How Time Flies!
Assalammualaikum!
Perasan tak, masa berjalan dengan pantas sekali. Rasanya baru je pregnant tup2 dah bersalin..and now Nadra dah 4 month old. Ya allah, kejap je masa berlalu, baru rasanya sakit nak lahirkan Nadra, and setiap bulan bertambah umurnya. Syukur ya allah! Makin besar makin bijak anak mommy. Yes, deep in my heart, rindu dekat anak tue lagi dasyat dari rindu suami. Betul tak tipu! As i told before this, Nadra tak duduk dengan aku, dia stay dengan parents aku dekat Melaka. So kau boleh bayangkan tak macam mana tahan rindu nak jumpa anak :( And aku bukan jenis balik every week, dalam 1 month tue aku akan balik 2 times kalau ada cuti panjang sikit, baru aku amik cuti panjang sebab nak stay lama dengan Nadra.
But, tak semua orang tahu masalah kita kan. Nowdays, biasalah kalau tengok orang tak jaga anak sendiri mulalah nak mengata. Padahal masalah kita pun dia tak tahu, belakang kita buat sambal belacan cerita pasal orang. Orang-orang mcm nie, i was like " Kau nie tak ada kerja ke nak sibuk hal rumahtangga orang?" but, biasalah aku bukan jenis nak pergi sound2 tepek macam tue. Rasa buang masa and aku takkan samakan level education aku dengan orang yang cakap backstep or what so ever! Lagi di layan automatik kau pun akan jadi macam dia, so let it go. Just masuk telinga kanan and keluar telinga kiri. Sakit tue memang sakit, but allah tue maha kaya kan. So sabar je yang mampu :)
Ok, move on! Sampai bila Nadra akan stay dengan grandparents dia, aku pun tak ada jawapan tue. Of course nak tengok anak sendiri membesar depan mata, but for her good, lebih baik Nadra stay dengan tokmi and tokbah dekat Melaka, Sekarang nie macam-macam kes yang berlakukan. Sampaikan aku sendiri pun paranoid nak hantar anak dekat babysitter. Its not easy ok, yelah kita tak kenal orang yang nak jaga anak kita, kalau dapat yang baik alhamdulillah. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, nauzubillah. And syukur alhamdulillah, aku ada parents yang sangat2 membantu start dari aku pregnant, bersalin until now tolong jaga Nadra untuk kami, hanya allah sahaja yang dapat balas jasa umi dengan abah. Tak ada yang lain aku mohon, cuma allah panjangkan umur mereka anda just wanna looked them happy and diberikan kesihatan yang baik. Ameen. Perancangan untuk resign tue ada, but bukan dalam masa terdekat. Memandangkan aku banyak komitment dengan futher study lagi, hasrat tue aku pendamkan dulu. Seronok boleh tengok anak membesar depan mata kan. Siapa yang tak suka. Bila dah ada anak nie, everything untuk anak. Untuk diri sendiri atau husband semua tolak tepi dulu. Kalau dulu, tengok orang, eh macam mana boleh handle anak ramai-ramai nie, tapi bila dah harungi as parents, baru tahu rasa bahagia tue macam mana. And ada juga yang cakap, takut nak pregnant lagilah, takut kewangan tak cukup and so on.. tapi percayalah, rezeki allah tue luas. Dia maha mengetahui. Insyallah, setiap hamba yang diujinya akan dapat ganjaranya tapi dengan syarat Sabaratuliman tue kena ada :)
Pengalaman membesarkan Nadra nie, so far is going well. Nadra seorang anak yang sangat behave. Dia tahu mommy and daddy dia cari duit dekat KL, so anak mommy sangatlah behave. Bawak pergi mana-mana pun senang. Kalau masuk kereta, dont worry Nadra akan take a nap after 5 minute masuk kereta, then dia akan woke up bila sampai destination. So senangkan..hahahaha! The best part bila bawak Nadra dekat tempat yang bising pun, anak mommy tak ada hal, sebab dah biasa dengan bunyi bising. Because family side aku jenis keluarga besar, so bila berkumpul tue tak ada yang cakap bisik-bisik nie, semuanya jenis cakap kuat-kuat..hahaha! Ingat lagi, masa aku dalam pantang, and kebetulan pulak aku pantang time raya, so korang boleh imagined tak rumah aku tue orang keluar masuk. Yela musim raya, plus aku dah bersalin..So ramai yang datang nak raya and the same time nak tengok Nadra, Nadra was like tido macam sleeping beauty. Bising lah macam mana, dia relax je..hahahaha! But time pantang tue cabaran jugaklah bagi aku. Nadra siang tak ada maalah, tido je, but bila malam, dia jenis tido sekejap2..so aku dengan umi jadi panda eyes lah..bergilir-gilir jaga Nadra that time..hehehe! Tapi tuelah kan, orang tua-tua dulu ada cakap, biasanya waktu pantang memang macam tue, baby belum nak biasakan siang and malam. But after pantang, alhamdulillah, Nadra dah tak jaga malam. Jaga pun sebab nak susu. Ni dah masuk 4 bulan, tido so lasak, and kita plak yang kejut dia bangun for minum susu, hahahah! Alhamdulillah. Tak ada apapun yang mommy mintak from Nadrah, cukup Nadrah jadi anak yang soleh dan solehah untuk mommy and daddy. Diberikan kesihatan yang baik and belajar rajin-rajin ok Nadrah. Tu harapan mommy dengan daddy. Insyallah, we planned to stay in Melaka soon. So tak lama lagi, we will be together ok Nadrah. Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga, insyallah :)
Our Little Angle :)
Comments
Post a Comment