Tips Memudahkan Bersalin

Assalammualaikum!

Lagi 2 weeks, kandungan aku genap 9 bulan. Kalau ditanya tentang perasaan, of course teruja tapi dalam masa yang sama nerves jugak. Yelah, aku tak ada pengalaman dan ini adalah pengalaman yang pertama. Of course perasaan berdebar-debar tue ada..Hehehe..Dalam kepala nie, terbayang macam manalah situasi dalam labour room nanti..huhu. Tapi dalam setiap solat, mesti aku titipkan doa agar dipermudahkan segala urusan ketika bersalin nanti. So aku ada terbaca beberapa tips untuk memudahkan proses bersalin. 

Diantaranya ialah : 

  • Setiap kali sebelum tidur, salam tangan suami dan mohon maaf atas kesalahan kita secara sedar atau tidak sedar. Al maklumlah, hormon mengandung nie susah dikawal. Ada masa emosi sering terganggu.

  • Bertanya khabar dan mintak maaf kepada kedua ibubapa kita. Kalau boleh setiap hari.

  • Amalkan bacaan surah Maryam. Kadang-kadang kalau tak sempat, biasanya aku akan pasang ayat-ayat al-quran, atau pun mendengar zikir dan selawat Nabi.

  • Amalkan zikir Nabi Yunus semasa baginda berada di dalam perut ikan. Amalkan zikir ini berulang kali terutamanya semasa sakit contraction yang semakin kuat. Insyallah dipermudahkan segala urusan.

  • Banyakkan berjalan ketika hendak bersalin. Kalau boleh jangan baring ketika sakit itu datang. Gravity akan membantu menarik baby ke bawah sekiranya kita berdiri dan ini akan memudahkan lagi proses kelahiran.

  • Lakukan senaman ibu hamil sekurang-kurangnya 10 minit sehari. Lakukan perlahan-lahan dan jangan paksa jika tidak mampu.

  • Pastikan korang makan, makanan yang memberikan tenaga semasa awal constraction sebelum masuk ke labour room. Ini memastikan kita mendapatkan tenaga yang cukup ketika meneran nanti. Kata orang kalau boleh, ambil 3 biji kurma untuk memberikan tenaga.

  • Kalau korang ada masa, bolehlah join kelas antenatal yang dianjurkan oleh pihak hospital. Di kelas itu nanti, pakar akan menunjukan cara untuk meneran dan mengurangkan koyak semasa bersalin. Macam aku memang tak sempat untuk sertai kelas antenatal, jadi boleh search dalam youtube sahaja.

  • Mintak pasangan korang memberikan urutan ketika di dalam labour room. Ini kerana mengikut kajian, urutan suami dapat mengurangkan rasa sakit untuk bersalin sekaligus memudahkan proses bersalin.

Sakit bersalin memang berbeza mengikut individu. Ada yang senang dan ada juga yang sukar. Tapi kita sebagai umat islam, perlu banyak berdoa kepada allah s.w.t supaya dipermudahkan segala proses bersalin. Yang penting, kita perlu jaga kesihatan kita selepas bersalin, maklumlah lepas bersalin, banyak urat yang putus dan banyak hilag darah. Jadi para ibu-ibu yang bakal melahirkan baby nanti, kita kena kuat dan semoga dipermudahkan segala urusan kita. Amin. Semoga tips kali dapat membantu para-para ibu diluar sana. :)


Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!