Set Penjagaan Muka

Assalammualaikum!

Hari nie aku ada masa lebih untuk update more than one entry. So hari nie juga aku baik hati nak share produk muka and makeup yang selalu aku guna untuk kegunaan harian. Hahaha! Yela orang selalu duk cakap " shikin pakai apa? muka flawleslah!" Aku bukan lah retis yang ada duit lebih untuk makan vitamin or cucuk vitamin bagai nie. And kulit muka bukannya selalu licin. Bila sampai bulan mengambang, timbul juga penghuni yang tak diundang. Actually before this, masa zaman sekolah dulu, ya allah jangan cakaplah macam mana selebetnya aku time tue. Dengan warna kulit nak sama dengan orang afrika and pimple jenis pasir-pasir tue, dengan panas balik sekolah. Boleh bayangkan tak macam mana rupa aku time tue. Ok untuk menyenangkan kerja korang, susah sangat nak bayangkan macam mana muka aku time sekolah tue, meh aku share sikit.


Hah, cer cari mana aku. Yes, aku kiri dari Cikgu Kelas aku tue. Hahahaha! Hah nampak tak? Maaflah kualiti gambar yang tak berapa nak cantik. Sebab dulu tak ada Camera 360 :P

So back to the entry, masalah muka aku tak dapat dibendung lagi sampailah family aku decide untuk bawak pergi Klinik Pakar Yap di Klang. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran and kerajinan aku, dapatlah kulit wajah yang normal. Actually sebenarnya waktu kita zaman remajalah kulit muka kita tak stabil because perubahan hormon. Lagi-lagi bila dah akil baligh. Jadi perubahan hormon yang tak menentu yang menyebabkan kulit muka kita di tumbuhi jerawat and berminyak. And aku ingat lagi dengan pesanan doktor pakar kulit tue, untuk kulit asia macam kita, hanya ada 5 sahaja produk yang bagus untuk kulit muka bagi orang asia which is Loreal, Neutrogena, Olay, T3 and Clinic. Tapi aku tak sure lah korang boleh consume other produk lain daripada yang aku mention tadi. Tapi tuelah lain orang lain jenis kulit. Yang penting korang kena pastikan produk yang korang consume tue tak ada bahan mercury yang boleh menghakis kulit muka. 

And tipu if aku cakap tak ada masalah kulit before this. 4 bulan yang lepas, aku kena allergik yang teruk. So start kena allergik tue, memang tak semua produk yang boleh serasi dengan aku. Before this memang tak ada masalah dengan any produk. So makan ubat doctor and produce ubat doktor je. After habis consume ubat doktor, aku search produk yang sesuai dengan kulit muka. And alhamdulillah, now aku consume dengan produk Neutrogena. Sampaika takut salah beli produk. Yela dah nak kahwin, kalau salah pakai produk ya allah naya je nantikan.


Ok, inilah produk yang aku gunakan. Untuk foam aku guna Deep Clean Foaming Cleanser. Ya allah dia punya lembut and soft after guna best sangat. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Wangi dahlah satu hal, pakai sikit je dah berbuih. And after cuci, muka akan jadi pinkish2 gituww. Aku akan pakai 3 kali sehari. Waktu pagi, tengahari and petang/malam.

Ok, yang ini plak Deep Clean Invigorating Foaming Scrub. Untuk Scrub nie aku akan pakai waktu malam seminggu 2 kali sahaja. Scrub nie pun best sebab of course wangi and rasa berangin, sejuk je. Normally aku akan apply dekat bahagian hidung, bawah dagu and pipi sedikit. Sebab kawasan-kawasan yang aku sebut tadi adalah kawasan dimana white head and black head selalu membiak and tumbuh tak diundang. So mostly aku akan cuci di bahagian tertentu. After cuci, kau akan rasa hasil dia yang sangat memuaskan. 

Untuk krim siang, aku akan apply Neutrogena Fine Fairness Cream with SPF 22 PA++. Untuk pengetahuan korang, Neutrogena banyak krim siang and pelbagai fungsi sebenarnya. Tapi bagi aku, untuk maintain kulit fresh and tak terlalu heavy, aku choose Fine Fairness nie. Sebab dia ringan and akan rasa kulit muka kita lembut. Tak terlalu heavy. Kebiasaanya aku akan apply krim nie setiap pagi. Tapi if korang keluar or kerja luar boleh guna 2 kali sehari. Macam aku, aku akan guna waktu pagi sahaja sebab mostly waktu aku banyak dekat office sahaja. Depends ikut aktiviti masing-masing :) So before beli, sila rajin-rajinkan baca caption di setiap label produk ok.


Ok, untuk kegunaan krim malam, aku lebih suka kulit muka free daripada sebarang krim actually. Tapi tak bermaksud aku tak apply any krim. Untuk malam aku choose T3 Mycin. T3 Mycin nie function dia sama dengan Dalacin T because it contains Clindamycin Phosphate.Aynthing that contains by Clindamydin Phosphate in particular would have worked cuma the brand names and manufactures yang vary. T3 Mycin akan producekan protein di mana bakteria jerawat korang tidak boleh tumbuh if adanya protein tersebut. Aku dah produced T3 Mycin dari zaman sekolah, if ada jerawat jer korang boleh picit sikit then letak dekat tempat yang berjerawat tue and tommorow u would get good result sama ada jerawat itu dispear or akan kecut macam tue. Depends pada korang if nak apply siang or malam. Apply nipis-nipis pun dah memandai. Tapi seelok-eloknya korang apply waktu nak tidur supaya protein tue akan serap waktu kita tidur. T3 mycin nie is a topical antibiotic tau. And korang boleh dapat T3 Mycin nie dekat Farmasi. Kesemua produk yang aku share tadi adalah daily yang aku gunakan. So if korang nak produced sesuatu produk tue, korang kena baca label terlebih dahulu because macam aku bagitahu tadi, tak semua produk akan serasi dengan kulit. Best of luck :)


Comments

  1. Salam..saya berminat nak pergi pakar kulit dr yap..okay x pegi sana? N bpe cost tuk sekali treatment ye? Thanks awk..

    ReplyDelete
  2. Salam..saya berminat nak pergi pakar kulit dr yap..okay x pegi sana? N bpe cost tuk sekali treatment ye? Thanks awk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam. Hi Mienna Yusof..kalau awak nk pergi mmg sy recommend sangat. Sebab sy buat rawatan dia dari zaman sekolah, until now kalau ada masalah kulit mesti akan cri dr.yap..hehe. Sangat2 ok, even dia mahal tapi apa yang kita bayar tue sangat berbaloi. Untuk consultant tak silap sy Rm70 itu harga last year, thun nie sy tak pasti still sme atau dah naik skit. Harga untuk treatment plak, base on masalah skin yang awak hadapi. Biasanya dia akan tgk masalah awak stage yang ke berapa. Tapi jangan risau, bila masalah skin awk dah beransur pulih, dr.yap tue sendiri akan beritahu yang awak tak perlu continue checkup dengan dia lagi. Just continue ubat yang dia beri je. So better awak sediakan dalam rm350 untuk 1st time :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!