Syukur Alhamdulillah!

Assalammualaikum!

Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Kita sebagai hamba yang dicipta oleh-Nya kena banyak bersabar dengan dugaan yang diberikan kepada kita. Maaf if penulisan kali nie lebih sentimental sikit, kali nie aku tergerak untuk menaip entry nie dengan perasaan sayu. Please jangan berkerut dahi tue, because aku belum pun tulis isi entry kali nie, so try to relax dahi korang yang dah start nak berkerut tue..hehe =). Actually 2 minggu yang lepas atau lebih kurang 2 minggu lebih kalau tak silap aku lah, aku diuji oleh-Nya dengan diberikan sakit yang tak tertanggung oleh aku. Bukanlah sakit yang berat tapi aku didiagnosis kan oleh doctor Demam Virus mean aku batuk and selsema non stop. Seperti yang korang tahukan negara kita mempunyai kadar cuaca yang tidak sihat iaitu Jerebu. So of course lagi mempengaruhi keadaan aku yang on off on off sakit. Bayangkan bertapa seksanya bila batuk jenis non stop sehingga menganggu waktu tidur lagi2 bila waktu malam. Kalau siang pun dah teruk, malam jangan cakaplah kan. Jenis batuk aku ialah batuk kering dan gatal, setiap kali batuk sampaikan terkencing dibuatnya. Yang peliknya pergi klinik and hospital yang berlainan and makan ubat pun masih tak baik2. Sampaikan admit sekejaplah dekat PPUM, tapi aku mintak discja malam tue jugak sebab aku nie jenis takut duduk hospital. 

Sepanjang sakit tue, macam2 lah yang kau pikirkan, sakit apa sebenarnya aku nie. Jenis makan ubat tak baik2, biasanya kalau makan ubat dalam 3 days macam tue mesti baik. Menangis jangan cakaplah, dah meraung2 pun actually sampai husband aku duk risau. Bayangkan aku sampai tak pergi kerja 4 hari disebabkan batuk and selsema yang teruk, dengan husband aku sekali tak pergi kerja. Asyik nak bertepek je kan. Of course dalam sakit tue, aku rasa lagi dekat dengan Allah s.w.t. Setiap kali solat waktu, mesti aku menangis mohon doa agar disembuhkan penyakitku ini. Tak pernah putus asa untuk berdoa kepada-Nya and disetiap doa yang aku titipkan kepada-Nya ialah " Ya allah, kau ampunilah segala dosaku, jika disebalik kesakitan yang kau berikan kepadaku membawa berita gembira, aku bersyukur ya allah, tapi sekira sebaliknya, kau sembuhkanlah penyakitku ini" inilah bait2 doa yang aku sering titipkan kepada-Nya. Tapi secara jujurnya masa sakit tue, tak tahulah kenapa if lalu depan cermin, aku akan tengok perut aku, and mengikut naluri aku, macam ada sesuatu dalam perut. Dengan kata lain, ada zuriat dalam perut aku. Memang kuat naluri aku mengsahihkannya.

Sebelum2 nie pun ramai yang duk cakap dengan aku, " entah2 awak sakit nie ada isi kowt shikin" and aku hanya mampu tersenyum. Yela masa tue tak berani nak cakap apa kan, yang hanya dalam fikiran aku, hanyalah nak sembuh agar aku boleh jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri, anak, pekerja and of course sebagai seorang student. Lagi pun masa tue due period aku pun belum sampai lagi, tapi naluri tue dah ada. Hah, macam mana tue? Kuasa allah kan, tiada tandingan =) 


