Destinasi Percutian

Assalammualaikum!

Hi apa khabar semua?

Eh2! Dah masuk Februarylah! Ya allah cepatnya masa berlalu. Syukur alhamdulillah masih bernafas di muka bumi allah yang indah ini :). Rasanya tak terlambat nak wish Selamat Hari Thaipusam bagi yang beragama Hindu di Malaysia. Hehehe, aku tau semalam cutikan, so hari nie mestilah ada yang malas nak masuk kerja kan? eh2, cakap orang, aku lah orang tue! hahaha. So, entry kali nie aku just nak share beberapa tempat percutian yang aku idamkan and berhajat untuk melawat bersama orang tersayang. Ecececeh, orang yang aku maksudkan itu, haruslah keluarga dan bakal imamku :p. Aku percaya pasti diantara korang mesti ada tempat impian yang korang nak melawatkan. Insyallah, kalau berangan dulu takpekan..hahaha. 

Tempat destinasi yang aku impikan mestilah tanah suci mekah. Ya allah, bertapa bersyukurnya aku jika dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Tempat dimana seluruh umat islam berkumpul dalam menunaikan umrah dan haji jika berkemampuan. Pasti akan menitik airmataku jika dapat menjejakkan kaki ke sana. 


Permandangan Kota Mekah yang cukup indah. Terbayang bagaimana sayunya hati jika dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. 


Ini pula pemandangan Kota Mekah ketika waktu malam. Ya allah cantik sungguh ciptaanmu ya allah. Pasti akan ku jejak di tanah suci Mekah jika di izinkanmu ya allah. Syukur ke-hadratmu, kedua ibu bapaku akan menunaikan haji pada bulan September ini. Syukur alhamdulillah hajat mereka kesampaian untuk menjejakkan kaki di sana. Alhamdulillah.

Destinasi kedua yang ingin aku lawat dengan bakal suamiku is Istanbul! Weeeee! Ya allah tertariknya aku nak pergi istanbul ni. Salah satu negara islam yang ada salji u'olss. Tak ke ko teruja sekejap. Maklumlah dekat malaysia nie, manalah ada musim salji. Aku start teruja dengan Istanbul ni bila duk layan filem Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Suriani and Tomok tue. Perghhh terpegun sekejaplah duk tengok scenery yang cantik sangat2. Tertarik aku lagi bila tahunya Istanbul satu2nya negara islam yang ada salji. Tapi jangan risau, if korang pergi yang bukan bulan salji pun, korang boleh pergi Negara Uludag yang terletak di hampir 7000 kaki di atas bukit dekat Kota Bursa. Korang boleh kesana dengan menaiki feri selama 30 minit menyeberangi Laut Marmara dari Istanbul.


Gambar ihsan dari Mr.Google.

Bukan salji jer yang aku duk excited tapi seni bina islam yang aku terpegun. Halus and cantik sungguh seni bina bangunan dan masjid di bandar Istanbul.


Cantikkan permadangan waktu petang di Istanbul. Gambar nie pun ihsan dari Mr.Google.


Di Istanbul jugak popular dengan Bunga Tulip yang bapak besar and cantik u'olls! Pelbagai warna dan size bunga Tulip yang ada di negara mereka. Gambar ini pun ihsan dari Mr.Google. Hahahaha. Sorrylah semuanya aku amik dari google. Tunggu aku pergi sana welfie the selfie honeymoon nanti ea! eh2 :p

So kalau korang plan nak pergi bercuti tue, bolehlah bawak family korang pergi bercuti di Istanbul ni. Even aku belum menjejakkan kaki di Istanbul, tapi aku dapat rasa keseronokkan dan keasyikkannya bila korang bercuti dekat sana. Bagi aku tak rugi, sebab di Istanbul banyak tempat2 menarik dan tempat seni bina islam yang terlalu indah bagi aku. Insyallah, Istanbul will be my one of the honeymoon destination soon. Insyallah.

Bye-bye!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!