Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Assalammualaikum.

Baru ada kesempatan untuk update entry kali nie. 1st of all, aku nak panjatkan rasa bersyukur dengan kurniaan rezeki yang allah berikan pada aku dan juga husband. Rezeki yang aku maksudkan itu adalah amanah yang sangat besar apabila aku mengandungkan anak pertama kami yang sedang aku kandungkan yang sudah mencecah 9 bulan. Alhamdulillah. Actually aku baru sahaja discaj from hospital disebabkan aku mengalami diahrea dan baby kurang bergerak sepanjang aku mengalami diahrea pada ahad yang lepas. Ceritanya macam mana aku kena diahrea, meh aku kongsikan sikit supaya menjadi teladan pada ibu-ibu yang mengandung di luar sana. Ahad lepas sebelum aku di tahan wad, petang tue aku adalah ajak husband pergi jalan tar memandangkan dah lama kami tak kesana. Semata nak pergi jalan tar hanya untuk cuci-cuci mata. Sudah penat berjalan, tiba-tiba perut aku rasa lapar, so aku suruh husband aku berhenti untuk beli makanan. And tekak aku pada masa tue plak teringin nak makan makanan yang djual penjaja di tepi jalan tar. Sempat gaklah aku capai beberapa jenis kuih. Kebetulan haus plak masa tue, siap beli 2 jenis air lagi. So dengan lafaz bismillah aku pun makan, sampai tak nak kongsi dengan husband aku, nasib baik dia tak lapar time tue..hahaha. Lepas isi perut, aku pun ajak husband aku balik memandangkan jam menunjukkan pukul 6 petang. Sampai rumah dalam pukul 6 lebih macam tue, aku terus mandi and siap-siap menunggu waktu magrib.

After solat magrib, aku dah rasa perut aku tak berapa selesa and terasa kembung. Baby pun macam tak berapa nak active sangat dalam perut. So lepas je solat magrib, aku suruh husband aku urut belakang badan, mana tahu angin masuk ke apa kan..masa husband aku sibuk mengurut, aku rasa macam nak buang air besar, perut dah memulas-mulas. Dalam hati terdetik juga, sudah! dah nak bersalin ke apa aku nie! Yelah masa dalam keadaan macam tue, macam-macam yang kau akan fikirkan,sebab ada yang cakap kalau nak bersalin salah satu tandanya kita rasa nak buang air besar. Aku pun berlari anak ke toilet untuk tengok ada apa-apa tanda ke yang keluar, check punya check memang tak ada tanda lagi untuk bersalin. Jadi ternyata memang aku nak buang air besar time tue..hahaha. Perempuankan, bila sakit macam-macam yang difikirkan. Lepas je aku keluar toilet, perut masih lagi tak selesa, and aku rasa baby macam tak berapa nak bergerak. Sekali lagi hati nie rasa tak sedap, terus aku panggil husband aku untuk bawak aku ke Hospital Putrajaya. Memandangkan kami dah decide semula untuk bersalin dekat sana, so terus ajak husband bawak aku ke Hospital Putrajaya.

