Salam Ramdhan Kareem to all Muslim!

Assalammualaikum! 

Selamat pagi semua..mcm mne puasa korang semua? great? kalau bagus syukur alhamdulillah..rasanya macam tak terlambat aku nk cakap Salam Ramadhan to all Muslim in the world..pejam celik pejam celik dah masuk ramadhan yang ke-7..cepat jer masa berlalu..and this is 1st time aku berpuasa di perantauan sebagai org bujang..cewwwwaaaahhh!!! hahaha! mesti korang tertanya2 kan dkt mne aku duduk sebenarnya, aku duduk di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor! kihkihih..kiranya type perantauan jugak lah kan..sebab parents aku sudah menetap di Melaka..so dah duduk membujang tue nafsu nk balik kg tue membuak2..sedang membilang hari nk berbuka dgn family  lagi2 terawih bersama..sedih and rindu bila pergi bazar and terawih semuanya pergi bersama family..aku pergi dgn kwn2 and pernah pergi sorang2..siankan.. :(..tak apa aku dah biasa independent macam gini..ceeeittt! ayat nak sedapkan hati yang lara nie..hehe..

Semua org ada pengalaman masing2 kan bila bulan puasa nie..actually bila berbuka dgn kawan-kawan pun seronok jugak..boleh bertukar-tukar juadah..and macam2 ragamkan..siap nak pergi bazar tue, ingat-mengingati tue yg penting..itu yang lebih penting untuk elakkan pembaziran..kalau nak bawak ke sahur pun, tak semuanya kita makan kan, pagi2 tak lalu nak makan..tak tau lah kalau korang selera nak makan banyak2 bila bersahur..Macam aku nie jenis yang paling senang and simple lah aku rasa, kalau ada makanan untuk bersahur, aku makan, kalau tak ada pun cukuplah bersahurkan dengan air masak 1 botol..and kalau nak tau dalam masa 6 hari nie aku berbuka berasaskan Ayam semata..tanpa sebarang nasi..and almost 8 bulan aku tak sentuh nasi..hanya berasaskan lauk pauk dan sayur-sayuran..so nak raya lagi la control makan nie..Bila dah berpagar gigi nie lagilah terhad untuk makankan..alhamdulillah dah masuk sebulan aku berpagar..so far gigi tak ada masalah, sebab dia tau dentist aku jauh jadi dia bersikap sangat disiplin..good job! hehehe..

Cerita pasal terawih, alhamdulillah sekali lagi aku bersyukur tahun nie aku berkesempatan untuk menunaikan solat terawih walaupun jauh dari family..jauh tak jauh adalah 1 Jam 30 Minit dari Kota Damansara nak ke Melaka tue..jauhkan! hahaha..tahun nie aku menunaikan solat terawih di Masjid Besar Kota Damansara..berdekatan dengan rumah yang aku menginap nie..dekat pun masih bawak kereta sebab keselamatan katanya..bahaya jugak kan..yelah sekarang nie macam2 kejadiankan..takut jugak..tak kiralah bulan ramadhan ke apa, kita yang perempuan nie kenalah hati-hati.Ok, back to the story, tahun nie tak ramai yang terawih berbanding tahun lepas, sampai bahagian perempuan penuh..tapi syukur tempat untuk menunaikan solat terawih  nie sangat selesa dengan penghawa dingin..dekat Masjid Kota Damansara nie hanya melakukan 8 rakaat 3 Withir dan pelbagai aktiviti yang disediakan pada bulan ramadhan yang mulia nie..makanan untuk berbuka dan minum selepas terawih disediakan juga..jadi tidak membebankan pada yang tidak sempat beli juadah, boleh terus ke masjid dan berbuka dengan jemaah lain sambil mengeratkan hubungan silaturahim.

So tak sabar pulak nak berbuka dengan family di kampung dan rasa suasana di sana plak..hehe..owh ya untuk shopping raya biasanya aku suka cari last2 minute sebab barulah dapat rasa kemeriahannya walaupun tahun nie aku sambut dengan sederhana sahaja..yang penting tahun nie baju kurung semua disediakan oleh ummi, sebab aku tak sempat..terlalu sibuk dengan kerja dan kelas katanya..so last2 minute nnti just cri baju kurung 2 pasang lagi dan apa yang perlu sahaja..and Last but not lease nie aku nak ucapkan " Selamat Menjalani Bulan Ramadhan yang Mulia "..Marilah kita kumpul pahala dalam bulan ramadhan yang mulia nie..bye!

p/s : updated blog dekat office untuk mengawal mengantuk yang melampau! sekian!


Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!