Gerhana Matahari Istilah Sains dan Islam
Assalammualaikum!
Seperti yang kita tahu hari nie bersamaan dengan 9 Mac 2016 kita dapat saksikan fenomena gerhana matahari yang berlaku 4 tahun sekali. Ya allah tak dapat bayangkan perasaan bila tengok gerhana matahari yang jarang berlaku. Terbukti kekuasaan allah tiada tandingannya. Tertanya-tanya jugak macam mana berlakunya Gerhana Matahari nie. Aku share kan sikit tentang terjadinya gerhana matahari nie.
Gerhana matahari terjadi ketika posisi bulan yang terletak diantara Bumi dan Matahari sehingga menutup sebahagian atau seluruh cahaya matahari. Kalau korang perasan, pagi tadi bumi kelihatan gelap sekejap disebabkan matahari terlindung daripada bulan. Bayangkan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya sebab jarak bulan dengan bumi rata-rata 384.400 kilometer jika dibandingkan matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer. Ini dari segi sainsnya.
Dari istilah Islam, Gerhana Matahari adalah tanda kebesaran allah. Daripada Abu Musa radiallahu'anhu, beliau berkata, telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallahu'alahai wa sallam. Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari kiamat sehingga baginda tiba di masjid. Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku'nya dan sujudnya yang pernah aku lihat baginda lakukan di dalam solat. Kemudian baginda bersabda : Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang. Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambanya. Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengigati Allah, berdoa kepadanya dan memohon keampunannya.
Fenomena bermula pada pukul 7.24 pagi dan berakhir pada 9.41 pagi. Fenomena nie bukan sahaja dapat dilihat oleh rakyat Malaysia tetapi seluruh negara tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena yang jarang berlaku nie. Selain daripada itu umat islam melakukan solat sunat gerhana, dan banyak bersedekah, berdoa serta mengingati kebesaran dan takut azab Allah.
Comments
Post a Comment