Persiapan Kahwin Part 2
Assalammualaikum!
Hi korang!
Macam mana weekend korang yang lepas? havoc tak? Kalau havoc, mehlah sharing2 sikit aktiviti korang last week dkt ruang komen dekat bawah tue..huhu. Hah? korang tanya apa aktiviti weekend aku yang lepas?
Owh sangatlah awesome sebab weekend yang lepas aku duk berhempas pulas duk tukar gear mengharungi jammed di ibu kota Kuala Lumpur nie..Hahahaha! Oklah last week aku decide balik kg, untuk settlekan beberapa hal kawin. As per entry sebelum ni, aku ada mention majlis kawin aku akan berlangsung pada hujung bulan July 2015 kan? so secara kebetulan, bila aku sampai kg je, parents aku dah sibuk tetapkan tarikh nikah and sanding belah kami nnti. Kalau ikutkan plan asal, tarikh kami mendirikan masjid pada bulan Nov 2015, tapi rezeki berpihak kepada parents aku untuk menunaikan ibadah haji pada bulan Sept nnti jadi majlis kawin kami dipercepatkan ke bulan July 2015. Jadi, parents aku pun decide untuk berjumpa dengan parents pihak lelaki. Yeah, memang macam pelik bila pihak keluarga perempuan berjumpa dengan pihak keluarga lelaki, tapi bagi aku tue bukan masalahnya jika ada perubahan tarikh yang perlu dilakukan. Alhamdulillah, sabtu lepas kami kedua belah pihak telah sepakat untuk memilih hujung bulan July 2015 dan awal bulan August 2015 adalah tarikh kami akan mendirikan masjid.
Selesai je perbincangan kedua belah pihak, kami pun bergegas balik ke melaka on the same day. Sebab esoknya aku dah sibuk nak pergi tukar tarikh dengan Butik Pengantin. So untuk majlis pernikahan dan persandingan akan berlansung pada hari yang sama. Bila tarikhnya? Nantilah aku share dengan korang, masih awal lagi! Hahahaha! Actually ahad lepas tue, aku punya lah nerves nak pergi deal dengan orang butik tue. So dengan lafaz bismillah aku pun serbu je butik tue dengan harapan tarikh nikah and sanding aku masih available. TAPPPPP!!! syukur alhamdulillah tarikh yang aku nak tue masih kosong tapi yang sedihnya MUA yang aku nak untuk makeupkan aku on my big day tak boleh nak makeupkan cz dia dah pack dengan schedule dia.. Sadisnyaaaaaa! Naisb baik pihak butik gantikan MUA yang tak kurang hebatnya hasil seni nukilan! erk nukilan? hahaha..hasil tangan yang cantik gitueewww! Mesti korang tertanya2 kan butik mana yang aku duk sibuk cerita ni? hehe..nnti aku akan update untuk next entry bawah label Persiapan Kahwin ok! Stay Tuned!
Daaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!
Comments
Post a Comment