Singapore Part 3 : Panduan Membawa Kenderaan ke Singapore

Assalammualaikum! Seperti yang dijanjikan, hari ni aku akan update sikit panduan untuk membawa masuk kenderaan ke Singapore. Share is caring! 1st Thing : 1. Kena ada duit yang cukup..of course lah kan nanti pergi tak balik-balik pulak..hahaha. 2. Tukar Ringgit Malaysia siap-siap kepada Singapore Dollar. Currency rate sekarang ni 2.38. 3. Passport kena ada. Paling penting daa... 4. Kena ada map atau gps. 5. Isi minyak siap-siap di Malaysia sebab kat sana mahal. 6. Bawak bekal makanan dari Malaysia kalau nak jimatlah hehehe. 7. Kena tahu laluan ke Singapore ada dua iaitu Woodlands dan Tuas (Second Link). 8. Tulis White Card siap-siap kalau tak ada sampai di kaunter imigresen Woodlands nanti mintak dengan pegawai kastam. 9. Prepare geran dan insuran kereta (kalau diminta nanti). 10. MyKad, road tax dan lesen memandu yang belum tamat tempoh. 11. Pen 12. Wajib ada Touch n Go kalau tak ada beli kat kaunter CIQ nanti. cara pembelian autopass Okay autopass ni kiranya macam touch n go kat Malaysia. Kegunaan dia adalah untuk bayar parking, toll, dan nak keluar ke Malaysia nanti. Wajib beli. Satu kenderaan satu autopass. Tidak boleh dipindah hak milik. Kalau datang ke Singapore pada hari weekend tak perlu bayar toll (ERP) dan Vehicle Entry Permit (VEP) yang berharga $20 per day. Kalau datang pada hari weekdays kena bayar. 1. Dah lalu ikut Red Channel beratur untuk parking kereta di bangunan yang menjual autopass. Ada pegawai kastam yang jaga parking nanti. 2. Dah parking driver kena turun dari kereta. Penumpang lain tak perlu. Bawa semua passport skali. 3. Panggil staff untuk ke kereta kita. Dia akan tengok road tax. 4. Bagi geran kereta dan insuran jika diminta. Kalau tak minta tak payah. 5. Isi borang yang ada kat dalam bangunan tu dan beratur serahkan borang di kaunter. 6. Bayar harga autopass $10. 7. Dapat autopass dan resit. Settle. inspection booth Yay dah ada autopass sekarang kita ke inspection booth. 1. Ikut Green Channel kalau tak ada barang yang nak di declare. 2 Berhenti di lorong dan driver kena turun yang lain tak payah turun. 3. Bukan semua tingkap dan bonet kereta. 4. Sesudah pegawai kastam check boleh jalannnnn... 5. Yahoo dah abes dah mari memulakan perjalanan ke Singapore. UPDATE! Macam mana kalau dah ada autopass tapi autopass expired? Selalunya kalau tak masuk Singapore lebih dari setahun autopass yang 5 tahun tadi automatik akan expired. Solutionnya adalah insert je autopass kat machine slot masa kat kaunter imigresen kat Woodlands tu. Lepas tu proceed ke red channel dan parking kereta kat situ macam masa mula-mula nak buat autopass. Masuk dalam office dan renew autopass (tak tau berapa dia charge) dan settle. Autopass expired terlepas masuk red channel dan terlepas untuk renew. Macam mana nak buat? Dah settle imigresen check semua sekali terlepas masuk red channel untuk renew autopass. Jangan gabra. Teruskan saja perjalanan tak kisahlah nak pergi mana pun Orchard Road ke USS ke mana-mana ke pergi je balik nanti baru settlekan. Masa nak balik tu masa kat kaunter imigresen di Woodlands macam biasa masukkan autopass kat mesin tu lepas tu proceed ke LTA office (beberapa meter dari kaunter imigresen). Jaga-jaga jangan terlepas jugak. Kaunter dia kecik je. Parking kereta kat depan kaunter lepas tu pergi renew autopass. Lepas tu bayarlah denda dalam SGD16++ je kot. Settle. Tapi kan..kalau buat bodoh teruskan ajer perjalanan tanpa renew atau bayar denda macam takde efek pun. Hikhik. Tapi tak taulah kalau mendatangkan masalah bila nak masuk ke Singapore kemudian hari kan. I'm not so sure.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!