Tips Menghilangkan Sedu

Assalammualaikum!

Rasanya terlalu annoying bila kadang-kadang tue diserang sedu yang tiba-tiba datang tak tau mana asal usulnya. Bagi aku tersangatlah annoying bila kau sibuk bercakap dengan orang then sedu nie tiba-tiba keluar dengan bunyi yang sangat cute..hahahaha! Jap apa itu sedu? korang tau Sedu tue apa ke? sebab, aku percaya ada jugak masyarakat malaysia nie bila cakap pasal sedu semuanya terpingga-pingga. Eh jangan tak percaya, ada tau orang yang tak tau sedu tue apa. Tapi tak adalah semua yang tak tau, adalah segelintir yang tak peka tue maybe tak tau apa itu sedu. Sedu dalam bahasa omputihnya is Hiccup.Macam comil je bunyi dia kan. Ok, Perkataan Hiccup nie wujud bila seseorang itu sedu akan berbunyi hic! hic! Kalau korang tak percaya, cepat sedu sekarang! hahahaha

Ok, serius sikit! Kebiasaanya orang dewasa jarang mengalami masalah sedu ni, tapi kalau sekali dah shoot dengan sedu ni, alahai sangatlah annoying bagi aku. Selalunya yang akan kena masalah nie is baby-baby yang comil dan gebu bagai. Bayangkan, dahlah comil lepas tue keluarkan bunyi yang comil, rasa macam nak gigit je! Itu baby, tapi kalau dewasa rupanya macam mana? comil ke atau ???? Lu pikirlah sendiri! Hahahahaha! Ada beberapa faktor yang mendorong sedu ni.

Faktor-faktor yang mendorong Sedu yang tak berhenti ini adalah :-


  • Ketawa yang melampau havocnya. Ini ketawa nak bagi satu Malaysia dengar. Sekali ketawa besar, hah amik kaw, terus tersedu! tak ke buruk di buatnya! hahahaha

  • Menelan terlalu banyak udara. Hah yang nie orang lain tak boleh nak ajar macam mana nak kawal udara yang masuk dalam badan korang. Hanya diri sendiri yang boleh kawal.

  • Makan yang terlalu gelojoh macam tak makan bertahun lama. Ish2, lepas nie please makan like a princess yerr!

  • Merokok yang berlebihan. Biasanya untuk perokok yang tegar. Aku pun tak faham, masa dorang beli kotak rokok tue dah tertera lah ada gambat ngeri aku rasa, tapi korang still nak beli jugak. Haish tak faham sungguh.

  • Mengambil alkohol yang berlebihan. Selalunya, aku duk tengok dalam filem hindustan. Kalau korang nak tau, please tengok filem hindustan. Hahaha

  • Terasa excited yang melampau sehinggakan korang telan banyak sangat udara yang masuk dalam badan.
Itulah adalah beberapa punca dan faktor terjadinya sedu. Itu adalah punca yang selalu dihadapi untuk orang dewasa sahaja ok.  So now aku nak share beberapa tips bagaimana untuk menghilangkan Sedu. So bila korang kena sedu nie, bolehlah amalkan beberapa tips.

  • Tahan nafas selama 10 saat dalam keadaan korang bersandar atau baring. Cara ini, adalah cara yang paling mujarab. Tujuannya adalah supaya kita berada dalam keadaan tenang dan mengawal pernafasan.

  • Urut bahagian atas atau belakang lelangit mulut. Cara ini mungkin agak nampak pelik sikit tetapi ianya membantu juga. Ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak balas pada diaflam. Jadikan cara yang paling mudah is, korang gunakan kapas cotton untuk memudahkan reflect urutan.

  • Minum segelas air sejuk dengan segera. Cara ini antara cara yang paling popular untuk diamalkan. Aku sendiri pun amalkan cara yang mudah nie. Sama sahaja dengan kaedah diatas, fungsi air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.

  • Bernafas di dalam beg kertas atau beg plastik dalam tempoh 2 ke 3 minit. Kaedah ini bertujuan agar kita dapat bertenang serta mengawal pola pernafasan. Tapi kaeadah ini tak digalakkan di tempat awam, karang ada yang cakap korang sakit mental plak. hahaha! So di galakkan di lakukan di dalam rumah sahaja.

  • Bersendawa. Korang try sendewa sebab dengan bersendawa ia akan menghalang udara yang masuk yang menjadi sebab sedu berlaku. Pengambilan air berkarbonat yang bergas seperti 100 plus, pepsi dan sebagainya mampu menyebabkan korang bersendawa seketika.

So itulah beberapa tips untuk menghilangkan sedu. Jadi pada those yang mengalami masalah ini, boleh lah korang cuba beberapa tips yang aku senaraikan tadi ok. Sampai di sini sahaja tips yang aku share dengan korang, jumpa lagi!






Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!