Sampai Hospital Putrajaya dalam pukul 8 lebih macam tue,,Husband bawak kereta jangan cakaplah macam mana, aku sendiri pun gerun time tue. Semasa dalam perjalanan ke Hospital, dalam kepala nie tak putus-putus doa agar semuanya selamat and dipermudahkan segala urusan aku pada malam tue. Sampai-sampai je, terus husband aku berhentikan kereta di Dewan Bersalin, Tapi bukan terus masuk labour room tahu, dalam dewan bersalin tue ada bilik observation di mana sekiranya terdapat case emergency doktor dan nurse akan pantau di situ. Kebetulan bila aku sampai je, terus nurse yang bertugas malam tue bertanyakan masalah yang aku hadapi, cerita punya cerita terus nurse tue suruh aku baring di katil untuk buat ujian doppler. Ujian doppler adalah ujian dimana perut kita dipasangkan dengan alat pengesan jantung dan kiraan degupan jantung baby, bacaannya boleh dilihat di machine yang menyambungkan alat tersebut. Nurse yang attend aku pun start cari denyutan jantung baby, pada mulanya agak susah jugak nak cari jantung baby. Time nie, aku dah mula risau dah and bermacam-macam benda yang bermain dalam kepala nie. Dalam hati tak putus-putus doa. Nurse yang sibuk cari denyutan jantung baby pun nampak cemas, and suddenly kami dengar bunyi jantung denyutan baby dengan lajunya. Ya Allah, Syukur Alhamdulillah!!! Masa nie macam nak menitik air mata tapi aku berjaya control, malu aihh dengan nurse-nurse kat situ. Hehehe. Salah satu nurse yang attend aku, bagitahu sementara nak menunggu doktor datang, dia akan monitor denyutan jantung bayi sehingga doktor datang untuk periksa keadaan aku. Sementara nak menunggu doktor datang untuk periksa keadaan aku, nurse-nurse yang bertugas malam tue sangatlah friendly. Kita yang sakit nie terus hilang rasa sakit sekejap. Lembut je layanan yang dorang bagi, aku pun jadi selesa untuk mendapatkan rawatan disitu.

Lebih kurang 20 minit macam tue, doktor yang bertugas malam tue pun sampai, and lucky doktor yang periksa aku time tue adalah Dr.Seri. Dr.Seri yang check aku mula-mula masa aku appoitment dekat klinik pakar gynae hari tue.So serba sedikit dia dah tahu background aku, and terus dia arahkan aku untuk buat scanning untuk tengok keadaan bayi. Alhamdulillah sekali lagi bila Dr.Seri informed keadaan bayi semuanya normal and berada di posisi yang betul. Air ketuban pun dah increase dari bacaan 8 ke bacaan 9 which is dah lepas sikit dari border line. Walaupun tak naik banyak tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan jugakkan. Cuma that time aku tak sempat nak tanya berat baby yang latest. Hehehe. Selesai semua prosidur, Dr.Seri pun terangkan pada aku bacaan denyutan baby cantik dan normal lepas buat observation tadi. Jadi mungkin denyutan baby lemah lepas magrib tadi disebabkan aku yang mengalami diahrea automatik badan akan menjadi lemah  and energy pun berkurang, itu yang menyebabkan pergerakkan baby menjadi lemah. Kiranya itu adalah salah satu faktor masalah yang terjadi pada aku mengikut penjelasan Dr.Seri. Secara automatiknya, aku syak diahrea aku disebabkan aku makan makanan di Jalan Tar petang tadi. Sebab tue adalah makanan yang terakhir aku makan before diahrea. Husband aku takde complain sakit perut ke apa because masa aku beli makanan tue memang husband aku tak makan. Jadi memang confirmlah makanan yang aku makan di jalan tar tue dah tercemar. Masa tue taubat dah tak nak beli lagi makanan dekat tepi-tepi jalan nie.

Selesai je Dr,Seri bagi penerangan dekat aku, dia informed biasanya kalau kadar bacaan nadi baby dah normal and tiada masalah lain, patient dibenarkan balik tapi dalam keadaan kes aku, doktor nasihatkan agar admit untuk 1 malam untuk pemantauan lagi kadar denyutan bayi plus aku masih diahrea lagi. Tapi terpulang pada aku, if aku rasa keputusan denyutan baby yang ditunjukkan Dr Seri tadi dah memuaskan hati, aku boleh balik. Aku pun plan bincang dengan husband dulu, bincang punya bincang husband suruh admit satu malam untuk pemantauan lebih lanjut lagi demi kebaikkan aku dan jugak anak kami. So aku pun informed Dr.Seri yang aku setuju untuk admit ward satu malam. Doktor admitkan aku di Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8, Putrjaya, Disana nanti mereka akan pantau kadar denyutan baby dengan lebih kerap. Malam ahad tue jugak aku admit and 1st time naik ambulans from Hospital Putrajaya to PBBR. Aku request untuk naik kereta je, tapi tak dibenarkan memang prosidur patient kena naik ambulans and husband follow belakang. Sampai-sampai di PBBR nie, rasa kagum kejap sebab apartment di renovate menjadi ward. Ada jugak kawan-kawan cerita yang ada pengalaman admit di PBBR nie rasa selesa bila warded. Sebab tak rasa macam duduk dekat ward. Dalam satu ward tue ada 3 bilik, which is setiap bilik ada satu katil. So memang selesa. Cumanya husband tak boleh teman. Hanya boleh datang pada waktu melawat sahaja. Nurse dengan doktor di PBBR nie pun sangatlah friendly. Syukur alhamdulillah, aku diberi layanan yang baik sepanjang admitted di PBBR.

