Its My Birthday!

Assalammualaikum! Hi Korang! Hari nie aku nak update entry yang aku rasa sangat-sangat sweet! hahaha over tau! 1st at all aku nak cakap, syukur alhamdulillah kerana pada umur 26 tahun nie aku masih bernafas di muka bumi allah ini..diberikan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia and yang peting kawan-kawan yang superb awesome sentiasa ada dengan aku ketika susah dan senang..syukur alhamdulillah..sepanjang 26 tahun nie, pelbagai dugaan yang datang..ada yang sedih and ada yang happy..tapi alhamdulillah, aku berjaya mengharunginya walaupun perit tiada siapa yang tahu..ok dramatik tak ayat aku? please cakap dramatik! hehehe..ok la saja tak nak terlalu serius..Setiap tahun umur kita akan bertambah adan setiap tahun jugak kita akan rasa, ahhhhh tak payah nak celebrate birthday bagailah..dah tua dah pun! itu lah persepsi aku mula-mula bila birthday aku minggu lepas! owh lupa plak, birthday aku last week 14 March 1988, Jumaat yang lepas! lupa pulak nak mention! hihihi..So mcm biasalah lah, bila nak tunggu detik 12 malam tue tertunggu-tunggu orang msg nk wish happy birthday! tadi aku cakap dah tak kisah kan kalau tak celebrate birthday..tapi hakikatnya aku tipu! ahahahaha! tapi yang sweetnyanya orang yang pertama wish birthday aku, bukan family aku and bukan En.Kesayangan aku tapi budak rumah aku yang buat suprises mini celebration! yang lagi buat sweet tue, dorang boleh buat suprises awal kowt..belum detik 12 malam! pukul 7.30 malam buat suprises tue! alasannya takut aku celebrate birthday dekat luar..sweetlah sangat dorang nie!
Ok nie picture editing by housemate aku yang comil! serius wey memang sedap kek dekat hokaido nie..kek span yang aku rasa bila makan heaven giler..pastry yang terlalu lembut dengan strawberry yang fresh! sangat-sangat best bila makan..disebabkan aku pakai baju tido je that time, aku tak adalah amik gambar bagai!hehehe..
Sebelum aku cerita panjang lebar pasal birthday aku nie, nie lah muka-muka yang mem'prank' aku masa birthday party last week! super awesome and sangat-sangat terharu! thank korang..memang unexpected pun dorang boleh kenakan aku that time.. before this dekat entry-entry aku sebelum nie, aku ada cakap yang aku ada group favpack kan..dorang boleh berlakon2 gaduh antara satu sama lain sampai buat aku pening macam mana nak baikkan dorang..punca gaduh tue, panjang plak ceritanya..nak cerita dekat sini mahu aku esok pun tak habis..hahaha..Tapi lokanan dorang nak kenakan aku memang mantap wei! meh aku cerita sikit macam mana dorang prank aku..hehehe..malam birthday aku tue, En.Kesayangan aku bawak keluar pergi makan..katanya sempena birthday aku..so aku pun setujulah sebab memang tak aspek yang dia akan buat something special sebab last year dia tak buat pape pun untuk aku..hahaha..habis nie kalau dia duk baca entry aku..nasib baik dia jenis memang tak layan blog bagai ni..hahaha..ok nak dijadikan cerita tue, perut aku nie boleh plak meragam malam tue..so tepat pukul 7.30 malam, En.Kesayangan aku bawak kereta ke arah subang..so aku pun macam pelik giler lah..tue yang terkeluarnya dialog-dialog sebegini rupa..aku pun dengan selamba tanya dia " u nak bawak i pergi mana nie?" then si dia jawab "i lapar, nak pergi makan" dengan selamba je dia jawab..hahaha..aku macam biasa lah mesti tak puas hati dengan setiapn jawapan si dia bagi..hahaha then aku tanya dia lagi, " u nak makan apa?" si dia pun jawab "kita pergi makan steamboat and grill nak tak?"