Singapore Part 2
Assalammualaikum!
Ya allah this weekend amatlah busy yang teramat, sampai kdg2 tue tak sempat nak makan u'olls! yeke sampai tak makan shikin? tipu je ko ni ea! Semalam cuti pun aku duk sibuk gi jumpa classmate aku semata2 nak siapkan video mandarin ktorg untuk sem nie..alhamdulillah selesai jgk semalam dengan berapa kali cut, aku tak kira pulak..cakap pun belit2 lidah nie..hahaha..xpela janji semua dah siap..betullah orang kata kan, susah sekarang, senang kemudian..giler tak penat ke setiap minggu ada kelas, korban masa untuk family, untuk kawan2, untuk buah hati semua..sometime tue jugak aku rasa nak menangis kowt..tapi bila pikirkan balik, aku tak akan mengalah sehingga dapat segulung ijazah! banyak dah aku bersusah payah sehingga hari nie, and aku takkan mengalah!!! (sambil cakap bangun angkat tangan kanan naik atas)! Insyallah semoga di permudahkan semua..amin! korang jugak jangan lupakan aku ok! hehehe..
Oklah, entry lepas aku ada update percutian aku ke singapore kan? so hari nie aku sambung part 2 plak ea..ceeittt dah lama kowt ko balik dari Singapore tue shikin, entah ingat ke tidak nak update dalam blog nie..insyallah masih ingt..hahaha..positif habis! Entry sebelum ni aku update perjalanan kami ke Johor Bharu kan, tapi entry kali nie aku nk cerita pengalaman kami di Universal Studio! Kalau korang nak tahu, aku nie punyalah berangan2 nak pergi Uss Singapore nie dah lama..cuma tak ada siapa je nak layan perangai mengada2 aku nie..bila ajak2 kwan2 semuanya takut..dorang nak takut pasal apa? bukan takut ada terrorist ke apa, tapi takut bila dengar nilai matawang dekat sana and undang2 Singapore nie..bila duk cerita pasal Singapore je semunya dah telan air saliva sebab dkt Singapore nie matawang dia Singapore Dolar..so mmg 2 kali ganda dengan matawang kita..sebab tue dengan aku2 sendiri bila sebut nak g Singapore, automatik terus angkat JARI DUK KIRA2 DUIT..hahahaha..nampak tak macam mana nk saving duit bila pergi Singapore..Bila balik dari Singapore semua pakat tanya aku, " Shikin, berapa ko tukar duit singapore?, mahal tak dekat sana?, ko makan apa je dekat sana?" nie lah 3 soalan yang dorang duk tanya bila aku dah balik Malaysia..cewaaahh Malaysia gitu, macamlah jauh sangat Singapore tue..hahahaha! OK lah, kalau u'olls nak tau, aku tak tukar duit duit pun! percaya tak percaya tak? hahaha..lantak korang lah nak percaya ke tidak tapi memang aku tak tukar duit pun..aku just bawak duit malaysia..bab makan pun memang aku tak makan dalam Singapore tue, dan bab mahal tue, haruslah mahal wei..ko bayangkanlah harga makanan dia berlipat2 ganda dengan Malaysia.. Air milo harga kat malaysia baru rm 1.80 tapi dekat sana $7 dollar kaw! nasib baik aku tak minum milu..harga sepinggan nasi jangan cakaplah..malas lah mention kat sini, nanti korang search sendiri ea..hahaha..Tapi serius apa yang aku cakap tadi memang betul..pada mulanya memang aku nak tukar duit tapi bila pikirkan2 balik baik aku simpan duit untuk shopping dekat JPO nanti..sebab dalam USS pun xde benda yang nk beli pun..paling kuat pun bawak balik botol air character2 dalam disney tue..alah budak2 sangat2 lah kalau beli pun! hahahaha..
Ok cukup sampai situ, meh sini aku nak habaq pengalaman ktorg dari kulaijaya to Universal Studio..ok masa nie memang excited giler babeng sebab aku rasa impian aku nak pergi USS nie kira dah tercapai lah..ala2 fantasikan! hahaha..so before kami gerak ke USS, haruslah pergi isi perut yang kosong nie, sebab ktorg dah decide memang xnak makan dalam USS tue nnti..yang part decide tue bukan aku yang decide ea tapi family en.boypreng yang decide! hahaha..nnti korang cakap aku kedekut taik hidung masin plakkan..hahaha..dalam 30 minit ktorg isi perut yang kosong nie, pukul 9am macam tue kami dah gerak dari Kulaijaya ke Universal Studio. Wah masa nie, dalam van aku dah berangan2 nie nak posing macam mne bila sampai dkt USS tue..hahaha..overkan! Disebabkan ktorng 1st time bawak kenderaan masuk ke dalam USS nie so banyaklah prosidurnya..untuk masuk ke Singapore ktorg gunakan laluan link ke-2 iaitu Tuas..so memang mengambil masa dalam 1 jam dari Kulaijaya ke Tuas. Before ke Tuas, kami akan berhenti di 2 checkpoint imigresen. 1 di Malaysia dan 1 lagi bila kita dah masuk Singapore..Checkpoint yang pertama memang tak ada masalah, hanya scan sahaja passport kami untuk pengesahan samaada passport palsu atau tulen..tetapi masalah kami bila tersangkut di checkpoint imigresen di Singapore. Sampai2 je dekat checkpoint tue, punyalah ramai yang beratur..masa tue aku dah nampak pelik dah, yelah tengok orang lain pegang passport dengan white form..aku ada terbaca pandua untuk masuk singapore yang bawa kenderaan mesti ada White Form setiap seorang..tapi ktorang rilex lagi sebab tak ada siapa yang duk tegur..bila dah nak sampai turn kami check in, pegawai imigresen nie tanya kami, "where your white form?" and aku dengan selambanya jawab "we dont have white form, its that ok if we dont filled up this form?"..lepas je aku jawab dengan pegawai tue terus dia bagi aku white form untuk diisi..hahahah..menyingga je pegawai tue!
