Perlu Ada Persiapan Rapi Majlis Perkahwinan

Assalammualaikum!

Majlis perkahwinan merupakan hari yang cukup indah bagi setiap pasangan yang akan mendirikan rumahtangga bersama pasangan masing-masing. Ada yang menggangapnya, hari paling bersejarah dan akan menjadi kenangan abadi dalam hidup. Persiapan sempurna dan teliti amat perlu supaya segala yang diatur berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Antara perkara-perkara yang harus difikirkan adalah seperti menetapkan tarikh majlis, menempah kad jemputan, menentukan lokasi majlis, memilih tema dan konsep acara, jamuan makan, hiasan pelamin, pakaian penganti serta banyak lagi. Bermula dengan jurunikah sehinggalah keperluan majlis, segala-galanya harus disediakan sebelum majlis langsung dan bagi mereka yang tiada pengalaman dalam menguruskan perihal majlis sedemikian, melantik perancang perkahwinan adalah jalan penyelesaian. Tapi itu adalah jalan terakhir bagi yang mempunyai budget yang lebih untuk melantik perunding perkahwinan, tapi bagi aku sendiri, lebih seronok kalau kita sendiri yang menguruskan semua urusan perkahwinan sebab barulah rasa challenge dia kan even memang orang cakap kalau nak uruskan hal kahwin nie adalah perkara yang merumitkan. Memang tak dinafikan untuk menguruskan perihal perkahwinan ini adalah satu perkara yang rumit tapi insyallah, semuanya akan di permudahkan kalau kita berfikiran positif.

Ada segelintir pasangan pengantin akan turut mengalami kekangan masa untuk berbincang kerana kesibukan kerja so bagi dorang, dengan adanya bantuan perancang perkahwinan yang pakar dalam bidang perkahwinan, mereka boleh menyediakan perkhidmatan kepada bakal pegantin dan sekaligus memudahkan mereka untuk merancang persediaan majlis yang bakal berlangsung secara gemilang kelak. Tapi macam aku beritahu sebelum ni, tak semua orang berpeluang untuk mengupah perancang perkahwinan yang memerlukan modal yang banyak.

Ini adalah beberapa 5 perkara penting yang perlu kita buat sebelum majlis perkahwinan berlangsung :

1. Jamuan Tetamu

Menyediakan makanan untuk tetamu adalah perkara yang wajib. Bila tiba saat untuk decide katering mana yang memberikan perkhidmatan yang terrbaik adalah satu perkara yang sangat rumit aku rasa. Sometime ada ada juga jamuan yang disediakan kadang kala tidak memuaskan hati tuan rumah sendiri.

2. Lokasi Majlis

Lokasi majlis adalah penting because ia akan menjadi tunggak utama dalam menjayakan acara perkahwinan. Bagi aku bukan masalah besar jika mahu menlangsungkan majlis di rumah, tetapi kerumitan boleh timbul apabila keadaan dan keluasan rumah kurang bersesuaian atai tiada tempat khusus seperti dewan yang boleh memuatkan tetamu jemputan yang pastinya ramai. Ada juga, hotel, dewan dan pusat konvesyen yang menyediakan pelbagai pakej menarik bermula dari hiasan dalam dewan, pelamin serta pakej lengkap katering dan bilik penginapan ekskusif untuk satu malam. Semuanya perlu siapkan modal dan budget sahaja.

3. Kad Jemputan

Kad jemputan juga sangat penting dan selalunya perlu diagihkan kepada tetamu sebulan sebelum menjelang majlis. So kad jemputan perlu ditempah selewat-lewatnya dua atau tiga bulan awal.

4. Busana Pengantin

Melangkah kaki ke pelamin, raja dan ratu sehari akan menjadi perhatian utama. Oleh itu, penyediaan atau tempahan busana pengantin tidak boleh dipandang remeh. Rekaan pakaian perlu bersesuaian dengan tema majlis dan ia menjadi lambang acara majlis. Sama ada memilih konsep traditional, moden ataupun kontemporari pereka fesyen perlu memberikan yang terbaik supaya seri dan penampilan pengantin terserlah.

5. Penggambaran

Tanpa jurugambar, bagaikan tidak lengkap acara perkahwinan. Jurugambar diberi tanggungjawab merakam setiap perjalanan majlis. Selepas sahaja majlis berakhir, pengantin confirm tersenyum melihat pelbagai aksi yang dirakan dan dipahatkan di dalam album perkahwinan. Rakaman bukan sahaja di lakukan ketika majlis berlangsung, sebaliknya jurugambar profesional turut menawarkan outdoor session di tempat-tempat yang manarik dan sesuai.

So bagi pasangan yang ingin mendirikan masjid, bolehlah gunakan beberapa tips yang aku telah kongsi dengan korang. Because aku sendiri sedang mempersiapakan diri dan membuat preparation perkahwinan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!