Pemilihan Warna Pastel Untuk Pelamin

Assalammualaikum!

Syukur alhamdulillah, sekejap sahaja masa berlalukan, dah nak masuk pertengahan tahun dah sekarang nie. Actually bila kira-kira balik rasa nerves pun ada jugak, dah nak dekat dah tarikh aku and AF disatukan. Ececececeh! tapi  persiapan kami baru 50% sebenarnya. Alhamdulillah semuanya dah booked and tinggal untuk buat fully payment sahaja. Tapi honestly untuk buat persiapan kahwin bukanlah perkara yang sangat mudah, sangat rumit dari segi persiapan, dari segi tema, katering and macam-macam lagilah. Tapi syukur alhamdulillah, family banyak membantu. And yang paling best bila di bahagi-bahagikan tugas. Yelah nak harapkan aku sorang, tak terkejar rasanya. Dengan kelas lagi, dengan kerja lagi.. Allah, allah je tahu bertapa stressnya. Tapi kalau difikirkan balik, seronok sebenarnya bila uruskan majlis perkhawinan sendiri, maklumlah kahwin sekali seumur hidup, jadi banyak yang kita belajar dalam menguruskan sesebuah majlis. 

So untuk pemilihan Tema majlis kami di Melaka nanti, aku mostly memang minat dengan colour pastel dalam segi hiasan dalaman. So kalau boleh semuanya nk colour pastel. Dari pelamin, bilik pengantin and khemah-khemah semua nak pastellah. Tapi untuk pastel sebenarnya kalau kita mix dengan block colour actually sangat cantik hokay. So tak adalah terlalu soft, tapi kena pandai main colour disitu. Macam aku bagitau tadi, aku memang minat dengan pastel colour tapi dari segi baju, aku bukanlah orang yang sesuai untuk bermain dengan colour pastel. Mostly aku akan mixkan baju untuk colour block and design more to pastel. Cepat bayangkan! If nak tengok hasilnya macam mana, tunggu majlis aku hokay. Hahahaha!



Contoh yang aku maksudkan warna-warna pastel is macam gambar di atas nie. Cantikkan pelamin dia, soft  & sweet. If korang nak pelamin yang sweet macam nie, korang boleh  follow facebook  & Instagram Stazurin Events nie. Pelamin-pelamin dorang nie semua sweet-sweet sahaja and based one design and yang colour kte pilih. So tak ada masalah bagi korang nak main colour pastel macam mana pun. 



Nie satu lagi idaman pelamin aku. Alahai garden sangat kan. Actually nie more to white garden. Tenang je kan tengok pelamin macam nie. Design yang simple tapi sedap mata memandang. Actually aku sendiri tak decide design yang macam mana. Susah tau actually nak buat pilihan. Hahaha! Tak tahulah korang jenis macam mana, tapi aku nie jenis, memang lambat buat pilihan, sebab tue AF seorang yang sangat penyabar dengan aku. Hahahaha!


Ya allah, kenapa cantik sangat pelamin ni! sobsob! suci and simple sangat. Nie kalau tunjuk AF nie semuanya cantik. Suruh buat pilihan pun semuanya cantik, tak membantu langsung AF ni! Uwargh!

So inilah beberapa contoh pelamin yang memainkan warna-warna lembut. Actually banyak lagi yang cantik-cantik. For those yang tengah pilih pelamin, cari jer dekat google, mesti keluar design yang cantik-cantik, so dari situ korang boleh lah dapat ilham kan..hehee..

p/s : ok, shikin nak sambung cari ilham ni. Weee!







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!