Officially Mrs.Firdaus!
Assalammualaikum!
Ehh officially Mrs.Firdaus??? hehehe! Alhamdulillah genap 19 hari dah bergelar sebagai seorang isteri. Syukur alhamdulillah semuanya di permudahkan olehNya. Secara rasminya Nurul Ashikin Binti Saharuddin telah bergelar isteri kepada Ahmad Firdaus Bin Haji Fadzil pada 25 July 2015 bersamaan dengan 9 Syawal dengan hanya sekali lafaz. Syukur Alhamdulillah. Bila terdengarnya tok kadi said "SAH", honestly, perasaan tue bercampur baur. Sedih and happy semuanya ada yang tak boleh digambarkan. Hanya air mata sahaja menjadi bukti pada hari bersejarah kami..gituuuww! Sedih after this akan berjauh dengan family. Dan happy bila 11 tahun kami bersama akhirnya kami di ijabqabulkan dengan restu kedua ibubapa kami. Dua perasaan yang berbeza tapi akhirnya selesai dengan jayanya.
Ok seriously, untuk bergelar seorang isteri bukanlah perkara yang sangat mudah dan boleh dibuat main. Bergelar seorang isteri banyak tanggunjawabnya. Banyak perubahan yang berlaku after married and the important is a good husband makes a good wife, AF selalu cakap bila automatik terbuat salah ke or boleh buat dia terguris..Hahaha. Dulu, sibuk tanya orang or kawan yang rapat, how's your marriage life? now bila kita dah kahwin, the same question akan berbalik pada kita. Kalau dulu before married, bangun tido tak fikir apa, just capai towel and masuk toilet siap-siap pergi kerja. Now situasionnya tak sama, bangun pagi mesti get ready for your husband, then dah settle baru kau bergegas pergi kerja. Ngeeee! And if nak buat decision, selalu refer family, now kena refer husband dulu. Actually banyak sebenarnya perubahan masa single and after married. Tapi kalau nak cerita dekat sini, sampai esok pun tak habis. So korang kahwin dulu, baru tahu. HAHAHA!
Seminggu before majlis aku tak rasa nerves pun, tapi on our big day, aku nerves gila. Tapi aku tak faham husband aku nie, dia memang tak ada sindrom nerves ke apa. Siap boleh senyum nak tunggu Tok Kadi. Im proud of you husband. Sebab tue aku selalu guna hashtag #kolainbang! hahaha
See, macam aku plak yang nak lafaz "sahaja aku TERIMA nikah". Nerves time nie tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Nasib baik time nie sistem penghadaman aku dikawal dengan baik, Kalau tidak proses nikah aku ditangguh kan..hahaha :P
Alhamdulillah, muka ada senyum sikit after 'SAH' kedengaran di hawa telinga. Kihkih. Time nie nerves pun dah hilang. Masa nie pun i was " huh? seriously aku dah jadi isteri" still lagi mode tak percaya. Ngeee~
Ok time nie " shikin please woke up from your sleep!". Yes im officially Mrs.Firdaus :)
Sesi penyerahan Mahar Karya Cinta. Eh bukan, Mahar untuk perkahwinan kami. :)
I want to be a good wife, a good mother and a good person to you Husband :)
Thank you allah for blessing me much more than i deserved. Harta dunia & akhirat yang tiada penganti. Im glad that you are my parents that always guide me until now. :)
Allah bukan kurniakan 1 keluarga untuk umatnya, tapi 2 keluarga yang penuh bahagia dikurniakan kepada umatnya. Syukur.
My orang kuat for the whole day. Thank you kak ina & abg nizam for helping us from beginning until majlis habis :D
Last but not lease, thank you to my beautiful bridemaid and my pengapit. Thank so much guys! Lot of love!
Thank you once again pada yang terlibat dalam memeriahkan majlis kami. Dari mula hingga akhir. Hanya allah sahaja dapat membalas jasa kalian semua. :)
#shikindausbinamasjid
Maharku Untukmu :)
Comments
Post a Comment