Singapore Part 1

Assalammualaikum! Wah dah masuk bulan May lah! sekejap jer dah nak masuk pertengahan tahunkan..and yang bestnya sekejap je dah nak abis part 5..rasanya baru je masuk semester baru, tup2 dah nak final then bulan 9 dah masuk part 6. Hope semuanya di permudahkan urusan sehingga aku berjaya menggengam segulung ijazah..amin! hehehe.. ok lah back to the entry, entry kali nie aku nak share pengalaman aku pergi singapore April lepas..tengok dah masuk bulan May, baru terhegeh-hegeh nak update blog..busylah wei, sorry ea..sebab ada jugak yang tanya bila ko nak update entry pergi Singapore..ala bukan jalan mana2 pun, pergi Universal Studio je u'olls! hahaha!!! ok hari nie aku share pengalaman aku sikit ea..hahaha.. Ok actual untuk plan bercuti ke Singapore nie aku dah plan dengan en.boypreng dari last year lagi..tapi masing2 terlalu bising sehinggakan kitorang postphoned! and then tahun nie ada masing2 ada kelapangan so we decide untuk bercuti ke Singapore.. Ktorng decide untuk pergi 2 hari 1 malam itu pun menggunakan khidmat KTM pada asalnya.. tapi last2 minute adik en.boypreng pun nk ikut sehingga kan satu family nak follow we'olls..so tertukarlah plan asal katanya nak pergi 2 hari 1 malam kepada 3 hari 2 malam..So agak meriah sedikitlah percutian kali nie..daripada kata nk tdo dalam train je, up sikit tido homestay dekat Kulai Jaya..sorry aku x sempat nk snap picture homestay kami..tapi so memang puas hati sebab homestay yang ktorng duduk nie 2 tingkat, 5 bilik 2 toilet..so memang confartable untuk percutian satu familykan. Pada mulanya, ktorg decide nk pergi hujung bulan tapi disebabkan adalah masalah yang tak dapat di elakkan dan semuanya kelihatan tak sabar, so ktorg decide pergi tengah bulan pada tarikh 17, 18 and 19 April 2014 yang jatuh hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. So Ahad tue memang lah rehat dekat rumah tapi yang kesiannya aku, aku tak dapat nak rehat sebab Ahad pagi tue dah gagahkan diri pergi kelas,,gigih tau pergi kelas hakikatnya, badan semua sakit2..hahaha!Al-kisahnya dalam hati tue niat nk potong sebenarnya tapi disebakan kan ada kuiz Mandarin, aku gagahkanlah jugak diri pergi kelas..kihkih.. Yang bestnya, ktorng sewa satu Van Mercedez untuk kegunaan dan pergerakkan ktorng dekat Johor and Singapore nnti..senang naik satu van je, angkut ramai2..kecohnya jangan cakaplah, macam rombongan CIK Kiah! hahaha..pengalaman aku naik van ramai2 pergi bercuti! So total kami yang bercuti ni semuanya 12 orang termasuk kanak2..
Ok, inilah van Mercedez 14 seater yang kami sewa untuk pergerakkan kami di Johor dan Singapore..memang ada 2 Seat lebih masa nk pergi tapi bila balik aku dah rasa macam tin satin..hahaha..semuanya shopping sakan.. Kami gerak dari Bangsar dalam pukul 10.30 pagi macam tue sebabkan kononnya nk lepaskan jammed..maklumlah ktorg gerak hari Khamis pagi. So far perjalanan berjalan dengan lancar..aku boleh siap bantai tido dalam van..xde istilah2 malu bagai, kalau mata dah mengantuk buat apa tahan kan, tido jela! hahaha..Sampai Johor lebih kurang pukul 1ptg lebih kurang macam tue..sampai2 je terus cari homestay and check in secepat mungkin sebab semuanya dah letih bagai..perjalanan yang memakan masa 3 to 4 jam memang meletihkan even Johor je kowt..tapi bila ko dah duduk dalam kereta or van lama2 lengguh jugak lah pinggang nie kan.. So untuk 1 st day sampai johor, ktorng lebih santai2 je, rilex2 dengan lepak dekat homestay, hujan pulak kan..malam tue barulah kami keluar pergi makan..kebetulan ayah en.boypreng ada kenalan di Johor, jadi rezeki kami dapat makan sedap2..hahaha..lepas makan, kami pulang dengan penuh rasa gembira sebab perut dah kenyang then balik terus boom! hahaha..tidolah apa lagi sebab keesokkannya kena bangun pagi because its shows time! Universal Studio Singapore..part USS nie nanti aku cerita untuk next entry ok! Daaaa!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!