Nature
Assalammualaikum!
Entry sebelum nie aku ada share tempat percutian yang aku impikan and akan pergi satu hari nanti. Tapi now ada lagi tempat yang aku nak share dengan korang. Lately nie, aku tengok banyak orang share tempat nie, so automatik akan masuk dalam list travel aku nanti..hahaha! Tempat yang aku maksudkan ialah Pulau Lombok. Ok let me share sikit serba sedikit sejarah Pulau Lombok nie. Dahulunya pulau ini pernah dijadikan tempat perbuangan Narapidana. Maksud Narapidana adalah orang yang telah dihukum oleh kerajaan negeri sehingga mati. Senang cerita dibuang negeri or negara. So pada sekitar tahun 1970-an pulau ini dikunjungi oleh penduduk Sulawesi dan kemudiannya menetap di sini.
Jadi Gili Trawangan ini adalah salah satu Pulau yang famous di kalangan pencinta alam sekitar. Gili Trawangan juga satu-satunya mempunyai ketinggian di atas permukaan laut. Dengan panjang 3km dan lebar 2km. Pulau ini juga mempunyai beberapa aktiviti malam yang di anjurkan oleh penduduk di sekitar Lombok contohnya beberapa pesta keramaian. Dekat sini kita boleh tengok tradisi atau budaya orang Lombok. Tapi aktiviti yang sering jadi favourite pelancong yang datang ke Gili Trawangan ini adalah scuba diving and snorkeling. Rugi siapa yang bercuti di sini tak menikmati keindahan dalam laut di Gili Trawangan nie.
Paling menarik berkenaan dengan Pulau Lombok nie, kita boleh tengok punca pengangkutan mereka adalah kereta kuda kerana pengunaan motor tidak di izinkan oleh jabatan pengakutan disana. Kecuali di bandar Lomboklah. Tapi untuk menjaga keindahan alam, Pulau Gili Trawangan ini akan mengunakan kereta kuda sebagai punca pengangkutan mereka untuk mengelilingi Pulau. Apa yang menarik Gili Trawangan dengan pulau-pulau lain which is kita dapat menikmati sunset dan sunrise sekaligus dekat pantai nie.
Here we go! Subhanallah cantikkan ciptaan allah.
Favourite view sesiapa yang pergi Gili Trawangan nie mesti takkan miss untuk snap picture dekat buaian nie. Of courselah teruja sebab ada buaian dekat tengah2 laut kan.
The best things is bila kau boleh tengok view sunset and sunrise sambil feeling2. Mesti cantik view masa tue untuk saksikan Kekuasaan allah :)
Korang pun boleh candle light dinner sambil bersaksikan keindahan alam. Masa nielah kau boleh feeling-feeling dalam movie tue..Selalunya drama Filipine lah bab2 romantik-romantik nie..hahaha
p/s : Saja je nak share dengan korang, if korang nak more information pasal percutian di Lombok nie, korang boleh lah search dekat Google. Banyak pakej yang disediakan. So this is one of my honeymoon list! :p
Comments
Post a Comment