Amalan Ketika Menjaga Awal Kehamilan

Assalammualaikum!

Alhamdulillah hari nie genap 2 bulan usia kandungan aku :) 1st Trimester adalah satu tempoh yang sangat memerlukan penjagaan yang lebih teliti dan berhati-hati, lebih mudah jika dikatakan yang aku berada dalam tempoh "fragile". Bila di tanya mengenai perasaan, of course excited, berdebar, risau, happy senang cerita semua perasaan bercampur baur. So aku berusaha untuk jaga amanah allah dengan sebaik yang mungkin. Bila tahu sahaja aku mengandung, of course dalam fikiran nie, macam mana caranya untuk aku jaga kandungan agar sihat dan selamat. Maklumlah aku tak ada pengalaman kan, so 1st thing yang aku buat is text all over kawan aku yang dah banyak pengalaman nie..hehe. Itulah pentingnya kawan, syukur alhamdulillah, ada kawan and family yang banyak membantu dari segi tips penjagaan awal kandungan.

As we know, bila masuk 2nd trimester barulah kita ada rasa yakin sikit, because kandungan dah membentuk janin kan. Tapi tak bermaksud kita kena ambil lewa dari segi kesihatan dan keselamatan kandungan. So today aku nak share, tentang amalam yang perlu dijaga pada 1st Trimester.


1. Gunakan masa yang ada untuk mencari maklumat tentang kehamilan

Ini adalah perkara yang pertama aku buat bila disahkan mengandung. Biasanya aku akan cari tips-tips untuk menjalani kehamilan yang sihat, tentang penyusuan susu ibu, tips penjagaan bayi yang baru lahir dan macam-macam lagilah yang perlu korang tahu. Kalau bab shopping nie, aku tak cari pun lagi baju-baju baby, sebab masih awal and ada banyak masa lagi kan, jadi aku lebihkan fokus pada maklumat penjagaan ibu mengandung :)
2. Banyakkan minum air untuk elakkan dehidrasi

Normal bagi ibu yang dalam trimester pertama kehamilan mengalami mual, loya dan muntah-muntah disebabkan perubahan hormon dalam badan. Tapi syukur alhamdulillah, aku tak ada mengalami alahan seperti muntah or loya. Betul orang cakap lain orang lain alahannya. Cuma before this aku ada mention dalam entry sebelum nie, bentuk alahan yang aku hadapi ialah resdung and sembelit. Jadi aku minum air kosong sebanyak yang mungkin, kalau korang risau akan pergi toilet disebabkan terlalu banyak minum air kosong, its ok dont worry. Air kosong je kan, kalau air manis tue lainlah ceritakan. Macam aku, aku ada juga masalah sembelit waktu mengandung nie, so aku banyak makan buah and minum air sebanyak yang mungkin. Ada juga dikalangan kawan-kawan aku sampai kena tahan di wad disebabkan kehilangan air dalam badan-dehidrasi. So selagi tekak korangboleh terima, minumlah sebanyak yang boleh ok.


3. Makan secara sihat
Bab makan nie, aku suka! kihkih. Bukan apa, macam yang korang tahu bila berbadan dua, selera makan seseorang tue akan berubah. Contohnya : Sebelum nie kau bukanlah seorang yang kuat makan, tapi bila berbadan dua, selera tue ya ampun tak boleh nak dikawal :P Tapi itu bukanlah alasan yang kau boleh makan apa sahaja, ada pantang larang yang perlu ikut. Bila mengandung nie, tak boleh suka-suka makan, ada makanan yang boleh dimakan and ada yang tak boleh dimakan untuk elakkan daripada berlakunya perkara yang tak diingini. Macam aku, alhamdulillah tak ada mengidam makanan yang pelik-pelik nie and mintak dijauhkanlah, amin. Yela bukan apa kesian dekat husband yang nak mencari kan. Makanan yang perlu kita ambil ketika mengandung makanan yang berkhasiat. Kena cukup protien & fiber. Secara jujurnya kadang-kadang aku makan jugak benda lain selain dari nasi, cthnya spageti, burger or etc. But bukan boleh selalu tau, aku makan pun sebab tue teringin sangat. Lepas dapat tue, tak ada dah nak craving2 nie..hehehe. 
4. Ikuti pemeriksaan antenatal
Ok, part nie sangat important. Korang dah kena decide dekat mana korang akan bersalin nanti. Yela untuk 1st baby, seelok2nya lakukan pemeriksaan seawal yang mungkin. Mudah untuk doktor pantau keadaan bayi dan ibu sepanjang kehamilan tersebut. Macam aku dah plan untuk bersalin di Hospital Swasta, tapi tak bermaksud korang tak perlu buat buku merah ye. Sebaik-baiknya pergilah buka buku merah di hospital kerajaan juga, bukan apa, sekurang-kurangnya nama kita dah ada record and if ada emergency case yang kritikal, doktor akan refer pada hospital kerajaan juga.Tapi mohon semuanya dipermudahkan, amin :)
5. Makan banyak ikan
Ada beberapa kajian yang menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 akan memberikan kesan yang baik pada praeklampsia, berat bayi dan perkembangan otak bayi terutamanya di trimester akhir kehamilan. Minyak ikan itu complete dengan protein, mineral, vitamin D dan juga asid lemak omega 3. So far aku boleh makan ikan selar kuning je.hehehe
6. Kurangkan Kafein
Ada kajian yang mengatakan pengambilan kafein yang terlalu banyak semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi lahir dengan berat badan yang ringan atau meningkatkan risiko keguguran. Bukan tak boleh minum langsung, tapi seeloknya kurangkanlah, paling banyak pun 2 cawan kopi sehari atau 4 cawan teh. Kafien akan menghalang penyerapan vitamin dan juga zat yang kita makan. Nasib baiklah aku bukan pengemar kafein :)
So far nie adalah beberapa amalan kerika awal kehamilan. Kalau boleh korang banyakkan berehat, and jangan terlalu stress and dapatkan tidur yang cukup. And paling utama is always thinks positive and mohan semuanya dipermudahkan. Ok, jumpanext entry dengan beberapa tips lagi :)

Thank You for Reading :D

Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!