Persiapan Kahwin Part 1

Assalammualaikum!

Hi korang! Petang nie aku ada senang sikit lah nak update entry pasal persiapan kahwin part 1 nie. Kenapa part 1? sebab lepas nie aku akan update lagi entry persiapan kahwin until tibanya our big day hujung bulan 7 nie..huhu..So disebabkan kerajinan aku nak update blog hari ini, aku nak share dengan korang apa yang perlu kita faham bab perkahwinan and apa yang perlu kte sediakan dalam majlis perkahwinan. Memanglah bila semua sentuh bab kahwin nie, semuanya sukakn? lagi2 kaum hawa termasuklah aku..hahaha..wei siapa tak suka kahwin? mestilah nak kahwinkan.. Tapi bila sebut pasal kahwin jangan ingat benda tue mudah ye kawan-kawan semua. Banyak yang perlu kita tahu tentang alam perkahwinan ni. Dah bersedia ke kte? dah cukup ke kewangannya? betul ke pilihan hati kte tue? hah tue semua tersenarai dalam list bila korang dah decide untuk berkahwin. Ok banyak persediaan dari segi fizikal dan mental. So hari ni aku akan share tentang persediaan kahwin nie ok.

PERSEDIAAN DARI SEGI AGAMA
CINTA yang sebenar-benar cinta itu adalah cinta cinta kerana Allah, Cinta yang hendak bersama hingga ke SyurgaNYA. Apa-apa yang membawa ke nerakaNYA itu bukanlah CINTA! Jadi bagaimana hendak bercinta sampai syurga? aku kongsikan sedikit persoalan untuk korang tanyakan pada diri korang sendiri sebelum korang melafazkan tiga perkataan hikmah “AKU TERIMA NIKAHNYA”

1.       Adakah aku sentiasa memastikan solat fardu lima waktu aku cukup?
2.       Adakah aku menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
3.       Adakah aku membaca al-quran sekerap yang mungkin?
4.       Adakah aku selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
5.       Adakah aku mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma’thurat) seperti Rasullullah?
6.       Adakah aku sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
7.       Adakah aku membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?
8.       Adakah aku melazimi puasa isnin dan khamis?
9.       Persiapan sebelum kahwin yang sebenar adalah persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha untuk mempersiapkan diri dalam hal kewangan.

PERSEDIAAN DARI SEGI MENTAL.

  1. Tanya semula pada diri sendiri, iyakah dia pasangan kamu pilih? nak sehidup semati and hidup semula di syurga nanti.. TANYA beberapa kali pada diri sendiri.. TANYA, TANYA TANYA! Solat Istikharah... mohon petunjuk.. petunjuk itu datang dari pelbagai cara, alert dan jangan salah tafsir dengan petunjuk tersebut,minta pendapat orang yang sepatutnya.. Haaa dah dapat jawapan? kalau jawapan kamu adalah “YA! AKU NAK KAHWIN DENGAN DIA! YA DIA LAH ORANGNYA, AKU YAKIN SERATUS %,”. Maka... jika keyakinan kamu itu kuat .. teruskanlah.. Sebenarnya, Roh kita ini ibarat sebuah kereta kebal yang dah tahu siapa mangsanya.. maksud saya disini, Roh kita ni dapat tahu siapa jodoh kita.. Contohnya kita dihadapkan dengan beberapa pilihan untuk dijadikan pasangan, tetapi hati kamu kuat mengatakan untuk memilih salah satu dari mereka. Walau kekurangannya jelas, kamu mampu menerima. Walau kelebihannya tak kelihatan, kamu tidak mencari.so? teruskan!
  1. berkenalan dengan keluarga pasangan kamu. Adakah kamu boleh menyesuaikan diri dengan keluarga sidia? orang sekarang kata, kamu boleh”masuk” tak dengan family sidia? itulah yang orang tua-tua cakap “ Ekau nak kawen bukan dongan dio jo, tapi dongan keluargo ea sekali” Maka berkenalanlah bertunang. Bertunang ni tak perlulah nak buat besar-besaran , cukup sekadar kaum keluarga dan sahabat terdekat sahaja tahu. Selalunya dalam tempoh pertunangan ini, Allah akan uji macam2 , dalam tempoh pertunangan ini juga kamu akan lebih mengenali pasangan kamu itu bagaimana orangnya. Rasulullah S.A.W bersabda :
  2. "Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan." 
(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)

  1. Saya ingin memetik kata-kata dari seorang ustaz : "Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

PERSEDIAAN DARI SEGI FIZIKAL (tampil cantik dihari perkahwinan)

  1. Heyy.. kahwin ni once in a lifetime okay!! Jangan jadi pengantin gemuk.. lepas kahwin kau nak gemuk takpe, atleast nanti kalau lepas kahwin gemuk boleh la kamu tunjuk gambar kawen kamu kat anak-anak kamu sambil cakap “ tengok ni dulu mama kurus taw.. cun je.. sebab tu papa kamu terpikat kat mama”

    DIET ! Dapatkan berat badan ideal, semak BMI kamu ok ke tak. Selain rasa kasih dan sayang,matlamat sesebuah perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat. Perempuan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus menyukarkan kehamilan,Wanita yang obes pula mempunyai risiko mengalami kompilasi semasa bersalin. So, DIET DIET DIET! Turunkan berat badan maksimum 1KG seminggu. Jangan lebih, sebab penurunan berat badan yang ekstrem boleh menyebabkan penyusutan nitrien simpanan dalam badan.

