Perlukah Ibu Mengandung Mengambil Multivitamin?

Assalammualaikum!

Sejak aku mengandung nie, ada jugak yang bertanya masa mengandung ada tak ambil any multivitamin? Jawapan aku Tak! Actually ada yang berpendapat kalau waktu mengandung nie bagus kalau kita consume any multivitamin untuk energy. Lagi-lagi waktu mengandung ni korang akan cepat letih and penat. Bagi aku terpulang pada korang sendiri sama ada nak consume any product yang mempunyai multivitamin atau tidak. Tapi pada aku vitamin yang aku ambil sebagai suplemen iatu vitamin B atau Asid Folic, Obimin and Calsium. Pada pendapat aku, tidak perlu mengambil suplemen bagi mendapatkan vitamin dan mineral lain, apa yang perlu korang pastikan makan pelbagai makanan yang sihat. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang kita sebagai ibu mengandung dan bayi perlukan. Of course when you are pregnant, nasfu makan ada yang berubahkan, including me. Hahaha. Ada masa kita teringin makan yang tak sepatutnya kita makan waktu mengandung, Contohnya snek, ice cream or anything benda yang kau nak makan as long bukan benda yang membahayakan kesihatan bayi. Tapi disebakan mengidam, terpaksa jugak makan. Tapi ingat, ambil dalam kuantiti yang sikit hanya sekadar untuk melepaskan mengidam tue yerr. Kang kalau tak makan, nanti bayi keluar meleleh je air liurnya, kata orang-orang dululah..hehehe

Ok, back to the topic, aku ada mention tentang diet yang seimbang adalah makanan yang sihat yang mengandungi empat kumpulan makanan berikut :


  • Buah-buahan dan sayur-sayuran. Sama ada segar, sejuk beku, dalam tin atau kering. Cuba amalkan makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

  • Makanan yang kaya dengan protien seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus ketika hamil.

  • Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian yang penuh.

  • Makanan yang berasakan tenusu yang mana mengandungi kalsium seprti susu, keju dan yogurt. Produk tenusu seperti juga ikan laut dan garam laut adalah sumebr iodin yang baik. Kita perlukan banyak iodin dalam diet untuk membantu perkembangan otak bayi.

Cuba elakkan daripada makan terlalu banyak makanan yang berlemak atau manis dan minuman manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi perlu diingat ia tidak membekalkan mineral dan vitamin yang kita perlukan. Macam aku cakap tadi, pada realtitinya, memanglah kadang kala sukar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Jadi rancanglah diet yang seimbang ketika hamil :)










Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!