Bermulah malam aku sebagai patient di PBBR, actually sebak jugak sebab husband tak dibenarkan bermalam untuk teman isteri. Doktor pun ada informed yang aku akan discaj pada isnin pagi jika condition semua ok. So malam tue tidur pun tak berapa lena sebab tak sabar nak discaj, tapi disebabkan terlalu mengantuk tidur jugak..hahaha! Tepat pukul 10.30 pagi, doktor yang aku tunggu pun datang round untuk periksa keadaan aku, Muka masa tue dah bersinar-sinar dengan harapan dapat discaj pagi tue. Check punya check, doktor bagitahu yang dia akan pantau lagi keadaan aku sampai petang isnin, and if semuanya ok, diahrea pun dah tak, maybe dia akan discajkan aku sama ada petang atau malam sikit. So nak tak nak memang kena tunggu petanglah jawabnya. Perasaan kecewa tue adalah jugak sebab aku dah puas hati dengan result treatment aku, tapi demi kebaikan kami berdua, so aku bersabar jugak. Kebetulan pulak abah ada urusan kerja di Klang, jadi 1 family aku decide datang untuk melawat. Terubat jugak rasa kecewa tue..hehehe. Plus plak husband aku datang sekali, tak adalah bosan sangat duduk ward. Duduk ward, memang kena rehat habis, kerja aku makan and tidur je. Huhuhu. Owh ya, waktu melawat di PBBR nie bermula pada pukul 12.30 tengahari dan akan tamat pada jam 2 petang. Akan bersambung semula pada jam 4.30 petang sehingga 7 malam.

Tepat pukul 8 malam, doktor yang periksa aku pagi tadi datang untuk buat round sekali lagi. Soalan yang sama jugak dia tanya aku sama ada aku masih diahrea lagi atau dah berhenti, so cepat-cepat aku jawab diahrea aku dah berhenti after subuh lagi. And baby pun gerak aktif sepanjang aku di tahan di ward. Then doktor pun senyum mendengar penerangan aku yang bersungguh-sungguh tue, nak balik punya pasal memang kena tunjuk keyakinan yang tinggi..hehehe! Doktor pun bagitahu normally kalau case aku nie, dorang akan pantau lagi dalam masa 24 jam disebabkan aku mengalami diahrea jadi doktor nak pastikan betul-betul yang aku dah stop diahrea. Tapi memandangkan dia tengok aku gusar balik, terus dia cakap, oklah saya discajkan awak sambil senyum. Siap pesan lagi if ada masalah lagi dalam tempoh 24 jam terus pergi hospital. Syukur alhamdulillah dapat discaj isnin malam tue. Terus aku telefon husband aku patah balik untuk urusan discaj padahal adalah dalam 15 minit macam tue husband aku gerak dari PBBR nie, kesian dekat husband aku, sebab hari tue je dah 3 kali patah balik dari Bangsar ke Putrajaya. Sejak kejadian tue, memang aku amik iktibar untuk jaga pemakanan aku bila makan di luar.Lagi beberapa minggu je nak tunggu our little bean. Kena jaga kesihatan betul-betul. Baby NM pun sejak discaj, alhamdulillah bergerak aktif sampai aku pun excited tengok dia bergerak aktif. Terima kasih pada yang mendoakan kesihatan kami berdua, insyallah akan aku update lagi tentang pregnancy journey nie :)

Thank you for reading guys!

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!