24 October 2015 @ Sabtu


Pagi sabtu tue aku terjaga dari tidur, rasa macam sakit perut mencucuk2. Then hati tue macam tergerak nak buat UPT test, UPT test tue aku dah beli dah sebelum nie, itu pun ikut naluri hati saja nak beli. Then aku pun decide untuk pergi toilet memandangkan itu adalah 1st kencing aku, so aku pun buat jela..dalam masa yang sama, hanya allah je tahu perasaan aku time tue. Kalau ditanya macam mana perasaan aku time tue, of course lah aku harapakn keputusannya +ve kan, yela siapa yang tak nak ada zuriat sendiri :). So after buang air kecil tue, mengigil tangan aku duk buat UPT test tue. Lepas titiskan 3 drop dekat bahagian berkenaan, terus aku keluar dari toilet, takut and tak nak berharap sangat sebab takut -ve. Yela time tue aku baru delay 2 hari period, so xdelah confident sangat. Aku buat UPT test tue pun sebab risau yela mana tahu ada rezeki awal allah nak bagi pada kami kan, aku boleh stop semua medication yang aku amik before this kan. Dalam 5-10 minits aku masuk balik nak tgk result UPT tue, sekali double line!!! Aku punya tak percaya siap gosok2 mata time tue, yela dahlah tak mandi, terus buat UPT test, mana tahu aku mimpi ke kan..hehe. Bila aku dah percaya,hanya allah je yang tahu perasaan aku masa tue. That time, husband aku masih diulit mimpi yang indah, yelah hari minggu kan, so memang husband aku akan bangun lewat. Apa lagi terus bergegas aku kejut husband aku. Then dialog aku dengan husband aku berbunyi macam nie " Syg, bangun2! i ada something nk bagitau!" dalam masa yang sama air mata aku nie dah laju dah..hehe..husband aku yang terkebil-kebil nie pun bangun dari tido. Pisat2 dia tanya aku " kenapa nie sayang?" terus aku nangis dekat bahu dia "ya allah syg, doa i dimakbulkan oleh allah syg, tengok nie!, sambil tangan aku laju je tunjuk result UPT dekat dia. 



Inilah dia result UPT aku, double line even line yang bawah tue kabur but ikut dari segi bacaan dan kefahaman aku sekiranya result UPT menunjukkan double line dan line yg ke-2 itu samar ia tetap positif. Kiraan aku kandungan aku masih baru. UPT nie aku beli yang paling murah dekat farmasi, harga dia RM10.60 and brand apa, aku tak sempat nak tengok plak..hehe. So back to kisah drama aku dengan husband aku tadi, aku pun ajak Husband aku pergi klinik untuk buat pengesahan dengan doktor. 

Pada hari yang sama jugak aku pergi jumpa doktor di area Bangsar, dekat dengan rumahkan. So sampai2 je klinik terus aku bagitau and tunjukkan UPT test nie dekat dia. Belum doktor sahkan aku dah terus tanya 
 " doktor, nie +ve kan? mean sy pregnant kan?" Doktor just senyum tengok keletah aku  sambil menganggukkan kepala. Terus aku toleh pada husband aku, and husband aku just senyum. Dalam hati, syukur alhamdulillah. But ada kisah disebaliknya bila doktor tanya aku last period bila. Last period aku 23/9/2015 means baru 2 hari aku lambat period. So doktor pun dah start berkerut dahinya, dia terus cakap " awal jugak UPT detect ya, hurmm i think we should do another UPT test untuk double comfirm again "Time tue hati aku dah start gelisah dah, so aku pun buat sekali UPT test, tapi kali nie dia punya nerves lain mcm, sepatutnya aku perlu buang air kecil dalam botol specimen yang dia berikan, tapi entah macam mana, air kecil aku tercampur dengan air paip tanpa aku sedari. So masa nurse tue check, dia dapati ada 1 line sahaja. Bertapa hancurnya hati aku masa tue, nak nangis tapi still tahan lagi. So apa yang doktor ckp mungkin aku check pagi tadi disebabkan hormon aku yang brelebihan. Time tue aku macam tak boleh terima reason dia. So aku pun balik dengan perasaan hampa, puas husband aku pujuk aku masa tue, tapi tak tahulah allah tue kayakan, kuat naluri aku beritahu yang aku pregnant. And aku syak yang air kecil aku bercampur dengan air paip, that why hasil dia -ve.Sampai2 je rumah terus aku text collegues aku Farra,masa study dekat KUIM dulu, sebabkan dia ada pengalaman terus aku tanya dia. Puas aku terangkan dekat Farra condition aku and dia pun confident bagitau yang aku +ve. And suruh aku repeat balik UPT lepas 3 hari.

27 October 2015 @ Selasa

Selepas kejadian hari sabtu tue, fikiran aku bercelaru. Tapi aku tak adalah luahkan dekat Husband aku sebab tak nak dia risau condition aku. Aku pun teruskan aktiviti aku macam biasa, waktu lunch hour je, aku cabut pergi Guardian untuk beli UPT test, kali nie aku tak beli 1 jenis tapi aku beli 4jenis UPT berlainan brand. 


