Selamat Hari Wanita Sedunia!
Assalammualaikum!
Hari Jumaat ini jatuh 'Hari Wanita Sedunia'!!! Ada apa dengan hari wanita sedunia nie? perlu ke kta nk smbut hari2 mcm tue?boleh ke smbut hari wanita nie?? mesti bnyak persoalan yg sedang bermain di kepala anda sekalian kan? ok, kali nie aku just nk share tentang apa itu "Hari Wanita Sedunia"..Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia ini akan dis ambut setiap 8 March every year kalau u'olls nk tau..
Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.
Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya.
Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syerga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.
Sebenarnya, besar pengorbanan seorang wanita..banyak pengorbanan yg mereka lalui dalam kehidupan harian..jd dengan ini, i'olls menyeru semua kaum2 hawa di luar sana agar belajar la cara2 mcm mne menghormati kaum wanita2 di luar sana ya..
Sekian ^_^
Comments
Post a Comment