Braces Part 1

Assalammualaikum!

Kalau jawab tandanya sayang, kalau x jawab dosa! pinjam trademark Kak Maria Erlena..hehe..by the way just wanna wish Kak Maria, congrats sebab dah jd preggy mommy! auuuwww sweetkn! Xtaulah dia bce entry aku ke tidak..mmg xla kn..hahaha..ok back to my entry..kalau korang ingt hari tue aku ade post entry pasal gigikn? so hari nie aku nk smbg entry tue..and yg bestnya ada beberapa part..kokoyoooo oooohhhhh je r kan! hahaha..korang ingt ke x?kalau xingt please ingt balik yer u'olss! kalau kena menonggeng ingt balik pun, dipersilakan pun boleh! hahaha..ish2! jgn2, bahaya! gurau je ok..ala xkisah pun korang ingt ke x, aku just nk share information sahaja di sebabkan aku sendri yg mengalaminya..hahaha..

Braces..apa itu braces? Braces ialah pasang, tali bawat, pendakap gigi, mengukuhkan, menyokong, sesuatu yang digunakan sebagai pengikat, alat untuk meluruskan gigi, tupai-tupai, pasang (imbuhan)..kebiasaanya Braces ini dipakai untuk mencantikkan gigi yg tak berapa nk cntik tue u'olls..so bukan certain2 yg boleh pakai sebab sebelum pemakaian haruslah berjumpa dgn Dentish yg bertauliah..bertauliah ok! ada ke yg x bertauliah? xtau la kawe..hehehe..ok aku nk cerita kan pengalaman aku serba sedikit..

Actually, niat untuk pakai braces nie dah lama sebenarnya..sejak 5 thun yg lalu..tapi takdelah secara serius..ia menjadi serius selepas 2 tahun kemudiannya..actually lg umur aku 17 thun dah daftar dekat klinik kerajaan untuk buat braces ni tapi korang tau jela kn kalau g klinik kerajaan nie, perlu lah ada sifat kesabaran yang tggi sebab memang kena tggu turn lama giler! And layanan dia pun kurang menarik yela kn, byar murah tapi tue la if kte nk yg terbaik kenalah bekorban ye dok..so bila dipk2 kn bila lg hendak menjadi seorang yg bergigi besi? aku xdelah tggu klinik kerajaan nie..aku pun amik langkah yang lain.. aku pun mulakan beberapa langkah sebelum begelar "iron lady"! Ini adalah beberapa langkah yang aku buat..check ke dout!! hahaha

1. Perlu membuat beberapa research bekernaan dgn klinik-klinik gigi yang murah.

- Sebelum nk pakai braces ni u'olls perlu la membuat research klinik2 gigi yang murah dari segi consultant, service dan pembayaran dan sebagainya..bagi aku nie nk buat research nie penting  and kalau korang nk tau, aku amik masa 2 thun buat research nie secara slow and steady! sebab tak nak la terlalu gopoh nk buat braces sngt, padahal bnyak lagi dental yang lebih murah dan bagus ok..Ini adalah satu permulaan yang amat penting sebelum pkai braces.

2. Research blog-blog dan laman media massa berkenaan dgn pemakaian braces.

- Ok yg part nie, bg aku kedua yg terpenting sebelum pkai braces. Sebab bagi aku, aku tak tau mcm mne proses pemakaian braces nie sebab aku x penah pkai and wajar bg aku mendapatkn maklumat tentang braces nie..aku nk tau mcm mne bila pkai nnti, sakit ke tidak, best ke tidak, berbaloi ke tidak..itu semua penting bagi aku. kalau korang tnya aku mcm mne nk tau, aku tgk blog2 ni..senang jerr..korang just prgi dekat Google and then just type Braces..keluar lah semua blog2 yg post pasal braces..pengalaman2 blogger yg berbraces nie..senangkn? so jgn malas untuk buat research pun ok, free je..tak berbayar pun.

3. Perlu ada budget yang cukup sebelum membuat Braces.

- Ok dari segi kewangan juga amat penting bg aku..and aku amik mse 2 thun gak la nk kumpul duit nk pkai braces punya pasal..hahaha..disebabkan aku nie jenis kumpul duit main2 tue yang amik masa 2 tahun tue..hahaha..sebab tue langkah yng pertama yg dekat atas tue penting..korang kena tahu klinik gigi mana yang murah supaya tidak memudaratkan anda sekalian..berapa budge tue, aku akan bgtau next entry nnti ok..

4. Bersedia dari segi fizikal dan mental.

- Part nie aku x rasalah serius sngt..hahaha..yg nie pun penting juga..tak nak la korang rasa menyesal bila dah pkai braces kan..korang kena bersedia dgn dugaan yang mendatang bila kena korban kn beberapa gigi kesayangan..hahaha..yg part nie pun akan aku post dekat entry yang lain ok..haha

Ok, ini sahaja yang aku nk share pasal Braces ni..so nk tggu part aku, kat mne aku buat, and berapa budget yg diperlukan, will gonna update later! hehehe ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!