Posts

Showing posts from June, 2015

Salam Ramadhan

Image
Assalammualaikum. Alhamdulillah Ramadhan datang lagi. Terima kasih Allah s.w.t kerana Engkau telah berikan kami kesempatan untuk lebih menghayati bulan yang indah ini. Tahun ini jugak merupakan tahun akhir aku berpuasa sebagai status bujang, tahun depan akan berpuasa dengan bakal imamku, alhamdulillah. Kurang dari 37 hari lagi kami akan diijabqabulkan. Doakan agar dipermudahkan urusan kami ya :) Ramadhan kali nie ada kelainan sikit, sebab sebelum-sebelum nie, aku akan pergi terawih dengan menaiki kereta, tapi tahun nie aku dengan housemate aku decide untuk berjalan kaki je pergi masjid. Rupanya lagi seronok bila berjalan kaki ramai-ramai. And as usual, mesti ramai yang tak sabarkan nak pergi bazar ramadhan. Termasuklah aku..huhu. And im back with atkins schedule. So tak bolehlah makan yang sedap-sedap wei. Back to the normal. By the way, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan and Selamat Menunaikan Terawih. Amin.

Set Makeup For Daily

Image
Assalammualaikum Habis sudah aku review pasal set penjagaan muka yang aku consume. Now aku sambung dengan share produk makeup yang aku used daily juga bila ada function or keluar jalan-jalan :) Di sebabkan aku terlalu takut kulit muka sensitif, aku choose produk yang simple tapi nampak smooth and ringan. So aku choose Maybelline. Ok, untuk based makeup, aku choose BB Cream Natural Colour. Apa yang best tentang BB Cream nie adalah teksturnya yang ringan kalau nak dibandingkan dengan foundation. Untuk BB Cream ini adalah jenis liquid, ada juga berbentuk Stick.  This one is like stick version. So for those yang tak suka liquid, korang boleh beli yang stick macam nie. Lebih mudah. Tapi kalau diberi pilihan aku lebih suka pakai yang liquid sebab senang rata and tak berapa kesat berbanding stick. Cara penggunan depends pada korang =)Untuk BB Cream nie sesuai kalau korang nak pergi kerja or keluar jalan-jalan. Dia juga sesuai untuk kawal kulit berminyak, so sesiapa yang j

Set Penjagaan Muka

Image
Assalammualaikum! Hari nie aku ada masa lebih untuk update more than one entry. So hari nie juga aku baik hati nak share produk muka and makeup yang selalu aku guna untuk kegunaan harian. Hahaha! Yela orang selalu duk cakap " shikin pakai apa? muka flawleslah!" Aku bukan lah retis yang ada duit lebih untuk makan vitamin or cucuk vitamin bagai nie. And kulit muka bukannya selalu licin. Bila sampai bulan mengambang, timbul juga penghuni yang tak diundang. Actually before this, masa zaman sekolah dulu, ya allah jangan cakaplah macam mana selebetnya aku time tue. Dengan warna kulit nak sama dengan orang afrika and pimple jenis pasir-pasir tue, dengan panas balik sekolah. Boleh bayangkan tak macam mana rupa aku time tue. Ok untuk menyenangkan kerja korang, susah sangat nak bayangkan macam mana muka aku time sekolah tue, meh aku share sikit. Hah, cer cari mana aku. Yes, aku kiri dari Cikgu Kelas aku tue. Hahahaha! Hah nampak tak? Maaflah kualiti gambar yang tak berapa

Nature

Image
Assalammualaikum! Entry sebelum nie aku ada share tempat percutian yang aku impikan and akan pergi satu hari nanti. Tapi now ada lagi tempat yang aku nak share dengan korang. Lately nie, aku tengok banyak orang share tempat nie, so automatik akan masuk dalam list travel aku nanti..hahaha! Tempat yang aku maksudkan ialah Pulau Lombok. Ok let me share sikit serba sedikit sejarah Pulau Lombok nie. Dahulunya pulau ini pernah dijadikan tempat perbuangan Narapidana. Maksud Narapidana adalah orang yang telah dihukum oleh kerajaan negeri sehingga mati. Senang cerita dibuang negeri or negara. So pada sekitar tahun 1970-an pulau ini dikunjungi oleh penduduk Sulawesi dan kemudiannya menetap di sini.  Jadi Gili Trawangan ini adalah salah satu Pulau yang famous di kalangan pencinta alam sekitar. Gili Trawangan juga satu-satunya mempunyai ketinggian di atas permukaan laut. Dengan panjang 3km dan lebar 2km. Pulau ini juga mempunyai beberapa aktiviti malam yang di anjurkan oleh penduduk di se

Reception Hani & Azrol

Image
Assalammualaikum! Uuiiissshhhh lamanya Kak Shigkin tak lawat kawasan. Maaflah lately nie terlalu busy dengan kelas and of course sibuk dengan our wedding preparation, sobsob! Another 46 day left guys, please pray for us ya :) Eh2, back to the entry story, ngeeee :) Alhamdulillah, 6 June 2015 adalah tarikh keramat one of the my bestfriend masa di Coshare dulu dah bergelar Cik Puan. Syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar and majlis resepsi berlangsung di Hotel Sri Petaling. And 1st time juga i'olls jadi bridemaid u'olls, tak pernah lah aku nak ayu, jadi bridemaid and pengalaman yang baru jugak lah..hahaha! Yang paling win, bila si Hani nie kata, i'olls relax je tak rasa apa-apa, then bila dah nak sampai waktu nikah, hah, mengigil hang! hahaha. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sudah bertukar status dan menjadi isteri orang. So boleh sambut puasa sama-sama and raya sama-sama. So swetttlah korang nie :p Groom and Bride in the day! Alhamdulillah, sama ca