..steamboat and grill memang 1 of favourite aku..tapi malam tue pulak aku rasa macam tak nak makan steamboat nie disebabkan perut aku meragam..al-kisahnya pagi tue aku dah melantak satu 1 botol air yogurt..setiap kali aku minum yougurt, memang toilet akan jadi peneman setia..hahaha..so, bila perut tak selesa bagai, memang akan menganggu konsentrasi aku kalau nak makan steamboat malam tue..tapi yang peliknya si dia nie plak berkeras nak pergi makan jugak.. aku pun cakap dengan dia " i rasa kita pergi makan kat tempat lain la, sebab perut i tak berapa nak selesa.." then dia pun balas "ala i nak makan steamboat, u kalau tak nak makan, its ok..u teman jela i makan.." ok fine! memandangkan aku malas nak bertekak dengan dia, aku pun ikutkan jela..sampai-sampai je terus pergi kaunter disebabkan dia dah booked tempat..owh lupa pulak, tempat yang dia bawak aku tue namanya Steamboat BBQ Island di Kampung Melayu Subang..nanti korang boleh google ok dekat mana..hehehe..bila dah tahu meja ktorang dekat mana, aku pun duduk dengan selambanya tanpa mengesyaki sesuatu benda yang aku rasa ganjil that time..tiba-tiba En.Kesayangan cakap nak pergi toilet sekejap..aku pun tunggula..tunggu punya tunggu sampai perut aku bagi isyarat perlu mengeluarkan khazanah, so aku pun bergegas lari peri toilet! hahahah..buat apa lagi? buang apa yang patutlah..hahaha..almost 10 minute aku dalam toilet bertarung, aku pun keluar dengan sengih-sengih sebab hajat telah dilaksanakan dengan berjaya sekali..hahah.keluar2 je muka En.Kesayangan nie boleh plak sengih-sengih.." u buat apa lama-lama dalam toilet, melabur ke?hahahaha"eh masa tue aku rasa kecik besar kecik besar je mamat ni..tengah sakit perut boleh buat lawak..tengah2 dia buat lawak, tup-tup lampu gelap..panik kejap la! tiba2 dengar orang duk nyanyi lagi Happy Birthday, toleh2 belakang semua yang aku sayang gila, keluar bawak kek kaw! terharu gila! nangis kejap T_T!!!sweet gila dorang nie..
Maaflah tak dan nak tengok camera masa nie sebab terharu gila..bertakung gila air mata tau..tak sangka boleh pulak favpack aku rancang buat suprises party yang kunun2 nya dorang bergaduh..almost 1 week dorang berlakon bergaudh antara satu sama lain semata-mata untuk prank aku je..ok korang memang pelakon handalan ok!
Thank you to cinta hati jugak sebab u pun boleh join budak2 nie nak prank dekat i..kira berjaya jugak lah kan lakonan u! hahaha
Happy punya pasal, sampai nak makan pun tak selera..sebab speechless gila..macam tak percaya..dalam mimpi rasanya! hahaha..tapi bila teringat balik, adoi menyesal aku tak makan that time1 rugi gila..tiba2 rasa lapar!
With future brother and sister in law soon1 insyallah! Macam mana dorang boleh terlibat pun tak tahulah..hahaha..but best gila sebab doran2 nie sporting habis!
On of favpack yang aku sayang gila..almost 9 years our relationship! thank you fatin! aku dengan dia memang macam anjing denga kucing..selalu berbeza pendapat sometimelah..tapi dia jugak yang aku cari..ahahaha!
Ok nie pun salah seorang fav pack aku yang merupakan master mind untuk plan2 kenakan orang nie..lakonan yang berjaya membawa watak-watak antagonis yang aku sendiri pun tak percaya..hehehe..ko memang hebat lak adlina, sampai aku sendri tak boleh nak agak wey!!
Sekian, sahaja entry kali nie. Thank You for those yang wishes! rasa macam dah tua sangat ni..hehehe!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!