Gempa Bumi Di Nepal Yang Mengejutkan
Assalammualaikum! Baru-baru nie kita dikejutkan dengan berita yang cukup menyayat hati apabila gempa bumi sekuat 7.8 pada skala richter yang berlaku di Nepal pada sabtu yang lepas. Kesan dari gempa bumi itu sememangnya sangat dasyat selepas tragedi Tsunami yang pernah menyerang ketika dahulu. Dan setakat ini telah mengorbankan lebih dari 2500 nyawa yang terdiri dari warga tempatan dan para pendaki dari luar negara. Menurut rekod yang telah dilakukan, gempa bumi ini adalah gempa bumi yang terburuk yang pernah dicatatkan berlaku di Nepal. Kita boleh lihat gambar sebelum gempa bumi berlaku dan kesan kemusnahan selepas gempa bumi ini and kita boleh bayangkan betapa dasyatnya hentaman gempa bumi di negara yang terkenal dengan Gunung Everest nie. Gambar di atas ini merupakan Menara Dharahara yang dikenali juga dengan nama Bhimsen Tower merupakan menara setinggi 9 tingkat yang dibina pada tahun 1832. Di atas permintaan Ratu dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Nepal keti