Cara Mengatasi Stress
Assalamualaikum..
Entry kali nie aku nk kongsi ngn krg cara mcm mne nk Menangani Masalah Stress..1st krg tau x ape mksud 'Stress'??? Stress adalah bebanan mental dan fizikal..maslah stress ini adalah satu masalah yg sngt serius..ia perlu diatasi kerana ia melibatkan kesihatan individu seseorang dan boleh mengundang bahaya..
Disini aku senaraikan Langkah-langkah Stress :
Langkah 1 – Fahami Punca Stress
- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.
Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang
merugikan.
Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan
masalah
Langkah 4 – Menangis
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam
perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
Langkah 5 – Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama
mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu
badan juga dapat diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih
lancar.
Langkah 6 - Bersenam Atau Beriadah
- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot
digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan
Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu
tersebut sambil menitiskan airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang
bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana
mengikut kreativiti anda.
Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.
- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam
diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat
rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya
terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.
Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.
- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu
Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.
- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan
punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.
Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.
- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak
terus-terusan tertekan.
Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.
- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta
tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.
Langkah 13 – Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman,
berkelah di sungai atau dimana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.
Langkah 14 – Ambil Mudah.
- Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan
fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang
selera makan dan sebagainya.
Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.
- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.
Langkah 16 – Berurut.
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat
dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stresss.
Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.
- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.
Langkah 18 – Hipnosis
- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan
seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan
ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu
tanpa disedari.
Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.
- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini
akan menjadi kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak
merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa
yang orang lain dapat.
Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah
disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan
jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.
P/S : Segalanya terpulang kepada anda untuk mengatasi masalah stress ini. Ianya bukanlah satu perkara yang
remeh dan boleh dianggap penting. Ianya terlalu berkait rapat dengan mereka di sekeliling kita. Akhir
kata “Hidup lebih ceria jika anda mampu menguruskan stress..
Peace No War :D
Comments
Post a Comment