Tips Menambahkan Air Ketuban

Assalammualaikum

Entry kali nie aku nak share tips cara untuk menambahkan air ketuban. Baru-baru nie aku checkup dekat Hospital Az-Zahra, Bangi, doktor ada informed yang air ketuban aku tiba-tiba drop. Before this air ketuban aku kira normal dalam bacaan 9.5, tapi bila aku checkup on 12 May 2016 ari tue, doktor Masyitah yang merupakan doktor gynae aku informed air ketuban aku drop dari 9.5 to 7.5. Terus aku cuak. Yela, setahu aku kalau, air ketuban terlalu kurang akan membahayakan keadaan ibu dan baby. Doktor Masyitah terus refer kes aku pada Hospital Kerajaan. So aku dengan husband mintak doktor refer dekat Hospital Serdang. Memandangkan Az-Zahra dekat dengan Serdang, so aku prefer untuk buat follow up dekat Hospital Serdang. Doktor Masyitah ada bagitahu jika berlakunya komplikasi disebabkan kekurangan air ketuban, mungkin akan bersalin awal dan Hospital Az-Zahra tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap dalam pemantauan bayi pra matang. Jadi disebabkan tue jugak, beliau refer kes aku dekat hospital kerajaan yang banyak kelengkapan dalam pemantauan bayi pra matang. Sekarang usia kandungan aku 33 minggu.

Secara jujurnya siapa yang tak risau bila air ketuban drop secara tiba-tibakan, so aku pun google beberapa sebab apa yang menyebabkan air ketuban drop secara tiba-tiba. Salah satunya disebabkan, kita terlalu stress or tidak cukup rehat. Memang tak dinafikan, lately nie memang rasa letih and travel from kl to melaka sebulan nie adalah dalam 3 kali balik melaka. So mungkin disebabkan salah satu faktor jugak kenapa air ketuban berkurangan. So dengan pantasnya, aku pun text kawan-kawan yang dah ada pengalaman bersalin and mempunyai anak lebih dari 2 orang. Memandangkan aku nie banyak kawan-kawan nurse, so memang freelah dapat consultant dari dorang..hehehe.Actually banyak tips yang dorang kongsikan dengan aku, tapi hari nie aku share 5 tips yang aku rasa dah mencukupi. 

Tips-tips untuk Menambahkan Air Ketuban ialah :

1. Bedrest


  • Kalau sesetengah kes yang air ketubannya diparas tidak normal, doktor arahkan warded untuk pemantauan lebih lanjut. Ada juga doktor arahkan untuk bedrest dirumah sahaja tanpa melakukan kerja-kerja rumah. So baring je atas katil, sambil relaxkan tubuh badan and of course kena banyak berehat. Jangan lupa jugak, sentiasa check sama ada air ketuban ada leaking atau tidak. So far dalam situasi aku tak ada leaking kecuali masalah keputihan itu perkara normal. Jika ada leaking, kena segera dapatkan rawatan di hospital berdekatan korang. Mungkin bedrest nie jugak salah satu kenapa air ketuban aku kurang, memang rasanya aku kurang rehat, and macam tak cukup tidur. Maklumlah bila kau dah masuk trimester ke-3 nie, memang sukar untuk tidur and dapatkan posisi tidur yang selesa. 

Picture Ihsan from Google :)


2. Banyak Minum Air Kelapa

  • Memang ada aku buat research mengatakan air kelapa bagus untuk menambahkan air ketuban. Khasiat yang ada dalam air kelapa boleh mengantikan air yang kurang dalam badan kita. Lagi-lagi bila dah nak bersalin, lagi banyak minum air kelapa lagi bagus. Bukan sahaja menambahkan air ketuban, tapi bila baby keluar nanti putih bersih. So memang hari-hari aku minum air kelapa. Tapi kalau boleh minum air kelapa yang original dari buahnya tanpa campuran gula. Itu lebih bagus dan lebih fresh. 

Picture Ihsan from Google :)


3. Air Tembikai

  • Air tembikai salah satu tips jugak untuk menambahkan air ketuban. Air tembikai mempunyai jumlah kuantiti air yang banyak dalam buahnya. So ia boleh membantu meningkatkan air ketuban. Biasanya kalau waktu lunch aku dah amik air kelapa, malam aku akan cari air tembikai pulak. Kalau boleh air tembikai tue biarlah original tanpa gula, and kalau boleh without ais. Tapi macam aku, aku request sikit ais, sebab kalau minum suam-suam rasa macam loya plak. Letak sikit ais je tau, atau kalau korang ada masa or rajin, boleh blend sendiri dekat rumah :)

Picture Ihsan from Google :)



4. Perbanyakkan Minum Air Suam

  • Semua orang tahu bertapa bagusnya kalau kita consume air suam 8liter sehari. Air yang paling sedap and paling puas minum adalah air suam. So far aku tak ada masalah dengan consume air suam  setiap hari..kadang2 tue lebih dari 8liter sehari. Mana-mana pergi pun memang aku bawak botol air. That why, toilet jadi bestfriends aku setiap kali minum air suam. Hehehe. Bukan sahaja boleh menambahkan air ketuban malas boleh mencuci buah pinggang and beri kita tenaga.


Picture Ihsan from Google :)


5. Perbanyakkan Doa Kepada Allah s.w.t

  • This is called power of doa. Allah maha berkuasa, maha mengetahui dan perancang sebaik-baiknya. Memang setiap kali dalam solat, aku tak lupa berdoa agar dipermudahkan segala urusan aku sepanjang mengandung dan mohon agar dipermudahkan proses bersalin nanti. Tipulah kalau, tak ada langsung rasa risau bila tahu air ketuban aku berkurangan. Risau yang amat, tapi bila difikirkan balik, mungkin ada hikmah disebaliknya. Jadi jangan putus berdoa. Kita merancang, allah yang menentukan segalanya, think positive :) 

Picture Ihsan from Google :)

p/s : Pada 13 June 2016, aku ada appoitment untuk buat 5D HD Scanning. Memang aku plan sahaja nak scanning tengok muka baby tapi sadisnya bila baby NM tak nak tunjuk muka. Doktor cakap baby NM dah masuk dalam kedudukkan yang selesa. So pusing macam mana pun tak nampak. Kalau dapat pun, tak berapa clear, so we decide takpelah, maybe baby NM nak buat suprise dekat aku and husband bila keluar nanti. Hehehehe. And secara tak langsung, aku mintak tolong doktor tengokkan sekali air ketuban, and alhamdulillah doktor cakap dah naik sikit dari 7.5 to 8.5. Walaupun border tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan lepas aku amalkan tips-tips yang aku share dekat atas tue. So tommorow 1st appoitment aku dengan Hospital Serdang untuk tahu level air ketuban aku, hopefully semuanya berjalan dengan lancar and air ketuban aku meningkat. Doakan yang baik-baik untuk kami ok :)

Thank you for reading :)















Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Syukur Alhamdulillah!