Gempa Bumi Di Nepal Yang Mengejutkan
Assalammualaikum!
Baru-baru nie kita dikejutkan dengan berita yang cukup menyayat hati apabila gempa bumi sekuat 7.8 pada skala richter yang berlaku di Nepal pada sabtu yang lepas. Kesan dari gempa bumi itu sememangnya sangat dasyat selepas tragedi Tsunami yang pernah menyerang ketika dahulu. Dan setakat ini telah mengorbankan lebih dari 2500 nyawa yang terdiri dari warga tempatan dan para pendaki dari luar negara. Menurut rekod yang telah dilakukan, gempa bumi ini adalah gempa bumi yang terburuk yang pernah dicatatkan berlaku di Nepal.
Kita boleh lihat gambar sebelum gempa bumi berlaku dan kesan kemusnahan selepas gempa bumi ini and kita boleh bayangkan betapa dasyatnya hentaman gempa bumi di negara yang terkenal dengan Gunung Everest nie.
Gambar di atas ini merupakan Menara Dharahara yang dikenali juga dengan nama Bhimsen Tower merupakan menara setinggi 9 tingkat yang dibina pada tahun 1832. Di atas permintaan Ratu dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Nepal ketika itu. Ini adalah gambar sebelum gempa bumi berlaku.
Dan ini adalah keadaan Menara Dharahara sewaktu gempa bumi berlaku dan merupakan salah satu dari tapak warisan sejarah UNESCO di Kathmandu, Nepal. Sehingga sabtu yang lepas, kemungkinan beratus mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Seperti yang kita tahu bahawa, Nepal adalah salah satu negara yang mempunyai banyak tempat-tempat sejarah yang juga telah memusnahkan Patan Dubar Square. lokasi yang menempatkan banyak bangunan dan monumen bersejarah Nepal antaranya Kuil Pagoda dan istana purba.
Ini adalah Patan Dubar Square dimana merupakan salah satu tempat pelancong yang terkenal di Nepal musnah disebakan oleh gempa bumi yang terlalu dasyat.
Dan ini lah keadaan Patan Dubar Square selepas gempa bumi. Suasana tragik menyelubungi apabila semakin banyak mayat mangsa dikeluarkan dari runtuhan bangunan. Hubungan Telekomunikasi terputus di kebanyakan tempat dan bantuan. Dan ini juga menyukarkan bantuan yang ingin disalurkan kepada mangsa kerana jalan perhubungan yang rosak dan bangunan runtuh yang menghalang laluan.
Terlalu dasyat sehingga ingin menitis air mata apabila melihat keadaan Nepal ketika ini. Bayangkan pula mangsa-mangsa yang telah kehilangan ahli keluarga mereka, ya allah, semoga mereka tabah dalam mengharungi dugaan ini. Kita bersyukur kerana Malaysia masih aman, jadi kita sebagai rakyat malaysia perlu bersyukur dengan ciptaan muka bumi yang allah pinjamkan pada kita. Kejadian ini perlu di ambil iktibar walaupun ia merupakan bencana alam dan muhasabah diri setiap kejadian yang diturunkan oleh allah.
Allahuakbar!
Comments
Post a Comment