Alhamdulillah, Its Normal!
Assalammualaikum!
Semalam aku baru je update entry berkenaan dengan Tips Menambahkan Air Ketuban, and today aku dengan husband baru balik from Hospital Serdang dimana aku diarahkan untuk refer Gynae Hospital Serdang disebabkan kekurangan air ketuban. Pakar gynae aku di Hospital Az-Zahra mengambil langkah awal untuk refer aku di Hospital Serdang. Sebelum tarikh appoitment nie, memang aku mengamalkan tips yang share dekat korang bagaimana nak tambahkan air ketuban, and alhamdulillah tips yang aku amalkan tue memang berkesan.
1st time pergi Hospital Serdang, and sampai2 tadi pun terkejut sebab ramai giler orang. Yela ingatkan dah keluar rumah pukul 6.30 pgi tue and sampai Serdang dalam pukul 7.20 pagi tue dah kira awal. Rupanya ada orang lagi awal dari aku..hahaha! Rasanya lepas subuh kowt dorang gerak dari rumah. Yela bila dah berurusan dengan Hospital Kerajaan kita memang kena korban dari segi masa sikit. Sebab bukan kita je yang nak dapatkan rawatan kan, ramai lagi. Tapi aku puji dengan sifat kakitangan Hospital Serdang. Walaupun kaunter pendaftaran ramai orang, tapi servis yang dorang bagi sangat cepat. And layanan diberikan pun sangat puas hati. Macam kes aku, adalah kes refer daripada Hospital Swasta to Hospital Kerajaan lain sikit prosidur dia. Aku dengan husband memang kerja disektor swasta, jadi dari segi pembayaran pendaftaran memang berbeza dengan kakitangan kerajaan. Kalau korang suami isteri kerja di sektor swasta pembayaran pendaftaran akan dikenakan mengikut kelas yang pertama. Jadi sama je kalau korang buat checkup dekat hospital swasta. Tapi disebabkan aku kes refer, and aku pernah buat checkup dekat Klinik Kesihatan and dapat surat refer letter from Klinik Kesihatan, jadi pendaftaran aku dikira percuma buat kali pertama. Jika seterusnya datang sekali lagi untuk follow up, baru dikenakan charge RM5 sahaja :).
And berita yang cukup mengembirakan aku dengan suami bila doktor scan tadi, dia bagitau yang kandungan aku normal. Air ketuban pun dah naik paras normal daripada 7.5 kepada bacaan 10. Baby pun gain weight very well dari 1.6kg naik to 1.8kg. Takpe sayang slowly-slowly ok. Janji keadaan baby semua normal. Doktor informed, aku tak perlu lagi follow up di Hospital Serdang boleh continue follow up dekat KK atau pun Hospital Az-Zahra. And aku ada jugak request untuk continue follow up dekat Hospital Serdang, tapi menurut doktor yang check aku tadi, Hospital Serdang tak terima kes pregnancy yang normal. Dorang akan accept kes yang pregnancy abnormal. Incase kalau korang kena refer semula dengan Hospital Serdang itu memang dorang terima. And if korang plan nak bersalin dekat Hospital Serdang pun ok, dorang sentiasa accept :)
Now waiting for the next week plak appoitment dengan Hospital Az-Zahra. So tips bagi korang, kalau dah hujung-hujung pregnant nie, banyakkan minum air kelapa, air masak and air tembikai untuk meningkatkan air ketuban. Yela precaution awal kan, tapi minum yang original dari buah tau. Without sugar. And kalau teringin nak minum dengan ais sekali sekala oklah, tapi jangan selalu. Alhamdulillah today dah masuk 34 minggu, means another 6 weeks to go. DoakaN semuanya dipermudahkan ya. Cant wait to see out Little Bean :)
p/s : Will update my pregnancy journey step by step. Thank you for reading :D
Comments
Post a Comment