Susu Formula Yang Serasi Dengan Nadra

Asslammualaikum!

Setiap parents of course nak yang terbaik untuk anak mereka. Macam tue jugak aku dengan husband. So bila habis je pantang, we both akan bincang susu formula apa yang terbaik untuk anak kami. Jawapan yang paling tepat, mestilah susu badankan. Susu badan ibu adalah yang terbaik di dunia and tiada susu lain yang boleh gantikan keajaiban dan kebagusan susu badan. But setiap orang ada rezeki masing-masing bila bercerita tentang susu badan. Ada orang sampai 2 tahun menyusukan badan and ada orang yang rezeki dia hanya sekejap je. Nadra one of the baby yang hanya menghisap susu badan 2 bulan lebih sahaja. Rezeki Nadra untuk menyusu badan hanya sampai tahap tue je, because susu aku memang tak proceed banyak. Susu banyak keluar masa lahirkan Nadra, sampai bengkak-bengkaklah dibuatnya. Then habis pantang, aku dah start kerja and Nadra pun stay dekat Melaka so ada masalah di situ. Orang cakap Melaka - Kuala Lumpur tak jauh mana pun..boleh je pump susu then bawak balik Melaka. Untuk menyusukan anak and proceed susu badan dengan lebih banyak adalah direct feeding. Bila kita pump susu and bagi direct feeding, stimulation dia tak sama macam mana baby direct feeding dengan ibunya. So kena faham konsep itu terlebih dahulu. But the best thing, susu kolestrum yang pertama keluar dalam tubuh badan itulah yang terbaik, alhamdulillah ada rezeki Nadra. Tipulah kalau tak jeles bila tengok orang lain masih menyusukan badan untuk anaknya, but just think a positive side. Insyallah mana tahu nanti, rezeki adik Nadra, susu mommy banyak, siapa tahukan :) Oh by the way, aku ada juga ambil milk booster. Salah satunya Umma Lacto kalau tak silap. 

Hah mcam nie packaging dia. Nie pun aku dapat tahu dari kenalan universiti dulu. Katanya bagus. Sebab dia pun mengalami susu yang tak berapa nak ada. Tapi bila dia amalkan Umma Lacto nie, alhamdulillah katanya susu badan makin banyak mencurah-curah. Tapi hasilnya tak berkesan pada aku..hahahaha! Macam aku bagitahu tadi, lain orang lain rezekinya kan. Jangan risau, kalau ada rezeki anak, adalah ok. Jangan risau-risau. Actually banyak je lagi milk booster yang ada dekat pasaran, korang boleh search yang mana bagus. Harga dia, kalau tak silap aku dalam RM 50 untuk sepuluh sachet. Tapi boleh dapat murah kowt, kena rajin cari je :D


For those yang tanya, susu apa yang aku beri pada Nadra is : Susu S-26  SMA (STEP 1) . 

Susu nie memang aku adik beradik dari kecik memang ummi bagi kitaorang minum. Sampailah aku dah ada anak..hehehe.. So Nadra menyambung legacy S26 wahahaha! First time bagi susu nie, risau jugak, yelah tak tau serasi ke tidak dengan Nadra. Alhamdulillah, bagi-bagi je dekat Nadra habis minum hanya tinggal buih je..hahaha! But jangan tarik nafas lega lagi, lepas je bagi susu kena pantau jugak sistem penghadaman dia bagus atau tidak. Sama ada Nadra senang buang air besar atau cirit-birit. And lucky, alhamdulillah Nadra tak ada masalah yang aku sebut tadi. Najis dia pun lembut and tiada masalah. Wah, barulah mommy boleh start kerja dengan amannya, Yela, baby hanya bergantung pada susu sahaja. Jadi kena pilih susu formula yang sesuai untuk anak kita. Tapi kalau, susu badan korang banyak and masih direct feeding, janganlah korang buang duit nak beli susu formula ye! Susu badan lagi banyak khasiatnya and tiada susu lain yang boleh gantikan kebaikan susu badan. 

Ini yang aku share, yang mempunyai masalah macam aku je. But harga dia quit expensive sikit sebab mungkin nutrition yang ada dalam susu formula nie. Harga dekat kotak tak silap RM120 but itu harga pasaran. Untuk harga runcit dia depends on dekat mana korang beli. Kalau nak jimat, better beli TWIN PACK dia, maksudnya dalam 1 kotak ada 2 packet. Sebab kalau dulu, ummi bagitahu zaman kiotang kecik-kecik, dorang keluarkan by tin, now dah tak ada dalam tin. Dorang just buat packaging kotak sahaja. And tak sampai 1KG pun..huahuahua. Susu nie tak boleh dijual melebihi harga pasaran. Korang boleh servey mana-mana hypermarket :)  Untuk keluaran S-26 SMA nie, dia ada 4 STEP. Ikut pada peringkat umur bayi. Untuk STEP 1 nie, untuk bayi usia 0-12 bulan. So korang boleh bagi sampai setahun pun boleh.

Yang ini Susu S-26  SMA (STEP 2) . Untuk bayi yang usianya 6-12 Bulan. Harga untuk STEP 2 nie lebih murah berbanding STEP 1 tadi.  Mungkin STEP 1 agak mahal disebabkan nutrisi yang banyak dalam STEP 1 tadi. Dia sehingga STEP 4. Lagi meningkat lagi murah sikit harga dia mengikut STEP. Untuk this month, aku and husband ada beli TWIN PACK untuk STEP 2 nie, Nak try bagi Nadra macam mana, kalau ok, proceed je untuk STEP 2. Kalau tak ok, we change back to STEP 1. Untuk bagi susu formula dekat anak kena try and error sebenarnya, Yela kita tak tahu tekak anak macam mana. Hopefully Nadra can go dengan STEP 2. Bagi kita sama je kan, tapi bagi bayi tekak and sistem penghadaman dia tak sama macam orang dewasa. 


So tips untuk cari susu formula yang sesuai kena try and error. Kalau boleh beli pack yang kecik terlebih dahulu, Jangan pulak korang beli yang besar-besar, kesudahannya anak korang tak serasi langsung dengan susu yang korang beli. Pembaziran akan berlaku disitu. Hehehe. Kalau dah serasi and dan pantau tahap penghadaman anak korang semuanya okay, boleh lah korang beli borong terus buat stock sebulan. Macam aku, setiap bulan akan beli 5 TWIN PACK untuk simpanan Nadra. Memandangkan aku duduk KL, so memang kena buat stock untuk Nadra. Tak apalah kan kalau kita keluar duit lebih sikit untuk anak, bukan untuk orang lain pun. Mestilah nak yang terbaik untuk anak. Aku and husband plan untuk try Pediasure bila Nadra setahun nanti. So nanti aku buat review tentang susu Pediasure okay.

Conclusionnya bagi aku Susu S-26  SMA (STEP 1) nie bagus untuk Nadra. So mommy pun lega bila Nadra serasi sehingga sekarang.

p/s : Nanti aku akan share tentang jenama pampers yang bagus pulak okay. Bab pampers semua aku try, sebab nak dapatkan hasil yang terbaikkan. Mak-mak sangat nie. hahaha!



Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!