Hah punyalah risau and sampai 4 jenis UPT aku beli. And semuanya total dalam RM60.00. Sebab bagi aku, ada jenis UPT yang senang cepat detect and  yang jenis mahal tapi tak bagus. So aku decide untuk beli UPT yang murah and mahal. Paling mahal jenama Clear Blue jenis Digital. Harga dia tak silap aku dalam RM36.90 and paling murah aku beli brand Guardian dalam RM6.90. Aku plan nak check esk pagi means hari Rabu pagi2, tapi bila dah sampai office, aku tergerak jugak nak buat UPT, aku guna yang jenama Guardian punya, even aku pernah terbaca kalau nak buat UPT kena awal-awal pagi because lebih accurate. So aku decide repeat UPT waktu lunch jugak, hati tue memang nak tahu, so after aku buat aku biarkan dalam 5-10 minit untuk tengok result.


And this is my 2nd result UPT yang aku buat dekat office. And still double line, sekali lagi aku panjatkan syukur kehadrat illahi. Happy ya allah masa nie. And of course aku nak pergi klinik untuk buat pengesahan kali ke-2. Aku decide untuk pergi klinik area office aku dekat Kota Damansara je and dah tentu aku takkan pergi lagi klinik 1st yang aku pergi ari tue. Sebab doktor tue buat aku susah hati..sobsob. Mungkin jugak dia doktor lelaki and aku tak confortable dengan dia kan. So kali nie aku choose untuk pergi jumpa doktor perempuan, boleh cerita dari hati ke hati kan..ceewah..:) Tapi disebabkan petang hujan lebat, so aku tangguhkan untuk berjumpa doktor. 

28 October 2015 @ Rabu

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aku bangun solat subuh macam biasa tapi kali nie tersedar sebelum subuh around 5am macam tue. Masa nie aku macam nak buat lagi ujian UPT memandangkan aku ada lagi 3 yang tak digunakan lagi. Kali nie aku pilih untuk gunakan UPT yang mahal. Nak jugak tahu hasilnya macam mana kan..hehe. Kali nie husband aku pun terjaga nak teman buat test..hehe So macam biasalah prosidur untuk buat UPT test and hasilnya?


Alhamdulillah, pregnant! Bestnya guna Clear Blue nie, dia terus appear dekat screen if kte pregnant dia akan cakap pregnant if sebaliknya dia akan appear not pregnant. And dia akan keluar sekali berapa weeks kandungan kita :) Aku punya result dalam 4 weeks macam tue =)


Then yang nie 2nd UPT yang aku guna mengunakan air kecil yang sama. And if korang perasaan double line dah jadi pekat. Syukur alhamdulillah. So aku pun bawak result nie jumpa doktor and doktor teruskan sah yang aku pregnant. Alhamdulillah. Tapi untuk buat scan terlalu awal, biasanya scan boleh buat dalam 5 weeks ke atas, so aku akan ada temujanji sekali lagi dengan doktor another 2 weeks more. Doktor pun tanya ada alahan teruk tak before tahu pregnant, so far alhamdulillah tak ada lagi rasa mual or muntah, Cuma aku perasan je bila malam je aku akan rasa miang-miang dekat badan and muka naik merah-merah macam alergik. Then doktor pun senyum bila aku bagitau simptom-simptom tue, normally orang pregnant lain alahannya. Lain orang lain bahagian kan, hasil pemeriksaan yang doktor lakukan ke atas aku, dia cakap aku ada simptom untuk resdung. Biasanya ia terjadi ketika kita hamil. Ada juga yang asma and alergik. Tapi hanya ketika waktu mengandung je, after deliver semuanya hilang. Mungkin pembawakkan budak and hormon mengandungkan. And now dah masuk 5 weeks kandungan aku, doakan semuanya dipermudahkan dan baik2 sahaja ya. Insyallah akan update dari semasa ke semasa untuk kongsi pengalaman bersama.

p/s : Thank you for reading and entry kali nie panjang sikit. Thank you ya allah and akan ku jaga amanah yang telah kau berikan kepada kami. Amin :)












Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban