Panduan Menguruskan Borang Nikah

Assalammualaikum!

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Mei. Ya allah sekejap je masa berlalu. Rasanya baru je masuk tahun baru kan, tuptup dah nak masuk pertengahan tahun. Entry kali nie aku just nak share Prosedur Nikah dari mula hingga akhir untuk panduan bakal-bakal pengantin yang akan bernikah tak lama lagi. Eceh, termasuklah diri sendiri..kihkih. Actually rata-rata orang yang aku tanya semuanya agak stress bila part nak settlekan urusan Nikah. Terus-terang untuk prosedur Nikah agak berlainan mengikut negeri masing-masing. So jangan ingat semua prosedur Nikah sama mengikut negeri, salah ye u'olls. Lain negeri lainlah prosedurnya. Sebenarnya, aku sendiri pun tak berapa tak nak faham prosedur untuk uruskan borang Nikah dan sebagainya, until AF punyalah bersungguh-sungguh explain, akhirnya faham jugak. Nampak semangat AF lain macam dalam uruskan urusan nikah ni. Maklumlah AF dengan aku berbeza tempat lahir. AF lahir di Perlis, aku lahir di Selangor. Tapi untuk majlis Nikah akan berlangsung di Melaka disebabkan keluarga dah menetap di Melaka.

SITUASION :

Aku : Aku dilahirkan di Klang, Selangor, IC juga berpangkalkan (43) yang menandakan lahir di Selangor. Tetapi secara dasarnya aku akan bernikah di Masjid Tanah, Melaka. Jadi secara automatiknya aku akan settlekan borang Nikah under Negeri Melaka dan akan dinikahkan di Melaka. Sebab ramai yang confius dekat sini sebenarnya. Actually borang Nikah yang korang kena amik based dekat mana tempat korang akan dinikahkan and mengikut alamat IC sendiri. So jangan confius part nie tau, even aku pun pada mulanya memang aku confius! Sobsob. Tapi last AF open table terangkan sampai aku faham! Hahaha!

AF : AF dilahirkan di Perlis Indera Kayangan then membesar di Kuala Lumpur. Jadi AF akan mengisi borang Nikah di bawah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. But if  those yang bekerja jauh dari tempat lahir, tak payahlah sampai nak balik kampung untuk settlekan borang Nikah. Let say, kalau korang bekerja di Penang, ambil sahaja borang di Penang then isi borang pengesahan Permastautin yang boleh didapati bersama borang Nikah tersebut.

CONCLUSION :


  • Borang Nikah Perempuan : Melaka
  • Borang Nikah Lelaki         : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


PROSEDUR NIKAH DARI MULA HINGGA AKHIR

Settle part borang Nikah, ada lagi prosedur yang perlu korang tahu and kena ikut prosedur yang telah di tetapkan oleh Majlis Jabatan Agama Islam. Untuk prosedur nie tiada perbezaaan mengikut negeri ya, semua prosedur ini sama seperti yang telah ditetapkan oleh Jakim sendiri. Prosedurnya ialah :

1. Hadiri Kursus Pra Perkahwinan
  • Ini adalah perkara wajib bagi pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Kursus kahwin ini kebiasaanya mengambil masa selama 2 hari. Terpulang pada korang if nak amik waktu cuti atau waktu bekerja. Yuran untuk mengikuti Kursus Kahwin ini hanya RM80 sahaja termasuk makan dan minum serta nota-nota yang berkaitan. Murah dan berbaloikan. Kursus Pra Perkahwinan nie selalu di anjurkan di Masjid-masjid atau kompleks islam. Al-kisahnya masa zaman study dulu, pihak universiti ada anjurkan Kursus Pra Perkahwinan ni, tapi masa tue belum terbuka nak pergi lagi sebab fikir, alah muda lagi, belum terpikir nak kawin lagi, aku  pun dengan selambanya tak join pun kursus nie yang hanya dikenakan RM30 untuk harga student. Last2 bila dah habis study, masuk kerja menyesal tak join kursus kawin tue. Nasib baik, officemate aku ajak join sekali dengan dia, yang kebetulan dah nak kawin. So, aku pun decide untuk join sekali. Kami pergi ramai-ramai, kebetulan AF pun join sekali, hah, senang lah sekarang tak payah pening-pening nak fikir pasal kursus kahwin ni. :). So for those yang ada masa hujung minggu yang tak tahu buat apa tue, korang boleh lah luangkan masa untuk pergi Kursus Pra Perkahwinan ni, even ko belum pun ada plan untuk mendirikan rumah tangga, tak rugi pun sebab 1 hari nanti korang still kena seat untuk Kursus nie. 

