Demam Drama Hati Perempuan
Assalammualaikum!
Negara Malaysia mempunyai nilai-nilai murni yang cukup indah di kalangan rakyat Malaysia apatah lagi bila negara kita menayangkan drama-drama yang cukup puitis, yang diadaptasi melalui novel-novel melayu. Lepas I Love You Mr.Arrogant, di sambung pulak dengan Rindu Awak 200% and now Hati Perempuan yang menjadi bualan ramai. Lagi-lagi pelakon utama yang bawak watak ala-ala arrogant gituww! Oklah, terus-terang apa yang aku nak sampaikan is aku pun terjebat dengan Drama Hati Perempuan ni! hahahaha!
Of course tertarik dengan watak Tengku Zaril yang di peranakan oleh Syarul Ridwan dan Heroin nya Yuhanis yang di lakokan oleh pelakon baru aku kira iaitu Mia Ahmad. Lakonan yang bersahaja and boleh buat semua orang tertunggu-tunggu untuk menonton episod seterusnya.
Aku nie bukanlah pengemar drama-drama melayu but honestly bagi aku jalan cerita setiap drama tersangatlah clishe, and kite dah tau jalan ceritanya. Tak dinafikan certain drama, actually watak yang di bawak oleh pelakon itu sendiri yang di mainkan peranan sama ada mereka berjaya membawa watak dengan baik atau tidak. Tapi kalau pelakon tue dah buat penonton tak senang duduk dgn watak yang dimainkan tue, kira berjayalah kan! Aku plak jenis tak boleh tengok lelaki sweet-sweet macam tue, automatik akan sengih macam kerang busuk! hahahaha! Tapi kali nie Drama Hati Perempuan ni, betul-betul manarik pehatian aku disebabkan jalan cerita dia yang sangat menarik.
Sipnosis Hati Perempuan ini berkisarkan mengenai Yuhanis yang dilakonkan oleh (Mia Ahmad) seorang gadis yang tegas dan berdikari sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co, manakala Tengku Zaril yang dilakonkan oleh (Syahrul Ridwan), jejaka kacak yang juga merupakan CEO Paradigma Holdings yang mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekakayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak Yuhanis. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sangat sinis dan menjengkelkan. Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan mereka sering berselisihan faham ketika berurusan mengenai kerja.Idea gila Tengku Zaril di tolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus lakonan (Hafreez Adam). Namun, Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan. Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isteri melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut menerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam yang dilakokan oleh (Aidil Aziz) dan Daniel bekas kekasihnya.
So untuk lebih tahu apa kesudahan cinta mereka, berjaya ke Tengku Zaril mencuri hati Yuhanis? Kena tonton drama ini sehingga tamat.
Tengku Zaril & Mia Ahmad
Sekian sahaja untuk Review Drama hari ni, Jumpa Lagi :p
Comments
Post a Comment