Persediaan Mental & Fizikal Sebelum Bersalin
Assalammualaikum!
Seperti yang dijanjikan before this, aku ada mention untuk share tips-tips persedian bersalin. So, hari nie ada masa sikit untuk update blog. Sebagai ibu hamil anak yang sulung, sudah tentu ada beberapa perkara yang kita tidak ketahui. Yela memandangkan, aku langsung tiada pengalaman dalam melalui situasi untuk bersalin, insyallah ilmu yang ada nie kita kongsi bersama :) Mungkin sebelum nie korang pernah menemani ahli keluarga yang lain bersalin and tak tahu apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku ketika menunggu hari kelahiran.Tapi syukur alhamdulillah aku dikelilingi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudi berkongsi pengalaman mereka. So this is it :)
1. Bajet untuk Melahirkan Baby
Seperti yang dijanjikan before this, aku ada mention untuk share tips-tips persedian bersalin. So, hari nie ada masa sikit untuk update blog. Sebagai ibu hamil anak yang sulung, sudah tentu ada beberapa perkara yang kita tidak ketahui. Yela memandangkan, aku langsung tiada pengalaman dalam melalui situasi untuk bersalin, insyallah ilmu yang ada nie kita kongsi bersama :) Mungkin sebelum nie korang pernah menemani ahli keluarga yang lain bersalin and tak tahu apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku ketika menunggu hari kelahiran.Tapi syukur alhamdulillah aku dikelilingi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudi berkongsi pengalaman mereka. So this is it :)
1. Bajet untuk Melahirkan Baby
- Walaupun korang merancang untuk bersalin secara normal, tapi korang perlu peruntukkan wang yang lebih sekira berlakunya komplikasi lain contohnya bersalin secara caesarean. Yelah kita sebagai manusia hanya merancang, allah yang menentukkan segalanya. Harap-harap ibu diluar sana dipermudahkan segala urusan. Amin :)
2. Lokasi Hospital Bersalin
- Pemilihan hospital adalah penting kerana ia dapat memudahkan kita untuk menuju ke sana, apabila tanda-tanda bersalin sudah kelihatan. Adalah dinasihatkan untuk memilih hospital yang berdekatan dengan kediaman korang and jika berlaku sebarang komplikasi, korang boleh sampai ke sana dengan kadar segera. Serta elakkan memilih hospital yang berada di kawasan sesak dengan lalu lintas.
3. Kemudahan Bersalin
- Kemudahan hospital yang perlu kita beri perhatian ialah wad bersalin, bilik bayi, bilik ICU untuk ibu, bilik NICU untuk bayi dan peralatan perubatan untuk menghadapi kecemasan adalah sangat penting untuk memilih hospital yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Korang juga perlu tahu, jika hospital tersebut mempunyai sokongan yang lengkap jika bayi dilahirkan pramatang atau lemas semasa bersalin.
4. Kelas Antenatal
- Kelas antenatal merupakan kelas yang akan memberi pendedahan kepada korang tentang selok belok perihal bersalin dan lain-lain. Kebiasaanya topik yang akan disentuh ialah pemakanan semasa hamil, senaman ibu hamil, pilihan penggunaan ubat tahan sakit, penjagaan bayi baru lahir, penjagaan ibu selepas melahirkan, penyusuan susu ibu dan lain-lain lagi. Sebaik-baiknya korang memilih kelas antenatal yang dianjurkan di hospital yang korang rancang untuk bersalin kerana korang dapat mengenali doktor pakar perbidanan dan sakit puan.
5. Penyusuan Susu Ibu
- Buat persediaan secukupnya sejak dari awal kehamilan, sekiranya korang bercadang mahu menyusukan bayi secara eksklusif apabila bayi korang lahir nanti. Cara sebanyak maklumat berkaitan dengan penyusuan susu ibu termasuk kesukaran yang mungkin berlaku. Paling penting, sebaik sahaja bersalin, korang melakukan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi dan membiarkan bayi mencari puting untuk menyusu bagi meransang rooting reflex memandangkan dia sememangnya mempunyai naluri hisapan yang kuat. Penyusuan dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran sangat penting kerana ia dapat menyalurkan kolostrum yang menjadi imunisasi semula jadi pertama kepada bayi, malahan ia juga membantu meransang proses penghasilan susu ibu secara berterusan.
6. Air Selusuh
- Amalan menggunakan air selusuh sebaik-baiknya menggunakan ayat-ayat al-quran dan doa-doa tertentu kepada Allah s.w.t agar kita diberi kekuatan sepanjang proses kelahiran. Actually air selusuh nie korang boleh buat sendiri pada yang pandai buat. Biasanya mak-mak and nenek kita yang pandai buat air selusuh nie. Ayat-ayat dan doa-doa terpilih berkenaan boleh dibacakan sama ada pada air, minyak, buah kurma. Sebaik-baiknya air selusuh yang disediakan oleh suami kita. :)
7. Kelengkapan Ibu
- Kelengkapan ibu perlu disiapkan untuk dibawa ke hospital. Antaranya, pakaian untuk pulang ke rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital, beberapa helai pakaian dalam, pad payudara dan seluar pakai buang, kain batik, stoking dan selipar serta alatan mandi, tuala mandi, tuala wanita dan keperluan lain yang perlu. Paling penting, adalah kad pengenalan kita dan kad pemeriksaan kesihatan ibu hamil.
8. Kelengkapan Bayi
- And of course benda paling penting sekali is kelengkapan bayi. Aku rasa semua ibu dekat luar sana paling excited untuk menyediakan kelengkapan bayi. Lagi-lagi bila dah tahu gender baby kan? hehe..kebiasaanya, kita akan menyediakan kelengkapan untuk keluar hospital. Beberapa helai baju berlengan panjang dan seluar panjang, baju berlengan pendek dan seluar pendek serta sarung tangan & kaki termasuklah barang mandian bayi.