2. HIV Test
  • After settle part Kursus Kahwin, now kita move ke HIV Test plak. HIV test ini hanya boleh dibuat di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. Result HIV ini akan valid untuk 6 bulan sahaja. So untuk elakkan korang terlupa or kelam-kabut, aku galakkan korang buat awal HIV Test ni. HIV Test nie hanya dibuat pada hari Isnin - Khamis sahaja dari jam 2pm-4pm. But before korang pergi, make sure call dulu untuk set appoitment ok, takut korang pergi tue full house plak kan. Yang penting dokumen apa yang perlu di bawak. Macam aku, aku akan buat HIV Test di Klinik Kesihatan Sg.Buloh.


3. Pihak Lelaki Mula Settlekan Borang Kebenaran Kahwin
  • AF akan mula isi borang Nikah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. After AF siap isi borang tersebut, AF akan bawak borang Nikah tersebut ke Penghulu Kampung or Kawasan untuk mendapatkan cop pengesahan Nikah diluar Kawasan. Sertakan sekali dengan dokumen sokongan (ic lelaki, ic bakal isteri, surat akuan bujang dari majikan, HIV Test, Sijil Kursus Kahwin asal dan salinan). Setelah selesai semua, AF akan serahkan semua dokumen kepada aku untuk aku mulakan proses.
4. Pihak Perempuan Mula Settlekan Borang Kebenaran Berkahwin
  • Aku akan filled up Borang Nikah. Jangan lupa sertakan sekali dokumen sokongan (IC Perempuan, IC Wali, IC 2 Orang saksi, HIV Test, Sijil Kursus Kahwin Asal dan Salinan). Untuk yang nikah di Selangor, sijil nikah ibu bapa adalah dokumen wajib ada ya. If luar dari Selangor, tak perlu. Untuk saksi, aku kena bawak Wali dan kedua saksi berjumpa dengan imam untuk sign borang kebenaran. Borang tue tak valid kalau kita sign bukan depan imam kecuali kalau imam boleh kawtim dengan kita. Mintak-mintaklah pak imam tue boleh kawtim..huhuhu. 
5. Bawa Semua Dokumen Ke Pejabat Agama Tempat Bernikah
  • After dah dapat tandatangan imam, combinekan dokumen perempuan dan lelaki dan proceed untuk bawak ke Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah. Kenapa bukan Masjid Tanah? sebab Masjid Tanah di bawah daerah Alor Gajah, jadi aku mesti submit borang Nikah tersebut di Alor Gajah. Tunggu sehingga proses selesai.
6. Selesai dan Nikah
  • Bila kita dah dapat borang dari Pejabat Agama Daerah Alor Gajah, kiranya dah settle semua borang kita. So tinggal nak pergi hantar pada Kadi dan inform segala maklumat tarikh dan tempat nikah yang akan berlangsung pada kadi tersebut. Alhamdulillah settle semua urusan borang, even ia sangat rumit, tapi bila dah settle semuanya, akan lega. Tak semua perkara boleh jadi senang kan? untuk senang, kita kena susah dulu kan.

Kalau orang yang tak tahu prosedur nikah ni akan rasa rumit, macam aku awal-awal nak faham prosedur nie.. Tapi bila korang dah faham insyallah semuanya akan jadi mudah. Kena banyak bersabar. Hope apa yang aku share ini boleh membantu korang. Tapi if rasa samar atau tak faham, korang boleh terus rujuk Jabatan Agama Islam berdekatan dengan korang ok.

Happy Reading =)

Comments

  1. Salam..sy nk brtnya.kalo ic sy 04 n alamt Selangor mcm mne ye.borang kwin mlka ke kena isi?sy wat borang Selangor..sy tol2 confuse r..please..hrap leh membantu

    ReplyDelete
  2. Salam..sy nk brtnya.kalo ic sy 04 n alamt Selangor mcm mne ye.borang kwin mlka ke kena isi?sy wat borang Selangor..sy tol2 confuse r..please..hrap leh membantu

    ReplyDelete
  3. situasi awk mcm sy. IC pun selangor tapi akan bernikah di melaka. Jadinya awak kena isi borang nikah selangor dan melaka. Nanti dah isi, serah kan kedua2 borang tue dekat jabatan agama melaka.

