Zoo Melaka
Assalammualaikum!
Hello2!Rasa-rasanya rindulah nak update entry kat blog yang comil giler sekarang nie! ceeehhh! sebenarnya aku dah upgrade sikit blog aku bagi bersemangat sikit kalau korang nk baca..tapi kalau tak nak singgah or baca blog aku pun, aku tak kisah..sob2! cerita sedih pulak! ok2, start merepek dah aku nie..back to the entry! Before this aku tak surelah yang aku ada bagitau korang pasal next short vacay aku dengan my gossip girl yang aku panggil FavPack tu..ingat tak, ingat tak? if tak ingat takpelah..meh aku cerita sikit memandangkan aku tengah free sekarang why not aku kongsi pasal percutian pendek aku sikitkan..hikhik..
Actual aku baru je balik dari bercuti di Melaka..baru tue takdelah baru sangat..kiranya last month lah masa cuti Raya Cina hari tue..huahua..Tapi sekarang baru aku nk update entry..aku pasti mesti ada yang cakap kenapa aku pergi bercuti di Melaka sedangkan family aku sendiri menetap di Melaka and tak bosan ke bercuti dekat melaka? Confirm mesti ramai yang tertanya-tanyakan..if yang tak tanya tue, aku tak kisahlah, sebab aku yang volunteer nak cerita..hahaha..Before this aku ada bagitau dekat entry2 sebelum nie, yang aku dengan kawan-kawan aku plan untuk mewujudkan percutian budget..tak kisahlah dekat mana pun kita orang bercuti yang penting budget tidak melebih Rm400.. and so far kami dah mulakan percutian kami dengan mengikut apa yang dirancang.. After percutian di Penang tahun lepas, aku dengan FavPack rancang untuk ke next destinasi percutian..bincang punya bincang, at last aku plan untuk bawak kawan-kawan aku nie bercuti di Melaka..Memandangkan ada seorang dari group FavPack tue yang dah lama tak pergi melaka, aku pun cepat2 lah cadangkan Negeri Bersejarah tue..hehehe..Tapi yang paling seronok sekali, percutian kali nie memang terlalu budget sebab kami bermalam dekat teratak Beringin Hills yang merupakan rumah family aku..wah kemain kau eh, nama nak Beringin Hills! Ok nama melayunya Kg Bukit Beringin, Masjid Tanah..hahaha..Dalam masa yang sama aku pun dah beberapa bulan tak balik kg disebakan terlalu sibuk yang memanjang..So percutian kali nie memang paling bestlah sebab cuti Raya Cina, and adik beradik aku semua balik berkumpul..so memang meriah gilerlah berkumpul..
Disebabkan terlalu excited yang melampau, aku dengan kawan-kawan aku setuju untuk gerak balik ke Melaka lepas waktu bekerja..percutian kali nie memang lama.. 4 Hari 3 malam and memang lamalah aku spend time dengan family. So kitaorang gerak dari Kota Damansara after solat magrib..masa tue memang panik jugak, sebab maklumlah orang sibuk nak balik kampung cuti raya Cina..Memandangkan orang Kl cuti lama so tak mustahil on the way nak balik Melaka tue jammed..Lagi-lagi bila sampai dekat Seremban..Tapi alhamdulillah kami gerak dari Kota Damansara pukul 8 malam and selamat sampai rumah aku dalam pukul 10 malam.. Actually setiap percutian yang kita orang rancang mesti akan buat tentative..Tujuan kami buat tentative ni, supaya tak ada satu tempat yang kami rancang nak pergi berjalan tak termissed out..hehehe..untuk hari pertama kami di Melaka, aku bawak FavPack nie berjalan di ayer keroh.. Hari pertama je aku dah bawak FavPack pergi Zoo Melaka..hah? kenapa gelak? mesti ada yang tertanya2 kenapa aku pergi jalan-jalan dekat Zoo Melaka kan? sebab nak pergi melawat kawan-kawan korang kat dalam lah..hehehe..ish takdelah, gurau-gurau je ok! hehehe..Meh sini aku bukak cerita pasal Zoo Melaka sikit..Zoo Melaka nie adalah zoo yang paling besar di antara Zoo di Malaysia..dan binatang-binatang dalam nie semuanya yang dah tua-tua bangka so memang banyak binatang yang besar..hahaha..ok tak reason aku? oklah tue..hahaha..dah2 jangan tanya aku lagi ea..hahaha..ok jom aku tunjuk gambar-gambar sepanjang kita orang dekat zoo melaka ni ok..
Wajib snap-snap gambar terlebih dahulu..for those yang tertanya siapa budak kecik tue, tue cousin aku..and sebab dialah kami ke zoo melaka ni..huahua
Boleh dikatakan setiap perhentian mesti ada pitstop untuk bergambar..katanya setiap gambar memberi makna tersendiri..katanya..huahua..
Untuk pengetahuan korang..zoo melaka nie memang besar, tapi semuanya punyalah gagah tak naik tren yang disediakan oleh pihak zoo..kami decide nak jalan kaki..yang bestnya nasib baik la cousin aku nie tak meragam..and kuat jugak kaki si umairah nie berjalan..itupun paksa pakai topi..kalau tak, mahu tak hitam anak orang balik dari zoo..menjawab aku nnti..
Nasib baiklah favpack aku nie memang jenis suka budak2..so aku penat, dorang pulak yang take over jaga umairah..
Selfie lagi sampai lebam katanya..hehe
Nampak tak something dekat muka umairah tue..tue face painting..nanti aku cerita selanjutnya ok..
Nampak tak excited tue macam mana..hahaha
Biarkan labu-labu dengan angan-angannya..
Pit stop seterusnya..tipu wei tak penat nak jelajah zoo melaka ni..dengan tengahari buta..binatang dalam zoo nie pun banyak yang membuta lepas makan..haish!
Hah nie bukti bintang-binatang nie membuta..
Hah nie jangan cakaplah..perut dah kenyang, apa lagi tersadai lah tepi nie..kekeyangan..hahaha
Hah nie memang favourite aku..bapak tinggi kau ea giraffe..rasa macam nak tunggang je..haha
Still maintained and kuat si umairah..risau jugak kalau dia meragam ajak nak balik..tue pun ada jugak sesekali dia tanya..jauh lagi ke kak? Aku? Panik dah bila dah tanya soalan2 yang berbunyi macam nak balik je tue..hahaha
Ok ni last picture masa kami dah habis tawaf zoo melaka..banyak lagi sebenarnya..tapi disebabkan terlalu banyak korang just tengok dekat instagram akh je ok..hehe
Ok2 aku cerita sikit pasal face painting nie..ceritanya,masuk2 je pintu zoo nie dah nampak booth face painting..so aku tengok umairah,umairah tengok aku..hahaha..yang bestnya umairah nie dia tak pernah and tak pandai nak meminta2 nie..tapi disebabkan sayang sangat kat budak kecik ni so aku decide nak buat face painting ni..tanya je, terus angguk, rupa2nya dalam hati ada niat nak buat letuuw! Hahaha
Inilah hasilnya! Taaaadaaaa! Hahaha..murah ok face painting nie! Hanya RM5 sahaja..! Tapi bukan buat 1 je tau..dah nak balik tue, macam nak lagi je..so aku pun hadiahkan lagi..hahaha..jap ea!
Hah nie dia! Hahahah..dua sekali kaw! Ok la tuekan..janji happy..bukan je umairah nie buat, favpack aku nie pun sibuk nak buat..baby giraffe katakan..hahaha..oklah nanti aku update lagi ok!
Comments
Post a Comment