Short Vacay to Johor Bahru Part 1

Assalammualaikum!

Ok, hari nie aku nak share sikit tentang short vacay kami last month. Last month punya holiday baru nak update sekarang..sobsob (nangis tepi katil please, busy bebenornya). Ok, before aku dengan AF decide untuk pergi holiday, terdapatlah beberapa perselisihan manja2 gituwww. Actually niat dihati nak bermadu kasih dekat Langkawi. Tapi disebabkan cuti tak banyak and kita orang pergi pun time cuti merdeka so aku dengan AF pun decide untuk pergi bercuti ke arah selatan. Yela kalau nak pergi bercuti ke Langkawi at lease 4 or 5 days cuti baru best kan. Satu hari je dah penat atas highway, so AF malas nak penat2 badan, jadi ke Johor lah kami. Tapi before kita orang decide untuk ke Johor, as usual aku lah yang kena google tempat2 menarik dekat Johor yang boleh kami lawatkan. Not bad jugak, Johor Bahru banyaklah jugak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Antaranya Legoland Malaysia, Masjid Sultan Abu Bakar, Kuso Trick Art Gallery, The Little Big Club, Ladang Burung Unta, Hello Kitty Pearl Habour, Dangga Bay, Johor Premium Oulet and banyak lagilah. So aku akan terangkan lah sikit-sikit antara tempat yang aku lawati..ECECECEH!

1st day kita orang sampai, of course akan pusing-pusing Bandar Johor Bahru. And ternyatanya aku lebih tertarik dengan seni bina bangunan-bangunan di Johor. Especially bila aku dengan AF visit Istana Johor. And of course aku teruja bila tengok hasil seni bina Istana Johor yang penuh dengan seni bina barat. Masih kekalkan seni bina yang aku rasa ada something value.


See, cantikkan. Istana Besar Johor nie terletak di Bukit Serene. Setahu aku sejarah Istana ni mula dibina pada tahun 1933 dan disempurnakan pada tahun 1939. Istana ini adalah milik kerajaan negeri johor tetapi diberikan sebagai hadiah kepada Alharhum Sultan Ibrahim bersempena dengan ulangtahun pemerintahan baginda sebagai Sultan Johor. Istana ini adalah salah satu daripada mercu tanda tarikan pelancong dekat Johor Bahru nie. Kawasan istana nie pula kerap menjadi tapak majlis keramaian dan dikawal oleh pasukan Askar Rimbalan Setia Johor ataupun dikenali sebagai The Johor Military Force.


Next tempat menarik dekat Johor nie kalau tak pergi kira rugi jugaklah, dah alang2 dah sampai negeri Luaskan Kuasamu nie is Legoland Malaysia. Bila cakap pasal Johor je, orang mesti akan tanya, " pergi tak Legoland". Aku dengan AF tak ketinggalan untuk buat lawatan rasmi dekat Legoland Malaysia ni..hahaha! Bagi yang tak tahu sejarah Legoland, ia merupakan sebuah Taman Tema yang dibuka di Nusajaya, Johor pada 15 September 2012. Mean dah 3 tahun Legoland Malaysia dah beroperasi. Taman tema nie menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan.Taman tema nie bertemakan seni bina yang ada di malaysia berunsurkan Lego. Legoland jugak mempunyai taman tema air mereka sendiri. Tapi aku dengan AF tak amik pun pakej taman tema air nie, sebab cuaca dekat sana ya allah panas eh, pokok2 pun tak ada. Tapi kalau korang pergi bawak anak-anak boleh lah amik pakej taman tema air sekali. 


Ok, this is senarai harga untuk entry Legoland Malaysia. Harga dia depends pada pakej apa yang kau amik. So macam aku, kami decide untuk masuk Taman Tema sahaja which is harga dia RM165 per person. Tapi if korang ada visa card Maybank, korang boleh dapat 30% discount. Banyak tue. Aku masa tue hanya ada CIMB card so xdelah dapat discount tue. Jadilah labu, melayang sekejap duit..hahaha!


After korang beli tiket, petugas kaunter akan bagi map untuk korang refer bila dah masuk dalam Legoland. Aku ingatnya kecik je Legoland nie, sekali tgk map, boleh tahan besar kawasan dia, Termasuk pelbagai ride yang boleh korang main. So bayar mahal kira berbaloilah, dont worry :D


This is one of the art of Lego yang dorang bina. Semuanya di buat menggunakan Lego hokay..and its look so real, sebab setiap seni bina yang dorang buat, semuanya ada sound system ok. And dia bergerak, siap ada sound effect lagi tau. So dengan kau2 sekali akan teruja..HAHAHA!


Ok, nie adalah seni bina Kuala Lumpur. Hebatkan! Legoooo ok legoooo! Bila kau berdiri depan art nie, kau akan rasa macam nak masuk je dalam tue, siap ada bunyi bus, kereta bagai. And of course kau akan rasa macam gergasi yang cuba nak hapuskan art nie sebab geram! hahaaha, Imaginasi ultraman habis! kahkah

Perkara yang paling wajib, snap picture tak pandang camera. HAHAHA!

Kenalah amik picture bersama sebagai kenangan ye tak bang? ahakz! :P Opps lupa, korang jangan lupa bawak sunglass, topi ke payung ke, sebab dekat sana cuacanya memang panas and kalau boleh pakai pakaian yang selesa yang tak berapa tebal. Nanti korang akan lebih selesa bila nak round dalam Legoland nie. And setiap pukul 3.00 pm Legoland akan buat real show. Masa aku pergi tue ada show NinjaGo, so memang best!

Ok, next pitstop is Hello Kitty Town Yeah! Actually yang nie AF tak nak masuk, tapi aku yang beriya-iya nak masuk..HAHAHA! Eh perempuan mana boleh lari dari fantasy hokay. Tak tau lah korang, tapi macam aku nie more to excited dengan watak-watak fantasy macam disney and hello kitty. Padahal tempat nie, aku rasa sesuai untuk bawak anak-anak. And that time aku just bawak anak tekak for the time being kan. Lepas-lepas nie plak mana tahu ada rezeki nak bawak the real baby..ececeh :p Ok, harga ticket untuk masuk Hello Kitty Town nie RM80 untuk dewasa yang mempunyai mykad. Untuk kanak-kanak aku tak sure, korang try search sendiri ok :p Ada apa dalam nie, jomlah aku belanja sikit.


Taaaadaaa! hahaha Time nie AF dah berbulu dah. So what baby, im one of the hello kitty fans! :P


Suasana dalam hello kitty town. Semua comil-comil ok, mata ada love2 :P


Ada cafe Hello Kitty jugak, so kalau korang rasa nak feeling2 hello kitty boleh lah lepak dalam nie. Ada pancake, coffe, cake and banyak lagilah. 


And of course ada Hello Kitty Live Concert. To cute! Masa nie aku layan sorang while my husband just duduk sebelah, tengok kiri dan kanan. I know its too bored baby tapi oklah jugak after aku upah dia nescafe new look baru dia semangat sikit nak tengok konsert nie..hahaha!


Can you see how the cute of this hello kitty map (mata ada love2) Map dia pun comil what. Hahaha! Actually kawasan Hello Kitty nie tak besar macam legoland ok, dia just dalam building but ok lah jugak if nak bawak anak-anak korang. Tak panas sebab kawasan dia beraircond. Yang part nie husband aku suka sebab dalam aircond. Bolehlah sayang!

p/s : Ok, will continue for the part 2 soon :D



























Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!