    ReplyDelete
  4. Salam nk tnye..tung sya orng n9 saya melaka...tung sya leps isi borng n cop imam dia kne hntr borng pde sya atau ke pejabat dlu ye?

    ReplyDelete
  5. wkmsalam. Lepas tunang awak isi form dia kena bawak form tue ke pejabat agama n9 dulu. Dah dapat pengesahan daripada jabatan agama n9 bru awak serahkan borang nikah tunang awk dan awak punya borang nikah ke jabatan agama islam melaka untuk final pengesahan.

    ReplyDelete
  6. Salam~ Nikah di alor gajah melaka, maka borang ambik di pejabat agama alor gajah kan?

    ReplyDelete
  7. Wkmsalam.. yup amik di pejabat agama alor gajah..

    ReplyDelete
  8. Salam. Sesiapa yang ingin mengadakan majlis pernikahan di Masjid Wilayah Persektuan boleh juga hubungi nama di bawah

    Us Mohammad Ashraf Dato' Ibrahim
    Penolong Pendaftar (Jurunikah) Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    016 21 71 278 / 013 600 9233

    ReplyDelete
  9. salam , maaf bertanya, fasal mak surat nikah mak ayah tu tak tahu la . mak sy dah meninggal . dan sekarang ayah dah nikah lain . perlukan surat nikah dgn mak tiri ke atau sijil kematian arwah mak sy n ic bapak sy tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak surat nikah mak ayah*

      Delete
    2. Wkmsalam. Kalau boleh sertakan sekali surat kematian ibu awak dan berikan sekali salinan ic bapa dan ic mak tiri sebagai rujukan. Atau untuk kepastian lagi, awak blh rujuk dengan pejabat agama yang berhampiran.

      Delete
  10. maaf nak tnya, dua-dua pihak ke isi borang nikah ke, ataw stu pihak sahaja

    ReplyDelete
  11. maaf nak tnya, dua-dua pihak ke isi borang nikah ke, ataw stu pihak sahaja

    ReplyDelete
  12. yeee mesti kena isi dua2 belah pihak, kalau tidak awak tak boleh kahwin..

    ReplyDelete
  13. salam nk tanya..borang kahwin ni kena settle berapa bulan sblm mjls..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Sy start 3 bulan awal sebelum majlis untuk elakkan kelam kabut. Proses dia depends on pejabat agama mengikut negeri. Ada yang cepat ada yg lambt. Lebih baik buat awal.

      Delete
  14. Salam.. Nak jumpa penolong pendaftar nikah alor gajah kat pejabat agama ke? Utk pengesahan bujang tu.. Ke boleh jumpa imam kat masjid je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksmalam, tak perlu. Untuk pengesahan bujang boleh dikeluarkan majikan jugak. Kalau bekerja, boleh minta dengan majikan untuk keluarkan surat pengesahan bujang tersebut. Kalau tidak bekerja boleh je jumpa dengan imam masjid berdekatan.

      Delete
  15. Blh sy nak tau..
    Situasi sy ic pangkal 07 (penang) & bekerja di kl.. tunang sy mmg asal org selangor.. akad nikah akan diadakan di masjid bdekatan rumah pihak lelaki.. adakah urusan borang nikah sy harus dibuat di selangor @ kuala lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam situasi awak, awk blh isi borang nikah mengikut negeri sahaja. Sekarang nie boleh isi secara online mengikut negeri masing-masing.

      Delete
  16. Salam.
    1. surat akuan bujang tu pihak lelaki sahaja ke yg kena buat? pihak perempuan tak perlu ke?

    2. untuk HIV test tu. ada soalan-soalan daripada doktor ke??

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, actually dia bukan kira pangkal ic. Borang nikah kena ikut dekat mana tempat yg u akan bernikah. Macam u kena amik borang nikah kedah sebab u akan bernikah dekat kedah. Bakal suami u dia kena amik borang nikah dekat selangor. Then settle bahagian lelaki, dia akan past kan borang2 dia pada belah perempuan. So u akan submit pada jabatan agama islam kedah.

      Delete
  18. Nk tnya klaw surat permastautinan tu nk kena sahkn oleh pejabat agama ikut negeri dlm ic ke atau bole dibuat terus kat selangor?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!