Finale Orchestra 2014
Assalammualaikum everyone!
Bahang ramadhan dah hampir dengan kita..sayu je rasa hati..sayu bukan sebab sedih tapi tak sabar nk tunggu kedatangan bulan yang sangat2 mulia bagi aku..bulan yang selalu dinantikan semua umat islam seluruh dunia..Syukur alhamdulillah masih berkesempatan untuk menyambut Ramadhan dengan keluarga kecil aku..hehehe..Ok back to the tajuk entry aku kali nie..baru-baru nie aku berkesempatan untuk attend Event Finale Orchestra 2014 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang melibatkan sekolah-sekolah berasrama penuh. Event kali nie diadakan di Dewan Caunselor Agung Uitm dengan kerjasama pihak Uitm Shah Alam.. Kali nie hanya 5 Buah sekolah sahaja yang bertanding. One of the sekolah yang bertanding adalah sekolah adik aku yang bongsu yang bucuk2 masyaaammm, onyomonyom!Hahahaha! Kolej Tunku Kurshiah adalah salah satu sekolah perempuan yang bertanding dalam Finale Orchestra 2014 kali nie! Cayalah debab!4 buah sekolah adalah sekolah lelaki..so of courselah adanya saingan yang kuat..So sebagai seorang kakak yang sangat supportive, dengan jayanya berjaya menghadirkan diri untuk menyokong adik yang bongsu..hahaha..Nak dijadikan cerita parent aku sampai awal that day..dorang gerak from Melaka, and of courselah aku dari Kota Damn..and paling trajisss time aku nak cepat jalan jammed nak mampus..paling dramatik lagi, bila ayah aku dah sibuk kol tanya dekat mana, sebab dorang dah lapar..hah, jawabnya memang kena lecturelah..Actually ktorg kerja masa untuk collect ticket from management before pukul 2.30 am..so sampai Uitm je kelam kabut kabut macam pak pandir dengan mak andir..Actuall pihak pengurusan sepatutnya kena bagi ticket konsert awal2 supaya tak terjadinya kekeliruan yang sangat effective sehinggakan mengeluarkan peluh yang tak diundang..at last lepas tawaf satu Uitm jumpa jugak orang yang incharge ticket konsert. Nasib tahun nie adik aku last performed, sebab lepas nie dia dah habis sekolah..kira konsert yang terakhir before SPM!
Kad Jemputan yang tertera waktu konsert bermula..pada asalnya pukul 2.30 ptg start, tapi pukul 4 ptg baru start sebab menunggu ketibaan Raja Muda Perlis..alahai, ketiak peluh kering balik kena aircond tuanku..hahaha..
Inilah dewan dimana Event nie berlangsung yang merupakan dewan yang akan aku naik bila tibanya waktu konvo nanti dengan berbekalkan segulung ijazah..cewaaahhh.. ada lagi 2 tahun setengah lagi shikin oi..hehehe
Menunggu ketibaan Raja Muda Perlis yang tak kunjung tiba..tengok2 ayah aku boleh plak nk jeling2..hahaha..Bosan sungguh, nasib baik pengacara that time Ahmad Fitri Yahya, so boleh lah buat lawak, gelak2 sambil tunggu VVIP..
Ini waktu Kolej Tunku Kurshiah performed..kenapalah cameraman tak fokus dekat adik aku time nie..ke si debab nie low profile sangat..haha..yang parents aku nie asyik suruh stanby camera je...naik lengguh nie hah tangan ul nie ummi!hahaha.. Kali nie setiap pasukan yang bertanding harus bawa 2 buah lagu, melibatkan lagu traditional dan barat..so sekolah adik aku nie pilih lagu Kota Melaka and Solredo lah tak silap..
Disebabkan tahun akhir, layankan jela bila adik aku suruh jadi cameraman dia..aha, sorry adik angel tak berapa nak cantik! hahaha
Raja Muda Perlis perkenan untuk bergambar dengan semua pemenang dan juga pasukan yang bertanding..owh ya, Kolej Tunku Kurshiah dapat tempat ke-3 dalam Finale Orchestra 2014. Juara di menangi oleh Sekolah Sains Machang..Naib Juara aku tak sempat nk kechup waktu tue..hahaha..
With my baby girl! big baby..our winner in my heart! haha
Actually ada cerita disebalik gambar nie..mula2 ajak ummie selfie, lepas tue ayah sound, eh abah pun nak jugak! hahahaha! ok 1st time dia offer diri nak amik gambar..sebelum nie punyalah susah..hahaha..apa2 sahaja untuk anak bongsunya!
Queen in my heart, and queen in my family!!!
Comments
Post a Comment