebenarnya hari Isnin itulah sangat bagus sebab Nabi Muhammad s.a.w lahir pada hari Isnin.. Tapi kenapa kita semua tak suka hari Isnin? Ada satu simpton yang aku boleh diklasifikasi kan iaitu simptom Malas! hahaha..itulah sebenarnya kenapa orang tak suka hari Isnin! Jom kita kaji berkenaan dengan simptom malas nie!
Dalam konteks kesihatan pekerjaan, malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti.
Subjektif
Malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung kepada perspektif individu. Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas.
Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan 5 kerja dalam seminggu. Punca Malas daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam 2 keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.
Kekurangan Hormon Tiroid
Memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.
Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan.
Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan.
Penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.
Kesan Ubat-ubatan
Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan ubat juga boleh membawa kepada rasa malas. Kurang daripada 5% pengambil sejenis ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti kelembapan mental dan fizikal.
Faktor Sekeliling
Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas.
Contohnya, seseorang pekerja itu dilihat seperti malas tapi sebenarnya bukan malas. Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja mungkin boleh memperbaiki keadaan.
Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas. Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan. Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya.
Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.
Suka Bertangguh
Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.
Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati 20 hingga 25% daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar bertangguh berbanding hanya 5% pada tahun 1978.
2 Kategori Malas
Terdapat 2 kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara.
Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku? Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan pendedahan atau pengetahuan.
Mengatasi Malas
Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.
Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan. Interaksi yang wujud antara bos dan para pekerja mampu mendorong kepada peningkatan produktiviti. Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.
Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus.
Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi paksaan.
Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan. Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?
Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat. Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur 7 tahun. Jika pada umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat.
Comments
Post a Comment