Suamiku Encik Perfect 10
Assalammualaikum!
Yeah Alhamdulillah, weekend datang lagi! hehehe. Excited bebenornya kak shikin oi! Tapi dalam hati dupdap hengkorang tak tau, makan cepat masa berlalu, makin cepatlah akan tiba our big day! ok honestly, aku mengaku yang aku belum prepared apa2 lagi pun persiapan kawin. Bila kawan2 aku dok tanya, " Bila majlis ko kin?" and dengan selamba aku jawab " insyallah hujung bulan 7, 2 minggu lepas raya"..biasalah lepas aku cakap macam tue, yang kawan2 aku nie start lah buat lopong2 mulut tanda terkejutkan! Yeah dalam hati tue aku tau hengkorang duk menyumpah aku " eh gila ke ko nie shikin oi, tolak, tambah, bahagi, peratus bagai, tinggal berapa bulan je wei!!!" aha yela memang aku tau pun (sambil garu-garu kepala yang tak gatal ni). Dalam hati menyumpah dekat diri sendiri tau! uwarrrrghhhh! Eh2 tiba2 rasa macam dah lari tajuk je entry ni, ok2 nnti aku akan update lagi pasal persiapan kawin aku ok, hengkorang janganlah risau ok..huhu.
Ok, let' s talk about Filem Suamiku Encik Perfect 10! as korang tau, sekarang nie tengah hangat orang duk potpet pasal filem nie kn? betul ke bohong? jawab cepat lau tak aku kasi karenn hengkorang! hahaha.. ececeh, actually aku pun salah seorang dari korang yang terhegeh2 nak pergi tengok filem tue..wawawa! Kalau ada yang tak tau lagi actually filem nie adalah adaptasi dari Novel tau! So before filem nie keluar semalam, aku dengan gigihnya cari novel nie dulu..hahaha. Nampak tak excited aku tue macam mana? so aku just amik masa 2 jam je tau nak habiskan baca novel tue.
Yeah, so korang yang nak tau novelnya bentuk macam mana, macam nielah yea. Pergi cari sekarang! So semalam aku duk pujuk lah tunang aku nie, ajak teman duk tengok filem nie, hengkorang tau jela orang lelaki nie manalah nak layan filem2 yang jiwang2 macam ni, padahal kalau tengok filem omputih yang lebih kurang sama jela jalan cerita dengan filem melayu, boleh plak nak tengokkan. Alasannya international movie. Hah nampak tak tunang aku punya perangai! Eh aku tak ok, aku jenis support filem melayu hokey! tapi depends jugak jalan cerita dia macam mana.huahua!
So disebabkan aku duk paksa encik tunang nie, dia pun dok la transfer duit kat aku, suruh beli online ticket jer. Katanya malas nak que panjang. So aku nie, cepat2 lah beli tiket, dengan harapan boleh jumpa Abang Zarief! (Watak yang dilakonkan oleh Aaron Aziz). Untuk pengetahuan korang yang membuatkan aku tertarik untuk menonton filem nie is because jalan cerita dia sangat menarik. Jap aku share sikit sequal cerita dia :
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
Cerita ini menceritakan kebaikan seseorang jejaka yang sanggup menolong seorang gadis yang dalam kesusahan even dia baru kenal gadis tue hanya dalam beberapa jam sahaja. Susahkan nak dapat lelaki yang sanggup tolong and menyamar menjadi suami kepada gadis yang telah dirogol. Watak utama yang dimainkan didalam filem ni of course la Aaron Aziz and Lisa Suriani yang comil tue! And of courselah aku dah tau jalan cerita dia and kesudahan cerita nie. Tapi agak sedikit kecewa bila scene yang aku harapkan di dalam novel banyak yang terpotong. Sampai tunang aku duk tertanya2 and tak faham jalan ceritanya. Aku nie pun duk la buat sipnosis cerita nak bagi tunang aku ni faham kan. hahaha. Xpelah, tapi korang boleh lah bawak family korang pergi tengok ok! sebab ada scene yang funny and aku rasa filem nie sangat cuteee! huhu.
Oklah bye!
Comments
Post a Comment