Afamosa dan ABC

Assalammualaikum! Hye guys! hari nie aku ada masa sikit untuk update blog memandangkan semua kerja aku dah siap di pagi Isnin yang blues nie..kenapa aku cakap hari Isnin hari yang paling blues diantara hari-hari biasa? sebab Isnin adalah hari dimana, hari yang pertama untuk memulakan hari bekerja selepas habisnya cuti Sabtu dan Ahad..so bila korang dah puas cuti Sabtu dan Ahad mesti korang malas pergi kerja punya..percaya tak? Ok, tak percaya sudah..bla bla..bla.. Hari nie aku nk share lagi cerita percutian aku dekat Melaka, January yang lepas..ye aku faham, before this aku ada update pasal Melaka kn? banyak lagi aktiviti yang aku tak share kat korang lagi..hehehe..before this aku ada update pergi Zoo Melaka dan Taman Mini Malaysia, if korang ingat lagilah..Hari yang sama kita orang pergi Taman Mini Malaysia, hari tue jugaklah aku dengan kawan-kawan aku decide untuk pergi Bangunan Stadhuys, Bangunan Afamosa, pusing-pusing Bandar Melaka dengan menikmati Cendol yang popular berhadapan dengan Jam Besar Melaka..
Inilah bangunan bersejarah Afamosa pada siapa-siapa yang tak tahu atau tak kenal..Bangunan nie adalah salah satu tarikan yang ada di Melaka. Aku ceritakan sedikit serba sedikit mengenai sejarah bangunan ini ok..Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka. Itulah serba sedikit yang boleh aku share mengenai bangunan Afamosa nie.so pada sesiapa yang tak pernah menjejakkan kaki dekat afamosa nie, boleh lah bawak family atau anak-anak..sebab banyak info yang kita boleh dapat dengan melawat tempat-tempat sejarah nie..
Ini adalah pandangan atas yang di ambil dari atas Bukit Afamosa..serius sangat cantik..boleh tengok Seluruh bandar melaka..tapi masalahnya nak naik bukit nie korang kenalah ada air masak atau tak kisahlah air pape pun..boleh tahan tinggi jugak..tapi ada jer sepanjang tangga nak naik ke atas tue,ada penjual-penjual air tapi harga dia tak sama kedai runcitlah..mahal sikit..Masa aku pergi tue, cuaca memang panas..so nasihat aku, korang sediakanlah topi ataupun payung untuk lindungi kulit korang..hehehe
Hah! Nampak tak kepenatan aku tue? naik-naik je dah sampai atas terus duduk kaw! hahaha..penat dan panas dengan cuaca terikkan..tapi puas hati sebab naik-naik je angin sepoi-sepoi bahasa gitu..penat hilang bila tengok view Bandar Melaka dengan indah dan cantik sekali..
Salah satu tinggalan sejarah yang ada dekat bangunan Afamosa ni..dekat batu nie tertera sejarah-sejarah semasa penjajahan British dan Portugis. Memandangkan percutian kali nie aku tak smepat nak beli monopod, so terpaksalah kami amik gambar bergilir-gilir..tapi aku akan make sure untuk next percutian, aku akan pastikan ada monopod..Senang bila ada monopod nie, tak payah susah-susah amik gambarkan..
Inilah bukti kenapa aku rasa monopod tue penting ketika bercuti..hahaha..tengok tak bertapa susahnya nk amik gambarkn? dan bila adanya monopod nanti korang xpayah lah bergaduh siapa yang nak kena pegang hp bagaikan? hahahaha
Kali nie, aku sendiri yang offer untuk pegang hp untuk amik gambar kami bertiga..hahaha..even dalam gambar nie, Fatin tak ready lagi tapi aku still nak upload jugak gambar nie..hehehe
Ok, inilah satu-satunya gambar kami yang ada orang baik hati nak tolong snapkan..yela asyik tengok kami bergaduh je bila nk bergambar..so orang tua baik hati nak amikkan gambar kami dengan sempurnanya..hahaha..tapi sekeping jela..karang suruh banyak-banyak pulak ada yang kena debik pulak..haha
Kali nie giliran Adlina plak snap gambar dari depan..sebelum nie semua mengelak, sebab amik gambar dari depan akan buat muka nampak lebar..hahaha
Dah penat berjalan, mengharungi panas terik, so its time untuk basahkan tekak dengan makan ABC dekat depan jam besar Melaka..dekat kat sini memang famous sebab ramai pelancong akan stop untuk try ABC dan Cendol dekat gerai nie..aku tak sempat nak snap gerai nie, tapibila korang lalu depan Bangunan Merah Stadhuys nie, korang akan nampak ramai yang beratur untuk makan ABC or Cendol..so tuelah gerainya ok!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!