Masa Itu Emas
Assalammualaikum!
Lately ni, aku rasa macam tak cukup masa. Everything yang kau buat rasa macam kena rush all the time. Kalau dulu, masa yang kejar kita, but now kita yang kena kejar masa. All about the timekan. Mungkin sebab komitment yang kita pegang. Tak kiralah waktu bekerja or waktu menjadi suri rumahtangga. Kalau waktu bekerja, of course kita akan kira date line untuk submit all over kerja kita dekat head departmentkan. Macam tu juga bila jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Sebab ada orang yang berpendapat, kalau jadi suri rumahtangga sepenuh masa, tak perlu risau nak kejar masa. Bagi aku sama je, rutin setiap pagi mesti akan sama macam orang yang bekerja dekat office.
And aku rasa lagi penat kowt, kalau kerja di rumah berbanding di office, yela mana nak kejar waktu masak, kemas rumah, jaga anak, lipat baju, basuh baju and lain-lain lagi. Lagi adventure sebenarnya jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Aku tak adalah pengalaman lagi jadi 'full housewife" ni, but apa yang aku nampak bila tengok Ummi aku sendiri handle everything from A TO Z. Macam mana dia handle makan minum, pakaian kita semuanyalah. And now dengan jaga Nadra lagi. Sometime rasa serba salah juga, yelah penat Ummi nak kena urus everything. But bila aku and husband nak ambil Nadra, Ummi tak benarkan. Siap cakap, "Tak apalah, biar penat ummi jaga cucu umi sendiri, ummi tak sanggup nak tengok cucu ummi orang luar yang jaga" So Nadra, bila dah besar kena banyak tolong tok ummi ok.
Now, Nadra dah nak masuk 7 month dah. Kenapa masa berlalu dengan cepat sekali? Uwarrrgghh! Tengok anak sendiri makin lama makin meningkat besar, automatik hati tu jadi sayu, belum lagi tengok dia nak masuk sekolah. Masa tu kau sendiri rasa macam nak meraung..hahaha! Coz i missed zaman Nadra jadi baby lagi. Rasa mcam tengah sakit nak lahirkan Nadra, tup-tup dah nak masuk 7 month. Im not the lucky one yang tengok anak membesar depan mata, balik kerja tengok anak boleh hilang penat. Macam aku pernah mention dalam entry-entry sebelum ni yang Nadra stayed dengan parents aku dekat Melaka. So aku akan balik every weekend untuk jumpa Nadra. Orang selalu tanya, "tak sedih ke or rindu dengan anak?" Orang gila je yang tak sayang anak. Aku, kalau ada pintu magic yang boleh masuk terus jumpa anak, itu yang akan beli dulu tau. Bayangkan setiap balik kerja, rasa sunyi sangat rumah. Aku pandang muka husband, husband pandang muka aku balik. Hahaha!
But, bila fikir for the good side, biar jauh demi kebaikan Nadra. And now aku tengah struggle untuk cari kerja dekat Melaka. Nak cari kerja bukan senang, lagi-lagi kalau kau dah selesa dengan kerja sekarang. But demi anak, sanggup lepaskan sesuatu tempat yang kau selesakan, So please doakan, urusan aku dipermudahkan and everything is going well. Insyallah!
Comments
Post a Comment