9. Kelengkapan Ayah
- Ok, jangan lupa kelengkapan daddy to be jugak..hehe. Maklumlah semenetara nak menunggu waktu kita bersalin, husband kitalah orang yang akan berada disisi kita. Jadi jangan lupa untuk menyediakan minyak angin untuk kegunaan mereka. Yela, mana tahu tengah-tengah jaga kita husband kita pun tak berapa nak sihat, jadi bekalkan siap-siap ubat untuk dorang. Hehehe.
10. Persediaan Berpantang
- Set berpantang adalah kelengkapan yang sangat penting dan perlu pastikannya mencukupi sehingga kita habis pantang. Sekarang nie dipasaran luar, sudah terlampau banyak produk yang menjual set lepas bersalin. Jadi korang kenalah menjadi pengguna yang bijak. Tapi jangan dilupa jugak berpantang secara traditional seperti mengurut, bertungku, berlenggang. Tujuan kita mengunakan set berpantang nie adalah untuk mengekalkan semula postur tubuh badan kita dari dalaman dan luaran. Jaga badan lah kiranya..hehe
11. Rehat Yang Cukup
- Pastikan korang mendapat rehat yang mencukupi sebelum melahirkan bayi. Makan makanan yang berkhasiat untuk diri kita dan bayi dalam kandungan dan pastikan juga perut kita terisi sebelum proses kelahiran bagi mengekalkan stamina semasa bersalin. Jika kurang berselera, jangan paksa makan tapi makanlah sedikit demi sedikit. So far, my preganancy journey bab makan makan, tak ada alahan. Sehingga menternak tubuh badan yang sihat. Hahaha
12. Gembira dan Tenang
- Emosi juga memainkan peranan ketika mengandung kerana ia merupakan ransangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, teransang, pintar dan cerdas. Banyak melakukan sujud syukur pada yang Yang Maha Esa dengan anugerah yang tak terhingga nie :)
13. Ingat Pada Allah
- Banyak mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah s.w.t akan mengampunkan dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati daripada perasaan yang tidak baik. Perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama hari Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
14. Doa dan Amalan Semasa Bersalin
- Amalan berzikir dan banyak berdoa amat digalakkan. Amalan ini bagus kerana ia dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika menghadapi kesakitan melahirkan anak nanti. Antara surah yang baik untuk diamalkan; Surah Al-Fatihah, ayat kursi, surah maryam, surah al-anbiya ayat 87 (doa nabi yunus), ayat 20 surah ‘Abasa, ayat 35 surah Al-Ahqaaf, ayat 46 surah An-Naziat dan Surah An-Nahl: ayat 78-80.
15. Tanda Kelahiran
- ketahui tanda-tanda awal kelahiran supaya anda lebih bersedia antara tanda-tanda awal kelahiran ialah:
a. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari
faraj. Kontraksi boleh berlaku secara tiba-tiba
b. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian
perut
c. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu
d. Sengal di bawah perut seperti senggugut
e. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi
sedikit
f. Kontraksi berlaku semakin kerap
Info: Waktu kelahiran; tempoh masa melahirkan biasanya
dibahagikan kepada tiga tahap. Ia biasanya akan berlaku dalam tempoh 12 hingga
16 jam bagi ibu yang baru pertama kali hamil dan kurang 12 jam bagi yang sudah
berpengalaman.
u dalam tempoh 12 hingga
16 jam bagi ibu yang baru pertama kali hamil dan kurang 12 jam bagi yang sudah
berpengalaman.
16. Tahap Pertama
Kelahiran bermula:
- rasa sakit pada bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks.
- rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga bahagian bawah abdomen (rongga perut).
- keadaan ini berlaku dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah setiap kali berlakunya kontraksi.
- tanda-tanda, akan keluarnya mukus yang bercampur darah dari faraj ini adalah disebabkan mukus mula memenuhi serviks.
17. Tahap Kedua
Tahap kedua
- Serviks terbuka sepenuhnya dan air ketuban keluar dengan banyak akibat pundi ketuban pecah.
- Doktor atau bidan akan memerhatikan pundi kencing anda supaya tidak mengembung kerana boleh menghalang kepala bayi daripada turun semasa proses kelahiran, anda perlu baring pada posisi yang sesuai sambil meneran sekuat hati apabila kecutan rahim sampai ke puncaknya pada ketikan ini, kepala bayi sudah berada pada perineum dan bahagian dubur mulai mengembang tugas yang paling kritikal pada tahap kedua ialah untuk mengelak perineum terkoyak.
18. Tahap Ketiga
a. Proses pengeluaran uri dan selaput ketuban
- Uri biasanya cepat lekang, ia akan mengambil masa dua hingga lima minit selepas bayi lahirselepas ia lekang sepenuhnya, doktor akan menggunakan sebelah tangan untuk menolak rahim yang mengecut ke arat pusat, manakala tangan satu lagi akan memegang tali pusat ke atas untuk meringankan berat uri yang keluar.
19. Urutan Perineum & Episiotomi
- Urutan perineum biasanya urutan yang dipraktikkan oleh wanita hamil di kawasan faraj sebagai persediaan untuk bersalin.
- Urutan dilakukan untuk mengurangkan risiko perineum daripada terkoyak ketika kelahiran berlakuepisiotomi biasanya dilakukan oleh doktor dengan menggunting sedikit faraj untuk memudahkan laluan bayi. Tidak semua wanita hamil memerlukan episiotomi kecuali pada kes-kes tertentu seperti kandungan sulung, sebelum prosedur vakum atau forsep dan juga kelahiran songsang yang bersalin normal.
Comments
Post a Comment