Bagaimana Cara Menambahkan Berat Badan Bayi Dalam Kandungan

Assalammualaikum.

Hari nie genap usia kandungan aku 31 week 5 day. Mean lagi 8 weeks to go! Secara jujurnya perasaan excited ada, takut pun ada. Maklumlah this is our 1st baby..hehehe. Last week aku dah start checkup dengan pakar gynae, sedia maklum aku ada mention sebelum nie yang aku plan untuk bersalin di Hospital Az-Zahra Bangi. So sejak daftar dengan hospital Az-Zahra nie, aku selalunya check dengan MO je, tapi bila usia kandungan dah masuk 7 bulan ke atas, automatik MO akan refer dengan Pakar Gynae terus. Masa refer tue, dorang ada jugak tanya, nak doktor gynae yang mana, aku refer untuk dapatkan nasihat dari pakar gynae Dr.Noraini, tapi disebabkan jadual checkup dengan Dr.Noraini penuh weekdays and weekends so aku pilih Dr.Masyitah. Actually semua doktor gynae di Hospital Az-Zahra semua bagus, tapi as yang aku review Dr.Noraini and Dr.Masyitah is the one of the pakar gynae yang bagus. Tapi if korang plan untuk bersalin di Hospital Az-Zahra bolehlah buat review sedikit untuk kesenangan korang jugak nantikan. :D

Ok, back to the entry, masa aku buat checkup last week, of course bila dengan doktor pakar gynae dorang akan check kandungan kita dengan lebih mendalam. Bukannya MO yang check aku sebelum nie tak bagus tau, actual dorang semua bagus, cuma bila dengan pakar, dorang akan lebih teliti sebab tue memang bidang utama dorang dalam gynaecology. Secara keseluruhannya, kandungan aku, alhamdulillah sihat. Kedudukan baby, kedudukan rahim, air ketuban semua normal. Jantung baby pun alhamdulillah normal. Seminggu before aku jumpa pakar, MO ada suruh aku buat ujian MGGT atau nama panjangnya Modified Glucose Tolerance Test atau bahasa melayunya ialah ujian air gula untuk mengesan kencing manis dalam tubuh badan ibu mengandung. As we know, bila mengandung nie, hormon dalam tubuh badan kita akan berubah. Contohnya, time mengandung kita boleh kena kencing manis, darah tinggi, asma or sebagainya. Disebabkan, berat badan aku meningkat, jadi doktor sarankan aku untuk melakukan ujian MGGT nie untuk pencegahan awal sekiranya terdapat kencing manis. Actually aku dah buat ujian MGGT nie dua kali, 1st masa buat checkup dekat Klinik Kesihatan Pantai Dalam, and result dia normal. So dekat Az-Zahra nie masuk kali ke-2. Of course bila doktor sarankan untuk buat ujian MGGT kali ke-2, haruslah aku nerves! Yelah b4 this makan macam-macam. Bila nak buat ujian MGGT risau kemain, tapi syukur alhamdulillah keputusan MGGT aku normal. Untuk bacaan normal MGGT ialah (4.0-6.0), if bacaan korang lebih dari 6.0 maka, pihak hospital akan call and suruh korang datang untuk pemeriksaan selanjutnya.

Lepas doktor scan and tengok keadaan baby, doktor ada mention baby aku kecik sedikit. Sepatutnya pada minggu ke-30 size baby 1.8kg, tapi masa doktor check baby aku 1.2 kg. Mean beza dalam 0.6kg. Tapi bila aku tanya kawan-kawan yang ada pengalaman macam aku, dorang cakap kadang-kadang bila scan, berat baby tak berapa nak estimate. Bila scan kecik tapi bila keluar, baby besar. Huhu. Sebab ada segelintir kawan aku yang ada problem macam aku. Doktor pun arahkan aku untuk buat blood test untuk check sama ada aku ada darah tinggi and check asid urik. On the same day, aku buat blood test, and as usual kalau result abnormal, doktor akan call. And now dah masuk 17 hari lepas buat blood test tue, aku tak received any call from hospital. Hopefully result aku normal. Amin. So balik daripada hospital, aku buat jugak research macam mana cara nak menambahkan berat badan bayi ketika dalam kandungan. So adalah jugak beberapa tips untuk menaikkan berat badan bayi. Tipsnya adalah :


  • Minum susu secara teratur setiap hari. Ia dapat menaikan berat badan baby. Kalau boleh minum 3 kali sehari. Secara jujurnya memang aku tak boleh telan susu nie..huahua. Aku ada jugak try beli susu anmum perisa coklat, tapi masa checkup dengan Klinik Kesihatan, nurse cakap susu anmum nie tak bagus sebab susu dia mempunyai kandungan gula yang tinggi. So aku terus stop. And tak plan minum susu pun.



  • Konsume air putih sekerap yang boleh. Disebakan aku tak minum susu, so aku gantikan dengan air suam. Dalam 1 hari aku akan minum 3 liter air putih. And kalau boleh minum air putih yang suam-suam. Tapi sometime aku juga minum air sejuk..huhu! Maklumlah cuaca sekarang nie, panas yang amat. Air putih salah satu tips untuk menaikkan berat badan baby.



  • Banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan. Ini kerana buah-dan sayuran memiliki kandungan nutrisi yang tinggi sehinggan baby juga akan mendapatkan nutrisi yang cukup dari buah dan sayur yang kita konsume. So far aku banyak makan buah berbanding dari sayur.



  • Banyakkan pengambilan makanan yang berprotien tinggi, contohnya, ikan, daging dan ayam. Kalau jenis ikan, seeloknya ikan tenggiri, ikan salmon kerana ianya mengandungi nutrisi untuk ibu mengandung mahupun baby dalam kandungan.

  • Ada sesetengah doktor, akan memberikan suplemen atau multivitamin agar baby didalam kandungan bertambah berat. Macam aku, doktor memang suruh teruskan pengambilan obimin dan calcium jangan stop sampai bersalin nanti. Sebab ada certain orang cakap, kalau amik vitamin, bila bersalin baby besar. Contohnya adik bongsu aku. hahaha! Mak aku cakap, masa dia mengandungkan adik aku yang bongsu tue memang mak aku amik multivitamin, sekali bersalin 4.4kg..hah nangis kejap. Hehehe. Tapi apa-apa pun dapatkan nasihat doktor dulu sebelum konsume any multivitamin ok.



  • Kalau boleh jangan amik minuman bersoda atau bergas. Even bila kandungan kita dah stabil, orang kata dah boleh minum kan. Tapi kalau boleh elakkan. And aku memang tak minum pun air soda nie. Sebab di dalam minuman soda terdapat bermacam bahan kimia yang berbahaya sehingga mampu mengancam keadaan baby dalam kandungan. So kalau boleh korang elakkan ok.



  • Ada sesetengah bila mengandung nie, suka makanan pedas. Macam aku memang biasa makan pedas, tapi  sejak mengandung nie, memang kurang amik makanan pedas. Kalau pedas pun tak adalah sampai membuatkan perut kita tak selesa or perut berasa panas. Amik dalam kuantiti yang sikit kalau duk teringin sangatkan.


  • So itulah beberapa tips yang aku boleh kongsi bersama dengan korang. Sebab tips nie pun memang aku tgh buat untuk menaikkan berat badan baby. Doakan semuanya dipermudahkan and baby pun dalam keadaan yang sihat. :D Jumpa next entry :D

Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!