First Family Aktiviti of 2019!

Assalammualaikum!


Ya ampun, bersarang dah aku rasa blog aku ni, sampaikan dah masuk tahun baru! Aku harap tak terlambat lagilah nak wish "HAPPY NEW YEAR GUYS!" semoga tahun baru 2019 ni membawa keberkatan pada kita semua..hehehe! Aku punyalah malas nak update blog 😁 , padahal ada banyak benda yang nak aku share dengan korang 😅. Cuma masa je tak mengizinkan. Blog hari ni just nak share first aktiviti ktorang bila masuk tahun baru ni..hehehe

Bila masuk tahun baru je, mesti masing-masing ada new resolution untuk tahun 2019 kan. Aku? of courselah ada azam baru hahahaha..salah satu azam nak rajin update blog..hahahaha! dan one of my azam also nak bawak Nina jalan-jalan dalam Malaysia dulu. Kalau boleh nk jelajah Malaysia baru bawak dia berjalan luar dari Malaysia..hah gituw! So we plan nak bawak Nina jalan-jalan dekat tempat  yang pernah ktorg lawat dulu masa bujang & masa Nina tak wujud lg..kihkih.  Kiranya masa jalan-jalan tue boleh lah bercerita dengan Nina kan..macam lawatan sambil belajar pulak! hahahaha!


So last week ktorang plan nak bawak dia naik Bukit Tinggi. Dekat sana tak ada apa pun, tapi if korang nak lari dari hiruk pikuk KL tue, bolehlah bawak anak-anak layan nature kan..tapi tempat tue cantik kalau ambil gambar sebagai kenangan and of course untuk Instagram kan? hahahaha..Ktorg pergi dulu pun zaman dating-dating, last naik tahun 2012 tak silap..so dah 6-7 tahun tak pernah naik lagi. Aku sure ramai yang mungkin pernah naik Bukit Tinggi. 


Hah ni lah dia Bangunan Colmar Bukit Tinggi. Bangunan dia macam dekat Belanda. So nak feeling pergi Belanda, boleh lah datang dengan family..hehehe

p/s: Gambar ehsan dari Google :p


Mestilah dah sampai sini, trademark Bukit Tinggi kena ambil gambar dekat pintu masuk ni. Actually time nak ambil gambar ni, ktorang tunggu tak ramai orang baru snap gambar. Thank you kakak yang tolong snapkan gambar ktorang..hehehe


Harga masuk dia sekarang untuk tahun 2019 ni dah berubah ye. Dalam gambar ni rasa tahun lepas atau sebelum-sebelum ni.. Zaman 2012 ktorang pergi tak silap RM3 sahaja. Sekarang ni untuk tahun 2019, diorang charge RM16 untuk dewasa. Kanak-kanak atas 2 tahun RM 9 yer, bawah 2 tahun masuk percuma sahaja untuk per entry.

p/s: Gambar ehsan dari Google :p


Masuk-masuk je Nina dah berlari dekat kuda ni..hahaha. Horse2! menjerit suka nampak kuda walaupun tue hanya perhiasan je..hahahaha!


Mommy pun nak jugak! Time ni panas terik. Kalau nak pergi elok pergi waktu pagi atau petang-petang sikit. So tak ada lah nampak mata sepet dalam gambar..hehehe


Susah nak ajak bergambar sekarang ni. Kena umpan dulu baru Nina bagi kerjasama..hahaha



Tapi dengan daddy senang nak bekerjasama..sabotaj betul tau Nina ni.. dengan daddy posing kemain, dengan mommy banyak take kena amik..😂


Owh lupa, mesti korang tertanya-tanyakan, kalau masuk berbayar ni apa je ada dalam Bangunan Colmar ni kan? actually macam-macam ada tapi mommy tak sempat nak snap gambar dengan anak lari-lari jadinya tak ada gambar lain pun. Dekat dalam bangunan ni, adalah jual makanan, restoran, hotel and pusat mini indoor games untuk anak-anak. Korang boleh google tengok. Tapi makanan dalam tue quit mahal..buah potong je RM5 ringgit okay..hahaha..tapi untuk beli makanan tue kena pakai kupon ye. Satu kupon tue berharga RM2 untuk satu kupon. Untuk dalam restoran tak pakai kupon pun. Cuma stall yang kecik-kecik tue je pakai kupon. Tapi ktorang tak plan nak makan pun, just beli snack je sambil berjalan menikmati keindahan alam githuuw! hahaha


Kat Bukit Tinggi ni pun ada Japanese Village tau! Ramai yang tak tahu jugak. Tapi kalau korang google dulu sebelum pergi, so akan tahulah. Nak masuk Japanese Village ni tak perlu bayar. Harga dia termasuk RM16 per entry tadi. Tapi tempat dia memang betul- betul atas bukit. Menapak yer, sisthur hampir semput..hahaha..dah lama tak mendaki-daki ni, sebab aku jenis benci nak mendaki-daki. Tapi demi suami and anak, layan and gagahkan jugak..