  1. Hair Treatment . Buat lah dalam seminggu dua kali secara berturut-turut, sampai la menjelang hari bersejarah kamu.
  1. Rawatan WAJAH . Seterusnya yang perlu kamu buat adalah rawatan wajah. Seelok-eloknya dua bulan sebelum hari pernikahan tu kamu dah mula lakukan rawatan wajah secara berkala. Sebab Rawatan wajah ni berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan segala kotorang yang melekat pada kulit kamu tu. kamu akan rasa lebih cantik dan yakin di hari bahagia kamu nanti.
  1. Rawatan BADAN. Lakukan rawatan badan. Biasanya bakal-bakal pengantin akan buat lulur. lulur zaman sekarang ni dah macam-macam siap boleh pilih rasa dan aroma lagi.Untuk nak dapatkan lulur ni pun tak susah dah.. banyak spa yang buat rawatan lulur ni. Lulur ni akan buat kamu rasa lebih rieks dan tenang.

PERSEDIAAN MENJADI ISTERI SOLEHA

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” ( Sahih Bukhari dan Muslim)
ada hadith bertaraf hassan yang boleh dijadikan rujukan:
“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” (Sunan Tirmizi)
Memang la tak dinafikan bagi sesetengah orang hal jodoh ini sangat memeningkan. Kerana itu, kena banyakkan munajat pada Allah.
  1. Solat istikharah.
  2. Solat hajat.
  3. Banyakkan berpuasa sebagai benteng menahan diri sementara sebelum berkahwin.
"Sebaik-baik wanita apabila diberi sesuatu dia bersyukur.., Tidak diberi apa-apa dia bersabar..,"

Mempunyai Rasa Tanggungjawab
Tahu tanggungjawab dalam diriTahu apa tanggungjawab sebagai seorang manusia, dan tugas-tugas sendiri. Tanggungjawab sebagai seorang anak, isteri dan ibu. BUKAN HANYA TAHU TAPI LAKSANAKAN. "Apabila seorang wanita menunaikan solat lima waktu. berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat suaminya, masuklah mana-mana pintu syurga yang dia mahu" (Hadis Riwayat Imam Ahamad)

Menjadi Pasangan yang Baik
Kawal perasaan dan emosi,terima seadanya,jujur dan kurang rasa cemburu tu antara ciri-ciri nak jadi ke arah pasangan yang baiklah tu namanya.
"Isteri yang menjadi penghuni syurga adalah isteri yang penuh kasih sayang, ramai anak, selalu kembali kepada suaminya. Ketika suaminya marah, dia datang dan meletakkan tangannya sambil berkata 'Aku tidak dapat tidur sehingga engkau reda' " (Riwayat al-Nasai)

Ikhlas dan Bersungguh-Sungguh
Ikhlas dengan kehidupan berumahtangga, bersungguh-sungguh nak bina sebuah institusi keluarga yang mantop Jangan awal-awal ja bersungguh-sungguh gosok baju suami, masak kat dapur pung pang pung pang. Last-last makan mamak sebab malas masak rumah macaam tongkang pecah.

Menjadi Suri Rumah Yang Bijak
Ini aset yang memang seorang suami nak pada isteri.Siapa tak suka dapat isteri bijak-bijak ni, pandai buat pilihan dan cekap urus rumahtangga.Apa pun boleh! Masak boleh, jahit boleh, jahit labuci boleh..Serba bolehlah senang kata. Berkaliber, berkarisma, pandai memimpin dapur.Urus perbelanjaan rumah pun senang.. Tak payahlah suami nak pening-pening kepala sorang-sorang fikir masalah.. Ehem. Sebab tu lah keluar ayat ni 'disebalik kejayaan lelaki dibelakangnya adalah wanita'. Wahhh..Bila rumahtangga diuruskan isteri dengan baik, prestasi suami cemerlang, rezeki pun masyyhhhuuukkk, isteri senang, rumahtangga pun aman.. :)
"Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari, sebagaimana yang zahir lebih baik dari yang batin"

Menyenangkan Apabila Dipandang
Sedap mata memandang walaupun kat rumah. Pandai-pandai dandan dan hias diri sendiri untuk suami. janganlah muka bangun tidur tak basuh, muka rambut serabai macam singa tak makan setahun, baju bertahi lalat bintik-bintik dengan kain batiknya lagi.
"Sebaik-baik wanita apabila diperintah dia taat, menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya"

Syurga Menjadi Matlamat
Jadilah wanita yang solehah, bina keluarga sakinah dan jadikan syurga sebagai matlamat.
"Dan sesiapa yang taatkan Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan-Nya ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar" (Surah An-Nisaa':13)

Menawarkan Diri
Takyah nak tunggu disuruh-suruh, faham-faham je lew.. Rajin-rajinlah menawarkan diri untuk apa jua kerja.
"Ada 4 wanita mulia yang menjadi penghulu segala wanita di dunia. Mereka adalah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Rasulullah." (Hadis Riwayat Bukhari)
Senang cerita setiap bakal pengantin kenelah bersedia dari pelbagai aspek.. Apabila sudah berkahwin kenelah saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.kene ingat bahawa kalian diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

So inilah serba sedikit yang boleh aku share dengan korang semua persiapan awal sebelum korang mendirikan rumahtangga. Insyallah sama2 kte fahamkan and menjadi seorang isteri yang solehah..cewwaaahhh! Ok kte jumpa next entry ok!


Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!