Sangkaya

Assalammualaikum!

Hey, siapa sini pengemar aiskrim? angkat tangan sikit! Yeah sep sikit! Pap!!! Ok hari nie aku nak share sikit pasal aiskrim. Sekarang nie kat malaysia, macam-macam aiskrim dah terjual dekat sini kan, bezanya harga and jenama je. Kalau dulu kte tau famous dengan Baskin Robbin la, kiranya siapa makan aiskrim Baskin Robbin, owh dia org kaya lah beli aiskrim mahal2..Hahahah, kau nampak tak persepsi orang Malaysia nie. Lepas tue muncul plak aiskrim New York, Gelato and pelbagai lagi la, tak sempat aku nak search nama aiskrim bagai nie because aku nie pengemar aiskrim bodoh2 je..hahaha! Eh korang tak tau ke aiskrim bodoh2 tue apa? aku suka makan aiskrim yag naik motor tue pin2 bunyi hon lalu dekat kawasan rumah tu? hahaha..Tue feveret kowt, tapi sesekali ada jugak tekak nie demand nak makan aiskrim mahal sikit. 

Baru-baru nie ada aiskrim yang menjadi viral dekat laman sosial. Aiskrim pun ada viral tau..hahaha. Korang pernah dengar aiskrim kelapa? Meh sini aku share sikit gambar aiskrim yang menjadi viral untuk musim nie...taddddddaaaaaaaaa!


Hah, inilah aiskrim viral buat masa nie! Aiskrim Kelapa from Sangkaya Signature. Sumpah sedap wei, aku dulu duk tgk orang update dalam Instagram. Memang mula2 tue rasa, eh apahal sedap sangat ke aiskrim ni, sampai jadi viral. Last2 dah terlalu banyak sangat orang upload aiskrim nie, tergerak jugak nak makan benda alah nie. Pekerja dia pun ramah sangat, and bila sampai  je kedai dorang, dorang akan bagi tester dulu untuk rasa, tapi lepas rasa confirm korang nak beli jugakkan, sebab rasa satu sudu mana la puas. Hahaha.Yang aku punya korang boleh tengok dekat atas tue yang popular Coconut Signature dimana, macam korang boleh tengok dia akan serve aiskrim tue dengan tempurung kelapa dan isi kelapa. After that baru dia letak aiskrim kelapa dengan 4 scoop yang besar. Then korang boleh letak topping yang dorang sediakan. Terpulang lah kau nak letak kacang ke apa ke, janji sedap. Ada jugak dorang serve by cup and cone, tapi tak dapat letak topping la. Tak boleh lah korang nak upload dalam Instagram! hahaha! Hehehe Yang paling best sekali harga dia RM9.90, quit mahal sikit tapi memang kena dengan harga bagi aku sebab superb meletopppp!, and sedap lagi bila tauke Sangkaya nie bertambah kaya lah, kalau 20 orang beli aiskrim nie dah berapa plak kan keuntungannya, hahaha! 

Before nak dapat aiskrim nie, aku punyalah benggang bila Mr.Fiance aku duk bahan aiskrim nie, Dahlah masa tue tengah bulan mengambang yang menyebabkan hormon dalam badan kau tak menentu, boleh keluar air mata pelesu sebab tak dapat makan aiskrim yang menjadi viral ni..Hahahah, aha drama sangatkan, hah yela, aku duk sibuk ajak Mr.Fiance pergi beli aiskrim nie, dia boleh buat lawak cakap "eleh, aiskrim nie harga dahlah mahal, kalau beli aiskrim bodoh-bodoh you tue boleh dapat 10 hokey, kalau nak upgrade sikit pun aiskrim mcd boleh dapat 2 tau!" Kau ngaseehhh macam mana masa tue kalau kau berada di tempat aku? mesti rasa macam nak ketukkan? Ok fine, dia tak nak layan aku.

Then seminggu jugak la bergenang airmata tak dapat makan aiskrim sangkaya nie! (eh2, tue tipu je) hahaha! Last2 aku ajak housemate aku duk terjah Ampang Point dari Kota Damansara semata nak beli aiskrim nie je. Hahahaha. Ampang Point is the one of branch Sangkaya ni. Branch Sangkaya nie ada dekat Jalan Alor Bukit Bintang, Jalan SS15, Ampang Point and Jonker Street Malacca. Itu branch yang aku tau la, Tak tau lah kalau dorang melebarkan sayap dekat tempat lain. Tapi korang boleh pergi mana-mana branch Sangkaya nie sebab harga dia tetap sama. 

So aku jenis tak puas hati kalau dapat makan sekali je Aiskrim Kelapa ni, so paksa jugaklah Mr.Fiance bawak aku lagi dekat Ampang Point, and kali nie semata dia tak boleh nak cakap apa lah bila muncung burung kasawari dah keluar! hahaha, nak tak nak dia kena bawak aku jugak kalau tak perang ketiga meletus. Kali nie aku paksa dia makan, even mula2 dia tak nak, last2 bukak jugak mulut makan tue! hahahaha. Reaksi dia, tak cakap pun sedap, tapi terus tanya " Sayang, Sangkaya punya branch dekat mana lagi ea selain dkt Ampang Point ni?" hahahaha! Nampak tak permainan dia dekat situ, eley tak nak mengaku aiskrim Sangkaya ni sedapkan? Siap cakap " Takpela if you teringin lagi kte try dekat SS15 lah plak, sebab dekat sikit dengan rumah you kan"! HAHAHAHA! Sebab tuelah aku sayang gila dekat mamat yang bernama Ahmad Firdaus Fadzil ni. Sungguh pun dia kuat membebel tapi tak pernah tak tunaikan apa je kemahuan and keinginan aku, cuma lambat dengan cepat je. Tapi malangnya aku nie bukan jenis yang sabar kalau nak sesuatu tue and aku akan usahakan sampai dapat..hahahah! Terukkan, tapi isnyallah lepas nie kena banyak bersabar sebab sabarkan itu separuh daripada iman..hehe.

Ok, tue jela yang aku nak share pasal Aiskrim Kelapa Sangkaya ni, so nak tahu lebih details, korang boleh pergi fan page dorang https://www.facebook.com/sangkaya ok. 

Till Then, and Happy Lunar New Year! :p

Comments

Popular posts from this blog

Pengalam Bermalam di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya

Tips Menambahkan Air Ketuban

Syukur Alhamdulillah!