Hah inilah rupanya white form yang aku maksudkan tadi..maaflah sumber dari google, aku lupa nak snap picture..White form nie adalah bertujuan untuk merekod maklumat pelancong yang masuk ke Singapore..macam ticket lah kiranya..lepas selesai sahaja prosidur tersebut, kami diberikan kepingan daripada white form tersebut untuk disimpan dan ditunjukkan bila nak masuk malaysia balik..so siapa yang hilangkan, memang parah lah korang nanti..silap2 tak boleh masuk malaysia..hahaha..
Yang nie apa pulak? ok inilah autopass yang perlu kita ada bila bawak masuk kenderaan ke Singapore..konon2 macam touchnGo lah kalau kat Malaysia..Dekat Singapore nie semuanya berteknologi..nak bayar parking semuanya menggunakan autopass..autopass nie boleh dibeli di kiosk2 yang disediaan..autopass nie setiap satu kenderaan hanya ada satu sahaja ya..yang didaftarkan di atas nama kenderaan korang..so kami mmg dah ada sebab van yang kami sewa nie mmg selalu masuk Singapore.. masalah kami timbul bila en.boypreng dengan kacaknya dan confidentnya nak topup autopass tak boleh topup disebakan kenderaan kami di blacklist kan untuk masuk ke Singapore! we just "what??????!!!" ceeehhh drama queen betul! hahahaha! tapi serius mmg kami tak boleh masuk Singapore masa tue disebakan penyewa sebelum2 nie dah langgar lampu isyarat di Singapore..so cadangan yang diberikan akak yag jaga topup autopass tue berbunyi begini " adik ada dua choice skrg, samaada adik patah balik atau adik bayar denda.." jeng2! Teruslah en.boypreng aku menyingga..tapi xdelah dia rasa nak makan akak tue, sebab bukan akak tue punya pasal, ini pasal owner van kami yang tak beritahu..giler ke apa kami datang dari jauh2 nak patah balik ke johor, ticket semua dah beli takkan nk burn kowt..so kami decide bayar denda yang berjumpah $100 singapore dollar..ko bayangkan berapa duit malaysia? aku tak nak mention sebab nangis bila tahu jumpa bayar denda wei! hahaha..tapi semangat punya pasal, kami bayarlah jugak..tapi lepas bayar tue eb.boypreng menyingga pulak dkt owner van dan dibahasakan dengan sebaik mungkin..nasib owner van tue akan bertanggungjawab dan bayar semula duit kami..nasib baik! So after selesai semua dan dapatkan panduan kenderaan. kami pun teruskan perjalanan ke USS berpandukan WAZE! nak jalan sendiri without Waze memang tak sampai USS la jawabnya..hahaha..so tepat pukul 12 tghari kami dah terpacak dekat USS! yeehoooo!
Finally we are here! Alhamdulillah..pengalaman yang takkan kami lupa sampai bila2..lepas nie kalau datang lagi dah expert dah..hahaha..hari kami masuk USS nie adalah hari Jumaat..masa tue kami pelik jugak ingtkan xdelah ramai mana, tapi sampai2 je, pergggh ramai gila..bila tengok kalendar balik, patutlah ramai rupa2nya GOOD FRIDAY! orang Singapore cuti! Haish dah lah ktorg tak beli express line, so kena lah beratur panjang2 nk masuk main semua permainan dalam tue..sabar jela..so mehlah aku belanja sikit gambar yang ada ea..hahaha
Inilah ahli jemaah yang melawat Universal Studio Singapore..awesome family! semuanya sporting tapi yang ada anak kecik tue pastikan korang bawak makanan stanby dalam beg ya..if korang nk beli dkt dalam, xde masalah cuma mahal sikit..jangan risau beg kte dorang xcheck pun..so bawak lah apa yg korang nk bawak ok..hahaha
Bapak borek anak rintik..hahaha..anak bapak sungguh boypreng aku nie..dialah yang memandu from kl tie johor to singapore..hehehe
p/s : ok sekian sahaja entry kali nie..nnti aku update entry yang lain untuk panduan membawa kenderaan ke Singapore..Insyallah lepas raya, we will see you USS Singapore..Kami decide untuk pergi lah sebab xpuas! hahaha
Comments
Post a Comment