Student Life

Assalammualaikum!

Yes, welcome back to school! Acapkali dengan ayat nie bila nak bukak sekolah kan? Aha, aku pun dah masuk semester baru, semester 7. Lagi 3 semester to go! Kalah doktor kan? kalau course medic nie aku dah jadi houseman..hahaha! Maklumlah kalau dah amik PJJ, memang memerlukan pengorbanan yang besar, korang kena banyak bersabar. Ada juga, beberapa collegues aku yang hampir nak quit sebab tak tahan. Tapi cepat2 aku bagi dorang semangat, untuk jadi lebih senang bukan senang. Bukan ada jalan yang mudah, mesti kena susah baru dapat kesenangannya kan? Kena kuat dari fizikal and mental. Tipulah kalau aku cakap, aku langsung tak ada perasaan give up? Kalau dah masuk semester 7 dah nak give up, apa kejadahnya? itu giler namanya! Dah nak masuk 3 tahun lebih ko bersabar, takkan lagi 1 tahun ko tak boleh bersabar. Dah lebih 2 bulan aku duk berfoya-foya sekarang nie bertungkus-lumus start cari jounal and prepared for research method. 

Bagi aku semester kali nie memang mencabar, mana ko dah start dengan kelas, dengan assigment, dengan research dengan nak uruskan hal kawin lagi. Memang betul-betul mencabar. Tapi syukur alhamdulillah, aku ada keluarga yang membantu, AF yang sangat penyabar and kawan-kawan yang support dari belakang. Syukur alhamdulillah, sedikit sebanyak urusan tue dipermudahkan. So semester nie, aku tak boleh buat kerja semua last minute, mana dah boleh buat, boleh terus buat. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Saat aku pernah give up, and saat aku sentap, AF selalu bagi kata-kata semangat panjang lebar, and saat tue jugak aku tak pernah bosan untuk habiskan setiap bait-bait kata semangat yang dia bagi. AF seorang yang sangat penyabar and tak kenal erti penat. And of course seorang yang workaholic tahap gaban! Sometime boleh gaduh besar sebab sayang sangat nak tinggal kerja. Lagi-lagi time ko lapar, singa bertindak naik tanduklah jawabnya! hahaha! Tapi tuela, always ada dengan aku waktu susah, senang, sedih, happy, dia mesti ada belakang aku. Time aku, kadang-kadang give up and malas study, AF always give me support and speech yang panjang lebar secara FOC..Kihkih. And the best part is AF dah kamcing dengan ummi. Head of quarters adalah ummi and officernya AF lah. Hahaha

Aku punya perangai pelik which is, pergi kerja mesti bawak satu beg tepi yang diisi dengan buku-buku sekolah. Buku-buku sekolah itu ialah buku rujukan and text book Uitm. And aku lebih senang panggil 'kerja sekolah' berbanding assigment. Hahaha!  Bukan bermaksud curi tulang hokayyy, normally aku akan busy on the morning side dekat office. After lunch hour macam tue memang dah free. So daripada aku buang masa, duk click2 grouponlah, lazadalah, baik aku siapakan kerja sekolah apa yang patut. Hahahaha! So bila balik rumah, aku tak adalah rasa penat and malas. Boleh fokus buat kerja rumah, basuh baju, lipat baju, kemas bilik.. Senang cerita semua kerja rumahlah. Esok dah kawin, boleh bahagi kerja dengan encik shuben plak! hahaaha! Belum tolak waktu tengok handphone, balas whatsapp, main twitter, scroll facebook, like button instagram bagai. See, untuk jadi student part time macam aku memang banyak cabaran. And perkataan malas tue semua orang ada, tipu kalau tak ada. Sebab perkataan malas tuelah sometime kerja kita banyak yang tertangguh kan? hasilnya semua buat kerja last minute then bila nak final semua garu kepala. Itu memang sifat semula jadi seorang insan yang bernama pelajar or nama sinonimnya is "Student Life". 

Untuk full time student, aku rasa tak ada masalah untuk score 100% focus dalam study. So tiada alasan tak boleh score semua subject every semester. Different full time student and part time student, jurang dia sangat besar hokayy. Untuk part time student macam aku, mana nak fokus dengan kerja, dengan life, if dah getting married jangan cakaplah, bila ada rezeki, allah kurniakan cahaya mata lagi besar tanggungjawab ko sebagai seorang pelajar, isteri dan ibu. Masa nie lah memang main psikologi punya. Kelas bukannya hari2 tapi kelas sebulan ada 2 kali, ada 1 kali je. 4 bulan just jumpa lecture 5 kali, then masa 5 kali tuela, ko kena fokus lebih dalam kelas dari pukul 8.30am until 6.00pm. Untuk full time student, ko tak payah nak fikir apa pun, just bangun tido, siap2 pergi kelas then fokus apa yang lecture ajar. Sebab tue bila adik aku yang 2nd tue yang masih study dekat Uitm Segamat asyik cakap penatlah study non stop, automatik temperature aku naik mendidih! hahahaha! Will start my lecture sampai benggang terus jadi last seen tapi tak reply! seee! hahahaha

So, conclusionnya untuk jadi lebih senang bukan perkara yang sangat mudah. Banyak dugaan dan rintangan yang akan kita lalui, cuma yang perlu kita pegang is Allah s.w.t sentiasa ada dengan kita, insyallah setiap dugaan yang diberinya itu ada hikmahnya dan habuan dikemudian hari. Doa agar dipermudahkan segala urusan kita, insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin =)



Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!