Taman Mini Malaysia dan Asean, Ayer Keroh
Assalammualaikum!
Yeah sejak-sejak dah upgrade blog sikit nie, kerap pulak aku update blog..hahaha..bukan apa, kalau kita update blog, orang nak baca pun macam best je..kita yang nak berkarya nie pun macam nak update je selalu..hahahaha! kemain ayat kaw!!! Ok, entri kali nie aku sambung balik pengalaman aku bercuti di melaka bulan lepas..maklumlah, percutian hari tue aku rasa percutian yang paling lama rasanya..4 hari 3 malam dekat melaka..bermalam pulak dekat rumah sendiri..tak ke heaven macam tue?hahaha..Entri kali nie aku share aktiviti hari kedua kami bertiga..owh aku rasa entri sebelum nie, aku tak bagitau dengan siapa aku bercuti..percutian dekat melaka nie masih dengan FavPack aku cuma kali nie tak cukup forum sorang..actually kawan aku yang lagi sorang tue dialah yang paling excited setiap kali kami nk pergi holiday..hahaha..dia akan jadi orang pertama diantara kami yang akan pack baju terlebih dahulu..tapi disebabkan last-last minute kawan aku tue tak boleh nak join untuk percutian di melaka tue atas sebab-sebab yang tertentu..so kami teruskan jugak percutian macam biasa dengan bertiga sahaja..hehe..
Ok untuk hari ke-dua mengikut dalam tentative aku tue sepatutnya aku bawak kawan-kawan aku pusing-pusing Bandar Melaka, tapi disebabkan hari pertama timing kami dah lari, so banyak tempat di Ayer Keroh kita orang tak habis pusing lagi and stand up bawak ke hari ke-dua..so pagi-pagi lepas breakfast dalam pukul 9am macam tue kami memulakan perjalanan ke Ayer Keroh dengan melawat Taman Mini Malaysia..so apa lagi, jelajahlah dalam Taman Mini Malaysia.. Apa yang ada dalam Taman Mini Malaysia nie? Taman Mini Malaysia ialah salah satu tarikan di Negeri Melaka..
Taman Mini Malaysia, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.
Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.
Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.
Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM5.00
Waktu Operasi
Setiap Hari 9.00 pagi - 5.00 petang
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: +606-232 1334
Faks: +606-232 1335
Taman Mini ASEAN
Pengunjung akan dapat mempelajari dan mengetahui dengan lebih terperinci lagi mengenai sejarah dan kebudayaan negara-negara ini dengan melawat setiap replika rumah yang dibina di taman ini.
Pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan kebudayaan negara-negara Asean yang dipertontonkan kepada pengunjung pada setiap hujung minggu.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM4.00
Kanak-kanak : RM2.00
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Taman Mini Malaysia/ASEAN,
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Tel: +606-232 1334
Faks: +606-232 1335 -
Hah, amik kau siap penerangan lagi berkenaan dengan Taman Mini Malaysia..semuanya free je aku terangkan..hehehe..Jomlah aku share Gambar yang sempat kami ambil semasa penjelajahan di Taman Mini Malaysia..hehehe!
Inilah entrance Taman Mini Malaysia Ayer Keroh
Ok Inilah Gambar kami yang pertama dengan sempurnannya dengan bantuan orang yang lalu lalang..hahaha..
Aku rasa kalau pahlawan sarawak tengok aku mengayakan alat perang mereka nie, confirm menangis! buahahaha! aku rasa akulah warrior yang paling ayu sekali..buahahha
Opps! Jaga penglihatan anda..aku rasa warrior sarawak nie kira good lookinglah sebab mungkin dia seksi! kahkah
Rumah selangor..anak kelahiran Selangor katakan..
Ini adalah gambar seterus kami hanya menggunakan tangan Adlina..hahaha..lepas nie kami nk travel bawak monopod la senang..
Jangan tanya kenapa semua gambar muka Adlina nie je yang depan..sebab kalau aku yang amik gambar nie dari depan confirm muka aku je yang penuhkan..hahahaha..
Mungkin masih ada yang tertanya-tanya lagi kenapa gambar kami berdua je yang selalu berselfie? sebab kawan aku yang sorang lagi dia susah nk bergambar..kalau bergambar pun itu mungkin ajaib!hahaha
Ok inilah alat lesung waktu dulu..kuat betul orang-orang dulu menggunakan batu lesung ni..berat kowt..nie kalau nak masak rendang tumbuk nie makan satu hari nie..yela dolu-dolu manalah ada batu lesung bagai..so solute dekat orang dolu-dolu..
Hah nielah kawan aku yang sorang lagi yang aku bagitau susah sangat nak bergambar..tapi atas pelamin, nak pulak dia..hahaha..ok2 buat ramai yang tertanya-tanya aku bila nak naik pelamin..dengan rasminya aku dah naik pelamin ok..so jangan tanya lagi! hahaha!
Bertampi-tampian
Selfie Lagi!
Oklah nie last picture sepanjang perjelajahan kami di Ayer Keroh..Banyak Lagi sebenarnya tapi disebabkan malas nak upload gambar so korang boleh visit Instagram aku di @ashikinsaharuddin ok! daaa!
terima kasih dik for sharing. Akak dok tercari-cari tempat menarik di Melaka ni. Terjumpa blog adik pasal taman mini Malaysia. InsyaaAllah, kalau ada kelapangan bolehlah terjah.
ReplyDeleteJemput visit blog akak http://souqvitamin.blogspot.com/. tq dik
Hi kak, thank you for reading. Insyallah will visit soon :)
ReplyDeleteHi, I'm from Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park, Ayer Keroh Melaka. We would like to inform you that Taman Mini Malaysia already rebranding with the new name Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park.We would like to share this info with Amazing Melaka because the info at your wordpress is the old information. Here are the details about our new Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
ReplyDeleteDetails:
-Admission Fee
Adult - RM18.00
Child – RM10.00
Student – RM12.00
**Inclusive of 6%GST
-There are no charges imposed on camera or video camera.
-Operation Hour
Open daily from 9.00 a.m. to 5.30 p.m.
Saturday & Sunday 9.00 a.m to 6.00 p.m.
-Cultural performances at Pentas Teja are available at the following time:
Monday – Thursday – 11.00 a.m. & 2.30 p.m
Friday,Saturday, Sunday, School Holidays and Public Holidays
– 11.00 a.m.and 4.00 p.m.
-Contact Details
Kenako Events & Management Sdn. Bhd.
Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
Lebuh Ayer Keroh, 75450, Melaka, Malaysia.
Tel: 06 234 9988/89
Fax: 06 234 9889
Email: enquiry@minimalaysiaasean.com
Website: www.minimalaysiaasean.com
If you have any enquiry do not hesitate to call Mr Hafiz Hashim, at this number 06 234 9989/88. Thank you.