Inilah tangga yang sisthur maksudkan..ada 88 buah anak tangga yer. Jadi bawak air sendiri kalau-kalau haus kan..hahahaha..gigih tau sebab atas tue permandangan dia cantik. Nak cantikkan so kena lah mendaki sikit..hehehe. Masa naik ni, Nina jalan sendiri okay, daddy dia tak dukung. And ktorang volunteer jugak nak dukung atau dia nak jalan, ternyata dia nak jalan. And steady je, aku plak yang out..hahahaha



Inilah attractive yang ada dekat Japanese Village ni. Tak banyak pun tapi scenery dia cantik. 



Cantikkan. Ikan dalam mini terjun ni pun gemuk-gemuk tau. Best je dengar bunyi air-air ni sambil bau kehijauan daun..hehehe


One of beautiful scenery. Cantikkan..tenang je. Dekat mini house tue, korang boleh sewa kimono untuk orang dewasa yer. Sewa kimono tue hanya RM50 tak ada limit waktu. Nanti dorang akan pakaikan kimono and its take 15 minute macam tue untuk dorang siapkan korang. Aku pernah pakai sekali masa fisrt visit tahun 2012, berpeluh jugaklah nak siap. Nak jalan pun susah. Tapi untuk kenangan boleh lah korang sewa. Then dah pakai kimono tue korang boleh lah posing-posing dekat kawasan situ. hehehe


Hah nampak tak dengan daddy dia je behave amik gambar.. siap posing walaupun tak pandang kamera..hahahah! 



Terpaksa selfie dengan muka yang penuh dekat screen hp tue. Sebab dalam ni semua busy ambil gambar. Tak sempat sisthur nk tahan orang untuk tolong kami ambil gambar..hahaha



Satu-satunya gambar yang aku berjaya snap dan Nina beri kerjasama..Hahhaha..tapi ingat senang ke? gambar ni terhasil hasil negotiate dengan daddy. Daddy janji nak beli suprises egg, jadinya terhasillah gambar behave ni. Hahahaha



Mommy pun nak jugak! Time ni, aku ajak nina bergambar, tapi hasilnya gagal. End up mommy posing sorang-sorang..hehehehe



One little family..hehehe..Daddy berjaya negotiate dengan Nina kali kedua. 



Daddy & Mommy Nina 😃



Upah popcorn satu bekas hasil negotiate dengan daddy, upah sebab berjalan. Hahahaha..muka tak puas hati sebab dia ingat mommy nak ambil popcorn dia agaknya..



Selepas ditenteramkan oleh mommy..hahahaha

Lepas puas berjalan dekat Japanese Village tue, ktorang gerak pergi Rabbit Farm. Rabbit Farm dalam kawasan Bukit Tinggi jugak. Tapi kena naik kereta or buggy lah sebab kalau nak jalan kaki, mau melecet kaki plus ketiakkk basahhh..hahaha


Untuk masuk Rabbit Farm ni  free je including RM 16 tadi tue. Tunjukkan ticket entry tue je dah boleh masuk. Tapi kalau korang pergi Rabbit Farm dulu before masuk Bangunan Colmar tue, korang kena beli tiket dulu dekat kaunter before masuk. 

Bagi aku okay lah nk bawak anak-anak. Masa sampai je ada rabbit. Tak ada bintang lain pun. Dulu tak silap aku ada rusa ke kancil, tak sure. Disebabkan Nina jenis berani dengan binatang yang kecik-kecik and berbulu, so ktorang bawak jela. So far dia tak takut dengan arnab & kucing. 


Berpeluh-peluh lari kejar rabbit. Siap sound "eh rabbit dont run!'hahaha. Dia ingat arnah tue nak dengar kata dia..hahaha..tapi so far dia berani pegang. Mommy je yang takut. Bab ni dia ikut daddy, berani..hehehe


Sumpah comil dorang ni tau, Kalau bernasib baik, korang boleh bagi arnab-arnah ni makan, Ada penjaga akan suruh bagi kita makan. 


Tiba-tiba teringat cerita Peter Rabbit http://teslamovies.com/movie/peter-rabbit_4/. Korang boleh layan cerita rabbit yang bijak ni. hehehe

Okay, sekian sahaja entry kali ni. Nanti aku akan share lagi aktiviti-aktiviti ktorang. Banyak yang nak buat untuk tahun 2019 ni. Doakan aku rajin untuk update blog..hahahaha..

Jumpa nanti! 
Assalammualaikum 😁



















Comments

  1. "www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!