3rd Trimester Journey

Assalammualaikum.

Dari hari ke hari actually nak update blog and share pengalaman sepanjang masuk 3rd trimester nie, Syukur alhamdulillah dah masuk trimester yang terakhir. Banyak sebenarnya dugaan yang perlu di lalui bila dah masuk trimester yang terakhir nie. And apa yang perlu korang lalui tue memang kena banyak bersabar. Tapi lain orang, lain pengalaman dia kan, so macam aku, bila kandungan dah masuk 7 bulan, memang banyak cabarannya. 

Cabaran and dugaan yang pertama aku maksudkan ialah, tangan and kaki dah start rasa kebas. Kebas tue xdelah setiap masa, kadang-kadang je dia akan terjadi. Lagi2 waktu tidur. Kalau bukan waktu tidur, dia akan terjadi waktu kita melakukan aktiviti harian.Mula-mulanya rasa pelik jugak, kenapa kerap rasa kebas kaki and tangan, yelah aku tak ada experience, so seperti biasa, umi will be my rujukan..hehehe. Umi cakap itu memang perkara biasa bila usia kandungan kita dah meningkat, perkara normal apabila berlakunya peningkatan berat badan akibat pengumpulan air dalam tubuh badan. So far masalah kebas nie, masih boleh di kawal lagi lah, sebab dia tak mempengaruhi aktiviti harian aku, cuma bila kena tue rasa kurang selesa. Tapi jika, korang ada masalah macam aku and sakit dia keterlaluan, better jumpa doktor. Kebiasaannya masalah nie akan hilang lepas kita melahirkan bayi and ada kalanya sehingga habis darah nifas. Terpulang pada antibodi masing-masing.

Cabaran dan dugaan yang kedua bila tangan and kaki pun dah start membengkak. Masalah nie pun tengok pada individu jugak, ada orang 5 bulan lebih dah start bengkak. Tapi dalam kes aku, kaki aku dah start bengkak bila masuk 7 bulan nie. Of course, semua sandal kau pun tak muat. Masalah nie sama jugak macam situasi kebas tadi. Ianya berlaku disebabkan lebihan air di dalam badan kita yang mana keadaan ini biasanya berlaku bila dah masuk trimester yang terakhir. Macam aku bagitau tadi, ada juga sesetangah ibu hamil yang telah lalui masalah ini ketika penghujung trimester kedua. And seperti biasa, masalah nie juga akan hilang dengan sendirinya bila tiba saat bersalin.

Cabaran dan dugaan yang ketiga ialah, sekarang nie aku sukar untuk tidur. And of course bila mengandung, perubahan posisi tidur akan secara automatically berubah. Kalau dulu, aku jenis tidur terlangkup, and now posisi tidur aku hanya mengiring ke kanan and kiri sahaja. Tidur secara terlentang pun aku tak boleh, aku akan  rasa macam semput and mengah. Jadi hanya mengiring ke kanan and ke kiri sahaja posisi yang aku rasa selesa. Bantal jangan cerita, memang more than one aku akan guna untuk keselesaan.

Cabaran dan dugaan yang keempat ialah bila kau dah start sakit pinggang and tulang punggung mudah lengguh kalau duduk terlalu lama. Sakit pinggang nie pun jugak adalah simptom normal untuk ibu yang hamil. Ia terjadi disebabkan adanya perengangan tulang-tulang di kawasan pinggang. Dan ia juga disebabkan pernambahan berat badan. Jadi untuk mengurangkan rasa sakit pinggang nie, aku akan sapu minyak di kawasan pinggang sebelum tidur. Biasanya aku akan gunakan minyak yu hee cap limau tue. Memang dapat mengurangkan rasa sakit, and terus nyenyak tidur..hehehe!

Cabaran dan dugaan yang kelima ialah sometime kedua-dua belah kaki akan cramp waktu tidur. Masalah nielah paling aku takut sekali kalau kena. Cramp kaki adalah satu benda yang sangat sakit hokay. Masa nie automatik kau akan menjerit and mintak tolong husband tolak kaki lawan arah cramp. Biasanya nak back to normal akan amik masa dalam 5 or 10 minit macam tue. Tapi satu tips yang korang perlu buat ketika hamil, bila kaki cramp, jangan keraskan kaki and mostly kena lembutkan kaki supaya urat yang berselirat tue boleh back to tempat asal. And kalau boleh tue, before tidur, sapu minyak panas dulu, and pakai stokin or selimut untuk lindung kaki kita dari sejuk dan boleh mengelakkan cramp.

Cabaran dan dugaan yang keenam ialah aku cepat semput and mengah sekarang nie. Memang pada awal kehamilan kita dah start rasa semput kan, tapi bila dah masuk trimester yang terakhir, semput and mengah akan lagi ketara. So semua kerja akan dilakukan secara slow motion..huhuhu. And now aku solat pun solat duduk. Terpulang pada masing-masing, macam aku, aku solat tak ada masalah tapi bila sujud and nak bangun memang problem. Akan rasa mengah and kalau salah bangun, automatik kaki akan cramp or kebas. Jadi islam itu mudahkan, aku pilih alternatif lain untuk menunaikan solat fardu. Alhamdulillah lebih selesa bila nak menunaikan solat :)

Aku rasa itu jela kot cabaran and dugaan yang aku lalui sepanjang dah masuk trimester yang terakhir nie. Actually ada juga simptom-simptom lain yang aku rasa normal. Contohnya, kerap buang air kencing, mudah lapar and itu adalah simptom awal mengandung dan akan berterusan sehinggalah melahirkan bayi nanti. :) Cuma apa yang boleh aku kongsi kan dengan korang, waktu mengandung nie memang kena banyak bersabar, apatah lagi kita berlawan sendiri dengan tubuh badan kita. Hayati perjalanan waktu mengandungkan darah daging kita sendiri. Kalau dulu, kita tak dapat rasa macam mana mak-mak kita mengandungkan kita, supaya payah mengendong kita selama 9 bulan, and now diberi peluang oleh Allah s.w.t adalah satu anugerah yang tak terhingga aku rasa. Syukur yang teramat di beri peluang yang belum tentu semua orang akan rasa. Jadi hargailah waktu-waktu indah ketika mengandung nie and banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita ketika mengandung sehingga melahirkannya nanti. Insyallah, kalau ikut due doktor end of june nie aku akan bersalin. Pejam celik pejam celik kejap je masa berjalan dengan pantas. And secara jujurnya, memang nerves and excited at the same time. Bersalin pada bulan puasa pun bukan perkara yang mudah. Tapi insyallah, yakin allah s.w.t ada dengan kita and dipermudahkan segala urusan. Amin :))


So nie aku belanja sikit scan pertama yang aku buat awal 3 bulan yang pertama. Baby dah cukup sifat masa nie, terus buat solat syukur. Alhamdulillah


And nie kira latest scan masa 6 bulan lebih hari tue. Baby dalam keadaan sihat dan berat pun normal. Syukur alhamdulillah :) So next scan will be on 16/4 nie. And insyallah aku akan share lagi scan untuk trimester yang ketiga nie. And yang paling excited bila aku dengan husband aku decide nak buat 5D HD SCAN on 13/5 nie. Nak tgk muka baby secara jelas, teknologi sekarang makin lama makin canggih, so we decide to do for our memories :) Nanti aku akan share dekat next entry berkenaan dengan 5D HD SCAN nie ok. :D Cant wait to see our BABY NM :)






Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!