Al-fatihah Untuk Buat Tok Guru Nik Aziz
Assalammualaikum.
Negara Malaysia telah di gemparkan dengan berita yang memilukan dan sedih apabila kita telah kehilangan seorang ahli ulamak malaysia yang terkenal Tok Guru Nik Aziz. Beliau merupakan Bekas Menteri Kelantan dan lebih terserlah sebagai seorang ulamak di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.40 malam dan meruapakan khamis malam jumaat. Sungguh beruntung allahyarham ketika di jemput oleh illahi di kediaman beliau. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan keluarga tercinta.
Allahyarham sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa di lihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Belia mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakkan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang di upah untuk menjaga keselamatannya. Ya allah, sungguh bersederhana kehidupan beliau.
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahd Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Pada tahun 2009, beliau diletakkan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims". Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti Al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepad perang Arab-Israel.
Setiap yang datang pasti akan pergi, setiap yang bertemu pasti akan ada perpisahan, setiap yang hidup pasti akan ada kematian, setiap yang bahagia pasti akan adanya kedukacitaan dan hakikatnya semua ini pasti akan berakhir. Beginilah hakikatnya kehidupan dunia yang sentiasa berubah-ubah dan tidak bersifat kekal. Kehidupan akhiratlah yang akan kekal untuk selamanya. Jadikanlah kehidupan dunia ini sebagai jambatan untuk akhirat. Berusahalah di dunia ini supaya kita bahagia selamanya di akhirat, pertemuan yang takkan ada lagi perpisahan, kasih sayang yang tak akan ada lagi kebencian, kehidupan yang takkan ada lagi kematian. Itulah kehidupan yang sebenar.
-Al-Fatihah-
.
Comments
Post a Comment